Meh nak cerita kekalutan waktu memperbaharui pasport sebelum trip tu....
Dua minggu sebelum trip baru punya kesempatan untuk memperbaharui paspot antarabangsa yang tarikh luputnya disember tahun sudah. Sebab nak perbaharui paspot perlulah bawa yang lama kan? Alkisah,saya memang jenis suka menyimpan tapi yang menjadi masalah, suka menyimpan sampai lupa simpan barang tu kat mana!! puas geledah segala macam laci kat rumah tapi memang tak jumpa pasport lama tu! lebih memburukkan keadaan, paspot antarabangsa suami pun saya gagal temui! walauwei!!
terus google apa nak buat kalau paspot antarabangsa hilang, muka pucat tak berdarah waktu terbaca
1-3 bulan?! habislah......
kalau ikut tempoh tu memang takkan sempat dapat paspot utk ofis trip. Tapi cuba juga mana tahu boleh dapat cepat
ada terbaca juga kalau paspot hilang bukan disebabkan jenayah tak perlu buat laporan polis, boleh terus ke pesuruhjaya sumpah. Itulah yang saya lakukan, terus ke istana kehakiman putrajaya untuk buat pengakuan bersumpah. Malangnya, waktu tu pihak pesuruhjaya sumpah kembali memerlukan laporan polis sebelum mereka boleh memproses permohonan saya. T______T memang sebelum ini boleh dilakukan tanpa laporan polis, tapi berlaku banyak kekeliruan, maka laporan polis kembali menjadi kemestian
pening pula nak cari balai polis putrajaya, dugaan sungguh! dah puas pusing - pusing putrajaya dengan bantuan aplikasi WAZE yang kadangkala mengelirukan barulah sampai ke IPD Putrajaya. Selamatlah buat laporan mengenai 'kehilangan' paspot-paspot berkenaan.
elok keluar dari balai polis, dapat panggilan dari suami
"yang, abg dah jumpa paspot kita"
"haaa?!! jumpa kat mana?"
"dalam laci meja solek"
...........dalam hati menggerutu sendiri sebab tempat yang suami jumpa tu saya dah bongkar 2-3 kali tapi langsung tak nampak!
dasar perempuan kelam kabut!
saya dan suami memang terlalu banyak percanggahan tapi untuk aspek yang satu ni memang kami saling melengkapi. Saya seorang yang sangat kelam kabut - suami seorang yang sangat -sangat - sangat tenang
lega dan syukur dapat memperbaharui paspot tanpa melalui sesi soal jawab dengan pegawai
dapatla ke Garden by the Bay ^_^
3 comments:
jom naik Marina Sands tu..
nengok Kota Singa dari atas!
alhamdullilah..jumpa juga dalam laci tu...hihihihihih...
tapi bagus entry ni,boleh juga saya tahu prosedur nya kalau passport hilang...
ada ambik gambar banyak2 tak kat Botanical Garden?kalau ada, tepek gambar banyak2 ya :)
TQ sebab betulkan info nama pokok kat Taman Tasik Taiping..hahahaha...sebab saya selalu baca orang refer pokok tu as 'pokok angsana'....now i know the real name...:)
@DrSinga: tak mampu nak g naik Marina Sands tu T____T mahal beno nak bayonye! huhu
@Daddy Ziyyad: buat pengajaran lenkali jangan nak kalut sangat.... tenang tenang aja....
sama-sama :) maklumle memang kerja dok susun pokok atas plan hari-hari..
Post a Comment