Tuesday, October 30, 2012

akibat alpa seketika

bila dah hari - hari lalu jalan sama.. lama lama  kita jadi hafal semuanya dan mula ambil ringan pasal tumpuan pada pemanduan. Mulala kelopak mata ni asik berat je.. dugaan sungguh!

pagi tadi sebab nak hilangkan rasa mengantuk tahap gaban makanlah buah. sekarang ni ofis tengah buat health campaign.. so setiap isnin, rabu, jumaat akan dapat buah, buah gred A punya.. tu yang syok tuuu. semalam sibuk practice langsung lupa nak makan. bubuh dalam beg ingatkan nak makan kat rumah... tapi lupa juga.. tu yang boleh makan buah pagi2 dalam kereta... 

nak dijadikan cerita tengah syok2 layan buah pear sambil layan highway guthrie... tiba - tiba terperasan saya dah lalu bawah flyover yang tak sepatutnya saya lalu! alamak! terlepas exit!! 

terlajak perahu bolehla nak undur.. terlepas exit highway alamatnya melayangla duit bayar tol... sebab dah terlepas redha jela... nasib baik nilai  touch n go masih banyak...

hish camnela boleh tak perasan exit tu tah.... 

Tuesday, October 16, 2012

Mimpi jadi realiti

ish dah berkulat entri dalam draft folder.. bila nak start je menderu2 kerja datang... sudahnye simpan balik dalam draft

meh nak tunjuk menda idaman kalbu yang kita baru dapat baru - baru ni

v



v



v




v



v



tada!!!


mengancam sungguh kaler dia kan?! sekali tengok terus jatuh chenta pandang pertama.. sampai termimpi2 tau

bukan hadiah dari sesiapa.. kita beli sendiri... hadiah untuk diri sendiri, dari kecik teringin nak ada mixer macam ni.... gara2 selalu tengok rancangan masak. kagum dengan mixer yang dorang guna...pastu berangan nak ada mixer macam tu satu hari nanti.

dan hari itu akhirnya tiba.... lepas hampir 4 bulan menanti, barang ni sampai jugak kat malaysia....

terima kasih banyak kat kawan saya kat UK tu... sebab dia tolong realisasikan impian saya... dahla dapat murah pastu siap boleh bayar patkali pulak tuuuuu.. tak kesahla kene tunggu patbulan sekalipun... nak beli kat malaysia tak mampu dek.... riki harga semua cecah 3K.  o_O"

waktu nak beli pun pikir banyak kali... bayar tigakali pun menggigil juga nak bayo.. lagi mahal dari ansuran bulanan cik putih tu haaaa. tapi bila dia bagi offer boleh bayar patkali, tutup mata - order saja! lepas tu rearrange balik bajet... hihih... dasarrrrrr!!! order bulan 7 haritu dan patut sampai before raya, dah verangan nak buat kuih raya pakai mixer baru... sekali ada problem production kat kilang.... kenela delay.. orang lain surrender dah taknak tunggu sebab lama sangat.. tapi kita tunggu juga! dapatla diskaun seratus lagi!

percaya tak kita dapat mixer ni harga kurang 2K? walaupun cuma kurang 50hengget... kehkehkeh.. yang penting lagi murah dari kat malaysia!

walaupun kita bukan buat bisnes ke apa.. baking pun jarang2 sekali...tapi tetap nak jugak ada... nasib baik suami tak kata apa... phiewww.. agaknya sebab dia tau sangat bini dia ni gila kitchen appliances.. redha jela nakkkk.. dia gak yang untung sebab boleh selalu makan kek... ^_^

sekarang semangat nak mem'baking' tu ada lebey sikitlah...



mixer festaim  keluar kotak


hehe... ni dua kek pertama guna mixer nih... member ofis order kek marble, yang kaler gerlap tu bakar dalam oven, yang sebelah lagi tu suami pun nak juga kek malam tu juga.. sebab oven kecik dan tak larat nak tunggu lagi kita kukus je yang sebiji lagi... tu yang kaler cerah je.

next week projek baking 3 biji kek untuk anak buah.. 3 beradik nak sambut birthday sekali time raya haji.. 3 biji kek, lain2 rasa, warna dan perisa... harap dipermudahkan sebab next week full rehearsal musical show...




Monday, October 8, 2012

saya tak pandai melukis

tapi saya kerja dalam line yang kena melukis....

camno tuh?!

zaman serba canggih ni tak boleh nak bagi alasan....

banyak perisian komputer yang boleh membantu kita

tak pandai lukis pakai tangan silalah lukis pakai CAD

nak bagi cantik adjust pulak pakai PHOTOSHOP

nak bagi real lagi masuk pulak SKETCHUP, jadila objek 3D

tapi kebanyakan perisian memang tak diajar secara formal

pandai2la nak belajar kat mana.... kene rajin explore...






**motif ape ntah kuarkan entri cenggini........tengah tension buat design... meributkan otak mengerah idea.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"