Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, May 28, 2012

Kadang - kadang makcik - makcik ni pun kene belajar erti adab sopan juga

Petang semalam lepas balik kenduri di teluk intan singgahla TESCO bukit sentosa carik wetfood utk aly & coki.. dari pagi tak berenti mengekor mama je. mama masuk toilet 2 - 2 jadi jaga depan pintu. dah tuangkan biskut dalam bowl pun wat tak reti jek. wat muka kesian mintak wetfood macam dah berbulan tak dapat makan wetfood padahal semalam baru makan. isk...

nak dijadikan cerita, dah siap amik segala jenis makanan utk anak2 bulus tuh terusla g Q kat kaunter.. dalam 5 minit budak cashier tu suruh g kat kaunter lain sebab dia nak tutup! gila betul tesco ni.. ramai orang nak bayo boleh 3 je kaunter bukak???

hati dah mula panas gerak jugakle ke kaunter lain...

sedang menunggu dengan penuh sabar tu perasan ada 2 orang makcik ni menyelit kat tengah2 laluan antara kaunter yang saya baris dengan kaunter sebelah... ingatkan dia nak keluar dulu sebab dia nak tunggu anak dia bayar ke..  sekali dia boleh masuk depan saya!!!! dengan selambenye letak barang dia  dulu!!!! tanpa ada sepatah haram kata2 minta izin dia nak bayar dulu!

dahla potong Q masa nak bayar banyak cekadak pulak.. tak bagitau kat cashier nak kira asing barang dorang, jadi cashier tu dah kira sekalilah.. boleh pulak dia suruh jugak asingkan padahal bukan banyak pun.., apelah salahnya bayar je sekali kemudian bayolah kat member tuuuu.. masa tu memang dah macam gunung berapi dah hati ni.. bergelodak marah tengok perangai makcik2 tu

Ya Allah!! dugaan apela yang kau turunkan ni.. dahla hati memang dah panas ade pulak makcik yang tak reti adab macam ni! saya memang hadiahkan renungan tajamlah kat makcik 2 orang ni sampai diorang gelisah... walaupun biasanya saya tak kisah tapi masa tu saya memang marah! memang tak redha makcik tu ambil hak saya dan orang - orang yang menunggu giliran selepas saya.. dalam hati ni memang dah menyumpah seranah.. cuma tinggal lagi tak keluar dari mulut ni.. 

dia ingat dah tua tak perlu ke nak hormat orang muda ni? at least minta izin dulu.. jangan aci curi giliran orang jeeee! sampai saat ni saya masih marah lagi... 

tenanglah wahai hati..... T_____T

4 comments:

Dr K said...

saya pernah sound org tua yang selamba potong Q masa di Tesco. Lepas saya bersuara, org2 dibelakang saya pun turut sama bersuara menempal org tua itu..~ahahahaha...

Sound bukan bermakna biadab, cuma perlu mengajar org tua itu adab...

Aidah said...

Entahlah kan. Zaman sekarang ni akak pelik tengok perangai orang ganjil2 betul. Patutnya yang tua jadi contoh tapi lain pulak citernya. Kalau akak pun hangin jugak. Walau macamana pun tahniah sebab dapat menahan sabar.

julietchun said...

saya pun selalu sound dalam hati je sebab kita masih ada rasa hormat ngan orgtua walaupun dorang tak hormat langsung ngan kita.

~mrs azmi~ said...

@Daddy Ziyyad: tula.. rasa rugi betul tak sound makcik tu

@Aidah: tula.. at least minta izin.. jangan main terjah je

@julietchun: ingat dah jadi orang tua semua benda yang dia buat tu betul je

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"