Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, February 5, 2014

Kecik dalam kenangan ~July 2013 - Jan 2014~




pertama kali berjumpa dia memang manja.... bagaimana kami bertemu? dia hampir dilanggar kereta dihadapan saya waktu beratur di lampu isyarat usai sarapan pagi sebelum memulakan kerja di suatu hujung minggu, ketika itu dia memang comot, busuk, sakit mata, pendek kata memang tak nampak comel langsung!

niat hati cuma nak alih dia ke pinggir jalan, ke tempat yang lebih selamat tapi bila toleh kiri kanan manatahu ada ibunya menunggu atau mencari, tiada yang mahu menuntut dia... akhirnya dia menjadi sebahagian keluarga kecil kami....

Dia memang pandai bawa diri, tak putus asa walaupun sampai ke akhirnya masih di sembur dek coki sekali sekala. kawan gaduh popok, apa popok buat itu yang diikut... macam jugak yang lain dia jugak tak punya 'suara'! mmg susah sangat nak dengar suara dia, kalau ada pun bunyi macam kelakar!! hihi kenangan itu sangat manis...

anak baik ni jugak rajin mengurut...


video ni adalah yang pertama dan terakhir yang memaparkan dia T_T. rasa bersalah bila menonton video ni.... sebab saya jarang sangat capture moment bersama kecik... mungkin rasa teruja dah kurang sebab dah no 4, berbanding waktu aly dan coki dulu T___T



dia memang pandai posing setiap kali dihalakan kamera walau tak kerap manapun... kasihan dia, mungkin di sudut hatinya ada rasa sayu ingat mama pilih kasih berbanding abg dan kakaknya T_T


pandai bawa diri, muka tebal walau di alih berkali - kali tetap kembali semula ke tempat yang di ingininya

 peneman setia bila saya terpaksa berjaga menyiapkan tempahan walaupun selalu di jentik telinga sebab melambatkan kerja mama T_T


Walaupun kecil tapi selalu carik gaduh dengan abang aly yang besar macam giant, macam yang saya kata tadi dia memang pandai cari perhatian walaupun orang lain semua tak larat nak melayan dia



Hari - hari terakhir dia bersama kami, sepanjang masa memang aktif dia ni kecuali waktu tidur



keterujaan dia melihat timbunan stok makanan untuk kucing luar rumah, sempat terjun dalam bekas dan isi perut sendiri.... hailah anak....


 belakang badan orang time meniarap adalah port kegemaran dia.....

keluarga kecil kami sentiasa meriah dengan keletah mereka berempat, 

tapi dia tak sempat merasa bilik permainan baru...

kegembiraan kami terhenti...

dia tinggalkan kami pada subuh Isnin, 3 Februari 2014

Dia memang sihat waktu kami tinggalkan mereka untuk pulang ke kg sabtu pagi 1/2/14 dia juga aktif seperti biasa, tapi bila kami sampai di rumah petang ahad  2/2/14 dia langsung tidak kelihatan. puas di cari seluruh rumah, yang akhirnya kami simpulkan dia terlepas keluar waktu kami sibuk menyusun barang sebelum pulang ke kampung. lepas beberapa jam barulah saya ternampak dia terbaring lemah di sebelah bekas air yang saya sediakan untuk mereka, badannya basah dengan muntah, memang langsung tak menyahut bila dipanggil, cuma kepalanya bergerak sedikit. telinganya sejuk... sah kecik demam... esok pagi kecik akan ke vet....

tapi apakan daya... Allah lagi sayangkan dia....

remuk perasaan setiap kali pandang gambar - gambar ni...

rasa bersalah, sebab tak jaga dia betul - betul


 mata dia terbuka, sampai waktu kamu kebumikan pun tak dapat nak tutup.... sayu sangat tengok mata tu...


Selamat tinggal sayang.... maafkan segala kekurangan mama sepanjang masa kita hidup bersama, mama beruntung dapat anak baik seperti kamu, kamu pergi dengan mudah sayang, moga mama dan ayah juga akan dapat pergi dengan mudah seperti kamu.... terima kasih Allah kerana berikan aku peluang untuk menjaga dia walaupun cuma seketika..........










Saturday, January 11, 2014

Respect & Relax

Walauapapun jawatan yang kita pegang, janganlah sombong..
jangan kerana jawatan kita lebih sedikit, orang lain dilayan layaknya seperti 'pencacai'
kalau nak orang respect kita, jangan malu untuk minta maaf kalau itu memang salah kita.

Bila jadi boss kalau relax, sopan dengan orang, dengan sendirinya orang akan respect awak
tak payah nak jadi macam anjing menyalak bukit
annoying tahu?! 

naik berdarah telinga dengan semua orang keliling merungut pasal perangai awak tu...


haih......


**ofis tengah dilanda angin ribut dek kerana eksekutif senior yang lagaknya seperti 'lady boss'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"