sekarang tengah bertungkus lumus siapkan semua kerja - kerja yang akan saya tinggalkan. alhamdulillah kebanyakan projek yang berada bawah seliaan saya memang dah dalam fasa terakhir. senang cerita semua dah nak tutup buku.. semua dalam fasa siapkan final account... jadi takla saya peningkan orang lain bila saya berhenti nanti.
2 minggu lepas saya rasa pertama kali saya menghadapi situasi cemas dalam menguruskan suami yang sakit. Kaki suami membengkak dan bernanah dari kawasan bawah lutut sampai atas buku lali, mula - mula cuma ke klinik buat dressing selama 4 hari bermula khamis 23/2 - ahad 26/2... walaupun nanah dok keluarkan hari2 tapi tetap tak kurang.. bengkak macam tu juga... waktu dressing hari ahad doktor memang dah cakap nak buat small operation procedure esoknya (isnin 27/2) untuk keluarkan nanah tu sume... bila balik dari klinik suami cakap tanakla buat operate, nak cari ubat tradisional katanya.. ade bunga2 berat hati nak cuti keja lama - lamala tu! dasar workaholic!! saya memang dah cakap.. operate jela, karang guna ubat kampung pun tah bila nak baik pulak.... mulut isteri ni kadang2 masin...petang ahad tu sebelum maghrib suami mula demam panas & muntah - muntah.. isteri mana tak risau kalau dah macam tu kan!
lepas isyak, papah suami masuk kete.. g klinik amik reference letter n terus ke Hosp Selayang.. dalam hati rasa berkecamuk juga.. tengok keadaan suami yang memang dah lembik tambah pulak dok pk kalau warded ke camne? gaji belom lagi ni.. duit adela seploh ringgit je kot timetu. sampai emergency cam tercangak2 jugala nak g mana.. first time tu anto orang ke emergency nih.... bila dah jumpa dr memang sah dah kene infection, sebab tu demam n muntah2
bermulala episod berkampung di hospital selayang.. lepas cek sana sini, dr buat keputusan nak operate esoknya (kalau OT available) so ape2 pun warded dulu lor. Sebab takde GL dudukla kelas 3 Wad 6D(orthopedik)... bila dah drip antibiotik baru suami boleh tidur. tengah2 malam tu (12.45am) keluar jugala saya beli makanan sebab suami kene start puasa kul 2am. time keluar tu sempatla sesat barat pulak... alahai.... kedai mamak tu pulak duduk kat ceruk yang dari jalan besar tak nampak.. huhu. malam tu tidurla atas kerusi menunggu tu... sakit pinggang!! huwaaaaaa masa tu memang sangat syukur hari - hari rupanya saya dapat tidur atas tilam empuk!
esok paginya saya balik rumah sebab nak uruskan GL, ambil baju, bagi makan coki n aly yang malam sebelumnya lupa nak bagi makan sebelum kami keluar..... ada rasa mamai jugala time bawak ereta sebab tidur langsung tak nyenyak! tau jela sepital.. macam2 bunyi mesin ada... plus kul 530am nurse dah mula kejut patient nak bagi ubat seme. Kul 1pm saya dah ada kat hospital semula... terkejut sebba katil suami hilang! mujur makcik sebelah ada.. dia kata suami dah masuk OT kul 10 tadi.. katil pun dah takde maknanya dah nak siapla tu.. diorang nak bawa balik wad dah. Syukur semuanya lancar.. 1/2 jam je procedure tapi nak menunggu nak turun ke wad yang lama sebab lif rosak. Walaupun procedure kecik, 3 malam jugala duduk kat wad tuuuu
sekarang masih berulang ke klinik hari2 buat dressing. Lepas kerja baru boleh hantar.. agak penat tapi dah kewajipan kan... dia masih bercuti sakit, 14/3 ni ada pemeriksaan susulan di hosp selayang.. moga - moga semua beransur pulih.. kalau tengok orangnya tak rupa sakit pun... tinggal lagi takle jalan @ berdiri lama2.
6 comments:
hospital selayang tu besar kan, saya penah sesat dalam tu.
Semoga Mr Azmi cepat baik.
Macamana boleh kena sampai bernanah kaki dia tu?
@julietchun: itulah dianya... time nak keluar parking pun buleh sesat barat! hihi
@Yunus Badawi: kalau dah nak jadi cerita... terlanggar tiang gol lepas main futsal pun boleh jadi melarat
moga en husband cpt sembuh yer:)...amin
Kesian akak dengar citer ni. Dulu akak pernah duduk Bandar Baru Selayang, dekat je dgn hospital Selayang tuh. Sabar ya, dik. Allah takkan menduga sesuatu di luar kemampuan kita. Semoga diangkat darjat kedua2 suami isteri ini disisi Allah berkat kesabaran mereka. Amin.
tempat baru memang begitulah..
moga2 en. suami sihat sejahtera hendaknya.. ameennnn
Post a Comment