Thursday, May 31, 2012

rasa bersalah

pagi tadi bangun lambat! kul 7 baru terjaga T___T punyala kelam kabut nak bersiap.. sebab biasanya kul 7 dah keluar rumah! pelik sebab langsung tak sedar bunyi alarm.. sedar - sedar dah terang... uwaaaaaaa kelam kabut bersiap dahla pagi ni ada meeting kul sembilan! lagi sekali huwaaaaaaaaaa

dah dalam kelam kabut tu, budak - budak dua ekor ni asik mengekor je mana saya pegi.. sampailah  waktu nak bukak gril rumah, aly nampak sekor kucing itam dengan selambenye turun dari atas kete.. memang menderamla dia.. sekali tak semena - mena dia boleh gigit kaki sekuat hati saya sebab nak lepaskan geram! memang serta merta jadi singala mama nih... 

macam orang hilang akal, tangan ni memang ringan je cepuk kepala dia, jentik telinga sekuat2 hati..  semuanya jadi macam sekelip mata je.. dia gigit sekuat hati & terus lepas (boleh nampakla lubang kat betis nih), saya pulak terus naik angin T____T

rasa bersalah kat budak ni.. -_-"

then masa driving terfikir balik apa yang saya buat tadi....... apa yang aku dah buat sebenarnya?? dah nama pun kucing.. bukan tau apa pun... ::sigh::

4 comments:

Naz said...

balik keje silalah pujuk balik..

Suara Kalbu said...

Mama Aly & Coki,

Kadang kadang saya pun jadi mcm tu juga. 2-3 hari lepas, anak2 main kejar2 dlm rumah, nyaris nak terjatuh flat screen TV ke lantai. Nasib baik sempat sambut. Lepas tu kena babap dengan ayah dia. Diam je depa kat ceruk dinding buat muka kesian. Lepas tu, kami pulak yg kesian dan menyesal. Terus peluk dan sayang-sayang depa pujuk supaya tak merajuk. Dah nama pun kucing.. bukan depa tahu apa

Aidah said...

Tak de budak kecik yang pegang kaki pagi2 bila nak pegi keje, kucing pulak buat hal kan. Akak kat rumah ni macam tu jugak sejak ada 2 ekor yang belum akil baligh ni. Pepagi tu, badan akak jadi taman permainan dia. Siap lompat2 lagi kalau nampak akak baring. Penyudahnya kena hukum masuk sangkar.
Tak pe, dik. Balik ni pujuk budak2 tu ya.

~mrs azmi~ said...

@Naz: tulah..

@Suara Kalbu: nak wat cemana kan? kadang2 kita jadi manusia ni tiba - tiba boleh hilang kawalan T____T

@Aidah: budak2 ni suka buat katil kami cam padang permainan time weekend! time mama ngan abah nak rehat.. time tula dia pun melompat tak sudah2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"