Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Monday, September 6, 2010

Lebaran tahun ini.... akan tiba tak lama lagi

kepada semua teman - teman yang sudi singgah ke blog yang tidak seberapa ini, saya dan keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

andai kata ada bahasa saya yang menyakiti hati kalian moga dapat dimaafkan. selamat pulang ke kampung masing - masing!!

Wednesday, September 16, 2009

selamat hari raya

mood raye sudah ni....
tapi masih ade kerja2 yang tertunggak, aduh!!
tahun ni persiapan raya sangat simple, ala kadar je
baju raye tak beli lagi...
kuih raye sekadarnye sahaje. maklumla kat umah cume berdua takut klu banyak2 tak abis.. kami berdua pulak bukan peminat cookies
tahun ni beraya pertama kali berdua
pertama kali beraya rumah mertua
belum boleh nak bayangkan rasenye.. huhu

masih berfikir2
macamane aly ek??
nak balik raye seminggu... takkan nak tinggal
aly ni jenis makan tak hingat!
klu letak banyak.. banyakla die makan
tak reti simpan2
risau klu tinggal... bagi makan banyak2
jadi pape sebab terlebih makan..erk?!
klu nak bawak balik...
kene carik cage dulu utk die..
adeh?! tade bajetla pulak
camne ek?

lepas berbuka hari jumaat terus balik slim river
petang raye baru balik kg saye
hmmm...

anyway...
pada semua rakan blogger sekalian adanya... yang tak berapa nak ramai tula... pada yang sudi menyinggah di rumah yang tak sepertinya ini... klu ade yang terasa hati ke... saya mohon maaf zahir dan batin

selamat hari raya

moga perjalanan anda balik kg nanti lancar. klu terperangkap dalam jam bawak2 bersabar ye!

Monday, September 7, 2009

Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman

Suatu Hari.......
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau.
Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama.

Kebetulan jalandi depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala.

Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.

"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti.

Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihatpegawai polis itu.
Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu.

Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat,kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kadpengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk kedalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya.

Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa. Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.

Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikanbersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku.

Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa?Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

------------ --------- --------- --------

"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah dipersimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run"
- Jamal

------------ --------- --------- --------

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal.

Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.
Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian oranglain.

Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.

Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengertiperasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Wednesday, July 8, 2009

si obses bertemu si comel~

photobucket.com

HAI!

this is my new interest

takla barupon sebab mmg sejak dulu mmg suke kucing.

so

dah lamela jugak pusing2 carik kitten to adopt. pastu my sis ckp opismate die nak bagi sepasang kitten tapi nak tggu besar sikit sebab masih menyusu. i ok je~

tunggu...punya tunggu..punya tunggu...

tak dapat2 jugak kitten tu... rupenye si tuan punya sudah chenta sama kucing itew dan tak sanggup nak bagi kat org..

huh??!

agak dah.....

lalu pencarian bermula sekali lagi....

tak mengharap sangat dah(ceh2 sedey je ayat)

last week time tgh minum pagi kat kedai mamak bwh opis budak site datang duduk kat aku.. bagitau ade anak kucing kat dataran dpn opis. dataran tu pojek depan opis aku je so time budak site ngan wat maintenance pokok ternampak anak kucing tu.

disebabkan tatau nak letak kat mane aku tak terus amik kucing tu kunun2 nak tggu petang baru amik n terus bawak balik.

bila petang...

dgn berkobar2 aku ngan aisyah g carik anak kucing tu nak bawak balik. malangnye tak jumpa! agaknye ade org lain dah amik kot

tade jodoh aku ngan kucing tu agaknye

alhamdulillah

2 hari lepas tu ade lagi sekor anak kucing merayau2 kat situ.. kelaparan.. ade luka2.. kesian betul! tapi kaler die cantik.

so aku terus angkat die bawak naik opis. letak dalam kotak pastu turun bawah balik g 7Eleven beli susu n whiskas kecik nak bagi die makan

sepanjang hari si kecik ni tak makan or minum. tido je dalam kotak. baik betul!

balik keje sampai je umah aku terus mandikan die.

lepas tu baru die nak makan n minum susu

..

..

..

..

harini genap seminggu dia jadi family aku

belum ada nama <--ada sesape nak suggest name tak??

taapi dah bertambah aktif dan sangat manja

seronok sangat dapat kucing ni..

and so far

my hubby pon sayang kat die jugak...

^_^

tak sempat lagi nak mengupload gambar die.. nantilah ye



Tuesday, June 30, 2009

lemas dalam baldi




headline dalam suratkabo metro arini
"LEMAS DALAM BALDI"
KUANTAN: Akibat gagal menyelesaikan masalah peribadi dengan teman lelaki, seorang wanita sanggup bertindak kejam dengan merendam bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam bekas tong minyak hidraulik berisi air hingga lemas dalam tandas. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi semalam di sebuah bilik sewa di Wisma Bola Sepak, Jalan Gambut di sini semalam wanita berasal dari Felda Keratong, Muadzam Shah, Rompin terbabit melahirkan bayi itu ketika rakan sebiliknya tidur.Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata sepasukan polis yang tiba di tempat kejadian sebaik menerima maklumat mendapati bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan dan mati akibat lemas.Bagaimanapun, menurutnya, masih terlalu awal untuk memberikan sebarang kesimpulan, sebaliknya memaklumkan pihaknya terpaksa menunggu laporan penuh bedah siasat mengenai kematian bayi itu sebelum memberikan kenyataan lanjut.
“Kami sudah menghantar mayat bayi itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk dibedah siasat dan setakat ini laporan awal mengesahkan bayi yang baru beberapa jam dilahirkan itu mati akibat lemas,” katanya.
Berikutan itu, katanya, polis sudah menahan seorang wanita yang dipercayai melahirkan bayi terbabit sebelum dihantar ke Wad Bersalin HTAA untuk pemeriksaan lanjut.Beliau berkata, siasatan awal mendapati, wanita terbabit baru dua hari tiba di bandar ini untuk mencari pekerjaan sebelum menumpang bilik yang disewa rakan wanitanya berusia 20 tahun.Dia turut menceritakan masalah yang dihadapi dengan teman lelakinya kepada rakannya itu.
“Wanita itu mulanya hanya memaklumkan kepada rakannya konon hanya sakit perut bagi mengelak rahsia sebenar diketahui selain enggan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.“
Mengikut keterangan awal rakan wanita itu, dia terdengar bunyi tangisan bayi itu kira-kira jam 6 pagi dari dalam tandas di bilik sewa mereka, tapi tidak mengesyaki apa-apa selain bimbang untuk memeriksa sebelum tangisan terbabit tidak lagi kedengaran kira-kira sejam kemudian,”
katanya.
Menyedari wanita itu tiada dalam bilik, rakannya bangun untuk memeriksa tandas sebelum terkejut melihatnya menangis dan dalam keadaan lemah akibat menahan kesakitan sebaik melahirkan bayi berkenaan.Rakan terbabit menghubungi ambulans untuk bantuan.
Zulkifli berkata, polis menyiasat mengikut Seksyen 309 (A) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana melakukan pembunuhan bayi.
~petikan dari harian metro selasa 30 june 2009~
**mmg terkejut bila baca paper pagi ni... pasal kes ni, mula2 dgr berita radio tapi tak jelas lokasinye.. mati2 igtkan kat oversea... rupe2nya masih dalam malaya. aduhai... ape nak jadi dengan dunia sekarang? kenapa singkat sangat pertimbangan... anak itu langsung tidak berdosa...

Monday, June 8, 2009

Hidup saya sangat indah!!

hidup saye sangat indah hujung minggu lalu.. dikelilingi oleh orang2 yang tersayang.. sekarang pon masih tersenyum2 teringatkan momen2 indah itu.. hehe.. puitis abesla tu kunun! ceh!

lamenye tak apdet, takde modal + tade mood nak menulis + bizi lagik..

musim2 cuti skola ni family kakak kat taiping mai kl, jalan2 sambil2 jupe adik beradik..
maklumla family diorg je yang tercampak kat utara tuh. yang lain sume ade kat area kl & selangor jek. kebetulan pulak mak pulak mmg ade kat cni, kami culik dari kg last week.. ngee~


abg mi(abg ipar saye) bwk lori tisu PREMIER, mmg hantar ke kl so family kakak turun cni naik lori pastu sampai sini saye amik diorg bwk ke rumah adik beradik lain
so start ari kamis sampai la semalam saye jadi driverla bawak diorg ni jalan2 kat kl..

kamis petang bwk mak, kakak, kakak ipar ke hospital lawat anak bongsu kak ngah kat smc.. admit kat sane suspek buah pinggang problem and badan tak serap protien. abih sembab badan die, tapi tak nampak sakit sebab budak tu active dok lari sane sini.. umi yang duduk kat katil, dienye tah kemana.. ^^

after tu balik ke opis balik amik barang2 sume pastu balik umah mintak permission dari hubby nak tido umah kakak kat klang. hubby tak dapat nak join sebab takle cuti so malam tu lepas maghrib gerak ke klang, singgah umah abg kat sri pristana sg buloh amik mak n kakak.. dok bwk kete jenjalan sendirik terase cam masih single mingle lagik! hikhik! dah lame tak berkumpul ramai2 camni.. dapat gosip2 ngan diorg2 nih^^

jumaat pagi gerak ke kl, 2 kereta dan tpt pertama yang kami tuju planetarium negara.. malangnye planetarium under renovation, so tak banyak bendala boleh tgk.. penat panjat tangga jek dari parking area tuh! huhu

next destination-lunch kat Tanglin makan nasik campur jek.. everyone enjoy their simple meal after tu sebab dah waktu solat jumaat kami ke muzium kesenian islam kat sana seronok betul si sufi anak buah umur setahun lebih, dalam baru2 pandai jalan tuh nak jugak jalan sendiri.. lamela jugak kami kat situ, sufi siap bukak kasut die, jalan kaki ayam, pas dah penat merangkak pulak bergolek 2 lagi.. maklumla kat situ family kitorg je yang ade hahaha! suara kami jela bergema dalam tu ^^

next - after solat zohor kat masjid negara kami ke klcc, perancangan awalnye nak ke aquaria.. tapi tak jadik, so kami ke petrosains jek bwk anak2 masuk dino trek... malang lagi nasib kami.. tiket dah abesh!! huhu nasibla org2 tepeng tak dapat nak masuk petrosains. korang tgk jela klcc tu ye! hehe.. tapi budak2 tu mmg xcitedla sebab first time sampai klcc.. tapi sebab sampai2 terus masuk suria klcc, tak nampakla bangunan klcc tu, anak buah boleh tanye "mane klcc nye??" hehehe "cuba hang tgk atas" "aahla.. umi! kite dah sampai klcc!" hikhikhik tula gelagat anak2^_^

dah penat seharian berjalan, kami singgah kat umah kak long kat Bandar menjalara, kepong.. solat asar n maghrib kat sane, masing2 makan macam piranha.. lapo!!

ari sabtu - aku g kenduri kat felda kemasul, pahang, kosmate kat upm dulu.. to zura n husband selamat pengantin baru!!

Ahad - mase utk kemas umah.. huh cam nak pengsan rasenye.. skang baru sedar diri betapa penatnye keje sebagai surirumah!! huhu.. after tu ikut hubby kenduri kawen member die kat sg choh.. 2 pasang lagik pengantin tu ^^ selamat berbahagia ye!!
after tu terus ke rumah kakak kat klang, nak amik mak.. turn tido umah kami pulak.. heheh
sampai rumah balik dah maghrib.. penat sungguh!

dan kesimpulannye....saye sangat hepi dikelilingi org2 yang saye sayang.. jarang dapat peluang macam ni.. mak dah balik kg pagi tadi.. abg ipar tolong hantar.. okla uols.. tatau dah nak merepek ape dah

Monday, May 18, 2009

mari dapatkan nightguard~

setelah beberapa bulan saya pening memikirkan masalah diri.. rase bersalah pada encik suami kerana menggangu tidurnya.. akhirnya saya berjaya menemui bantuan yang saya perlukan.. hehe.. esok nak g dentist kat Dataran Sunway ni, nak buat 'custom nightguard' ngee~ puas dah survey nightguard nih.. boleh tahanla harge.. range RM300 - 500 huhu rabak poket i taw!! segala2nya demimu en suami.. heheh..

ekceli aritu saye ade wat entry pasal tabiat laga gigi @ 'tooth grinding' time tido.. pastu lak my hubby pulak sangat sensitip ngan bunyi2an camtu.. mmg takle tidola.. so setelah puas saye carik solution.. dan atas bantuan pakcik google saye dapat tau the best solution is 'nightguard'.. mmg tade ubatla utk tabiat ni.. selalunye tooth grinding ni sebab stress.. stress?! i ni stress ke? maybe sebab selalu termimpi2 keje yang membukit kat opis tu kot!! hahaha mmgla keje tu tak nampak membukit sebab sume simpan dalam folder laptop!! ngee~ setelah berbincang dan berdikusi dan untuk kebaikan dan kerukunan hidup kami bersama, spentla duit sket untuk buat custom nightguard.. ade je jual yang dah siap dan agak murah tapinye takut tak selesa sebab bentuk rahang kite lain2 kan pastu tak dijamin ketahanannye.. so saye pilih dentist dekat ngan opis ni ha.. esok appoinment after keje.. cam ngeri gak nak jupe dentist hehe ^^

amende nightguard sbenanye ek??

"Nightguard takes the punishment that your teeth would normally endure during bruxism to minimize the damage from grinding your teeth.
A nightguard is a custom-made thin transparent horseshoe-shaped (retainer like appliance) made of hard plastic that has shallow borders for good tooth alignment and ideal bite relationship.
This splint is worn between the top and bottom teeth and does not allow the teeth to interlock which absorbs the force of the clenching and grinding to reduce joint irritation and inflammation

It takes two appointments:
The first appointment an accurate impression of your upper and lower teeth will be made. These impressions are used to create models of how your teeth fit together. A bite record may be taken. These items are used to form a customized heat-processed hard plastic nightguard.
At the second appointment the final fit of the nightguard will be done and adjustments made

The lifespan of a nightguard is three to ten years. It can protect you from the symptoms of teeth grinding if you wear it regularly which can even lead to a better night’s sleep for you and your partner!"

** credit to pakcik google ye ^^



Friday, May 15, 2009

kepada chekgu2 semua

esok hari guru...
pada semua guru diucapkan....
selamat hari guru ye
especially untuk chekgu2 yang pernah menabur ilmu padaku satu waktu dulu...
start ngan mak yang tersayang<--chekgu tak rasmi yang paling aku sayang.. hehe
diikuti dengan cikgu kat TADIKA KEMAS Kg Bgn Lalang, SK Sg Samak, SEMESTI,Matrix Melaka, UPM, tak lupe chekgu2 yang ajar ku ilmu survival mase scout dulu.. terlalu banyak jasa kalian yang aku takkan lupa sampai bila2..
walaupun dulu time skola aku sangatla nakal.. hikhik.. selalu membantah caakap cikgu... cikgu berbulu je klu tgk aku ngan geng2 aku dulu... tapi biasela budak2 tengah nak membesar.. banyak sangat benda yang nak tau... walaupun nakal tetap ade cikgu yang sabar ngan kami.. layan kerenah kami sampaila kami berjaya menempuh exam paling penting dan dalam mase yang same dapat capai impian kami nak dapat KING SCOUT time kasih banyak pada cikgu jali...
pastu pada arwah cikgu wahab<--cikgu yang aku kenal mase dalam scout, die dah anggap aku n beberapa kawan aku macam anak2 die sendiri sebab die tade anak pompuan.. ayah banyak bagi sokongan pada aku tak kire mase, dalam scout, mase study degree.. klu sedih2 down pasal study.. ayahla yang aku carik!! tapi.. Allah lebih sayangkan ayah...tak sempat aku nak balas jasa ayah, ayah tak sempat tengok anak2 die berjaya.. alfatihah buat arwah ayah.. rindu benar rasenye pada arwah ayah
betulla org kate chekgu ni cam parents no 2 kite kan?!
apepun...
TERIMA KASIH CIKGU!!


Monday, April 27, 2009

mari tanam pokok!

rentetan dari program HUTAN KITA beberapa bulan lepas..

semalam aku join sekali lagi program ni..
Under ILAM (Institute of Landscape Architect Malaysia)
sempena World Landscape Architecture Month
bezanya kali ni dah tak involve kutip2 duit ni
kali ni aku join tanam pokok.. hehe.. bos banje pokok sorg sebatang...
bile teringat kat hubby.. aku pn hulurla sikit duit beli pokok untuk asben tersayang.. hehe

................................

so semalam pagi2 buta dah kuar umah.. ajak hubby skali..
tapi die ade program ngan budak opis lak
terus g ke Bukit Kiara.. aisyah g skali..
ngan baby qistina ngan laki die skali die angkut ke sana
nak naik atas tu tak larat nak menapak de.. tinggi bebeno.. sib baik ade org yang kenal nak tompangkan kami naik atas.. keh3 <--org laen dtg sume nak beriadah.. jalan kaki/naik beskal.. yang kami ni naik kete lak hahaha

dah nak sampai atas tu tetibe ade sorg guy ni block kete..
..

....

......


terus menunjukkan isyarat tgn dan mencarut tanpa henti


f**k you ......&*%&*$(#&$!!!!

erk?!


pehal neh??

mmg scary sesgt ler.. psycho giles.. dahle dlm kete tu seme pompuan..
pas die carut2 seme die blah.. kami dalam keadaan tekejut terus naik sampa atas..
sampai atas rupe2nye dat guy tu mmg dah 2 - 3 kali pusing tpt event kami dan carut2 suruh stop event.. gile ke ape??

jap lagi pak lah n jeanne nak sampai die leh wat hal..

penguat kuasa DBKL pon dah suruh laki tu blah.. die wat tatau..
abeh sume press amek gambo


adoyai!!


dat guy tak puas ati sebab kami bwk kete naik...
buat event ngan kemah2 segala kat atas tu..
die kate tpt ni utk org jogging.. u all sume wat event sume2 ni?? every 2 week ade event!!
die kate tpt tu bukit kiara punye..
sedangkan tu public park.. bukan private club punye
huhu.. kontroversi lak jadinye.. niat kami nak tambah menghijaukan bumi jadi satu bende salah pulak di mata dia

................................

alhamdulillah time pak lah n jeanne sampai dat guy dah tak kelihatan..
dgr2 citer polis bwk die turun..

event berjalan lancar...

gambar time event2 tuh.. tepekla sikit kat sini.. hhehe






Bile company sume pompuan.. bulehla pki pink kaler!! heheh



saye ngan puan aisyah.. ngee~ tgk!! 2 org budak menyibuk kat belakang VVIP.. heheh all of us tgh nyanyi lagu HIJAU ramai2
aku dapat tanam pokok.... ngeee~ 1 nama hubby.. 1 lagi aku yang punya! hahaha


ini pokok asben saye!! ^_^

ini pokok saya.....ngee~



p align="center">

Tuesday, April 7, 2009

sangat penatla~







perasaan bercampur baur sepanjang minggu.. huhu.. yang pastinye.. sangat letih! tapi... keje yang menunggu pulak menimbun huhu

gambar ihsan cik photobucket

mrs azmi akan berjauhan seketika dari dunia blog ni.. terlalu sibuk!! everybody chasing me huhu..

tak sempat nak tulih n3 baru.. adela blog hopping kdg2.. if got timelah! eh?! adeke org nak menjenguk pun?? hahahaha

i need a vacation...

baby~lets go holiday.. can we?!



Tuesday, March 24, 2009

kisah zaman sekolahku~

di saat ini...
rase rindu sangat kat kawan2 lama...
kawan2 sekolah rendah yang masing - masing dah ada family sendiri...

kawan2 mase kat SEMESTI <--dulu rase sgt terseksa kene belajo kat ctu 5 tahun hahaha
especially geng2 memonteng dulu.. bile igt2 balik perangai mase skola dulu bole gelak sendiri.. nakal sungguh mase tu.. sesuka hati balik hostel.. pastu bile kene rush ngan warden mulala bertabur sume lari.. jalan plg mudah - nyorok dalam locker.. hahaha padahal locker tu bukan beso pon saiz cume 1m3 je.. ptg2 bile malas ngelat nak turun riadah g melepak kat bilik seni..tgk tv tu!! hahaha.. org lain seme kene turun riadah awak sedap2 tgk tv, bilik seni ni dulu kire markas kitorgla.. siap dapat kunci bilik ni.. tapi sebab kenakalan kitorg dulu.. bilik ni selalu disalahgunakan.. keh3.. port simpan brg2 haram<--maklumle dulu kat skola asrama penuh ni mcm2 barang kitorg takle bwk.. termasukla walkman,jeans, komik,henpon apetah lagi!
mcamane kitorg dapat bilik ni?? sebab kitorg close ngan cikgu yang pegang bilik ni.. -Cikgu Jali- ramaila budak skola pelik camne budak nakal cam kitorg leh disayangi oleh cikgu ni.. sedangkan cikgu ni seorg yang pendiam, ckp cume bile perlu.. tak kisahla ape org nak ckp yang pentingnye kitorg sangat syg cikgu jali!! die sanggup backing kami bile ade masalah @ kitorg diserang cikgu2 lain.. pernah satu mase kami hampir kene gantung sekolah erk?! jahatnye aku dulu.. heheh harap tadela chekgu skola aku bace ngee~ cikgu jali yang tenangkan kitorg.. die wat lawak<--selalu lawak die ni org kene pk baru leh gelak hahaha.. pastu mase kitorg nak trial SPM die kasik kami soklan latih tubi yang sebijik ngan soklan pekse keesokan harinye!! ^_^ tak kesahla mane die dapat soklan tu kan.. org len kuar dewan pekse tensen je muke.. yang kami ni sume senyum jek sebab dapt jawab dgn senang hahaha..
disebabkan dulu mase skola sangatlah nakalnye.. bilik HEM, bilik chekgu disiplin, bilik kaunseling kamilah pengunjung tetap.. tapi kan rasenye kami takle nakal sangat.. hehe cume maybe sebab tertekan kot dok skola asrama penuh ni.. maklumle bole kuar cume 2 minggu sekali tu pon half day jek ari sabtu 12-6ptg

.....ah! terlalu banyak kenangan waktu sekolah....lebih2 lagi pasal scout...

**lenkali aku sambung citer pasal scout pulak ek hehe**


Monday, March 23, 2009

weekend with loved ones~

enjoy my weekend with my nieces.. enjoyable weekend..
jumaat after work (kuar awal.. kul 515 dah lock ofis bleh?! hik2) terus fetch my sis kat glenmarie coz in-law balik kg hantar ayah die g hosp.
terus ke rumah die kat klang.. ^_^ so happy dapat habiskan weekend kat sane..
dapat juga jadik plaster menampal luka hati.. especially bile dapat jumpe dgn si kecil itu..
(hilang semua masalah problem yang melanda jiwa)
aku bawak balik custom album wedding aku, coz kak nak tgk.. suka betul dini dgn album tu.. kejap2 die bukak kotak - amik album tu n tgk.. pastu die simpan balik, pastu die g amik balik - tgk lagi.. tah ape yang menarik minat die kat album tu.. agaknye sebab album tu keras kot ^_^ senang die nak selak.. heh
...............................
ari sabtu takde yang menarik - terpakse ke ofis - meeting
(huh?! meeting sabtu.. paling malas sekali, pesalla tak buat weekdays..tension tul)
aku g ofis dini tak bangun lagi.. bile bangun je kak aku ckp die terus tanye maksu mane..
huhu syahdu je dgr
sabtu ptg dapat berita my besfren yang dok kat belakang umah aku tu admit kat hosp selayang.
tak boleh deliver normal - baby songsang - ceaser pukul 3.00ptg..
alhamdulillah sume selamat.. awin selamat dibedah n she got new son!!
huhu jeles2! dah dapat sepasang dah kawan baik aku ni.. aku bile?!
...............................
ari ahad - plan nak balik rawang awal ajak hubby tgk newborn baby kat selayang
tapi tak jadi..
hubby balik ke slim river ziarah sedara meninggal - hubby balik sorang - rase tak sedap hati jugak tak ikot hubby balik.. ape pulak org cakap nanti sebab die asik balik sorg n aku pon sejak kawen belum pernah ikut balik kg lagi ~_~
tapi ape nak buat.... hubby kate tak yah ikot
so kak ajak g jusco bukit raja.. tgk upin & ipin
(huhu ketinggalan sungguh aku ni kan.. dah dekat sebulan citer ni release baru berpeluang nak tgk)
citer ni mmg besh.. lagi besh bwk budak2 kecik ni tgk.. ^_^
seronok je tgk sufi yang baru setahun tu gelak same bile kami gelak ^_^
dini pulak sibuk nak peluk ayah.. die ni mmg penakut sket,adik lagi berani dari die heh
start show 540pm - end 715pm
pastu terus balik - singgah dinner - balik umah
dah nak sampai umah tu tetibe dini pandang aku die ckp
"tak nakla balik..." <--ayat sebenarnye die nak ckp "jgnla balik"
alamak.. die sudah sedihla tu aku nak balik dah
aku -->"maksu balik tau"
dini-->"taknakla balik" (die wat muke sedih die dah)
aku-->"maksu balik tau.. nanti maksu dtg lagi.." (aku pon sedih jugak,huhu)
sampai je umah aku terus pack sume brg aku.. masuk dlm kete
dini buat2 bz ngan colouring book die yang baru ayah beli..
aku nak salam die taknak.. tapi aku peluk jugak - cium die..
sufi dah tido time tu.. penat sangat seharian kat luar
sebab aku takut aku yang nangis terus aku kuar masuk kete
(heheh sensitip lak.. nak tinggal anak pon nanges)
.................................
weekend yang sangat happy dengan family kakak - sufi - dini
**n3 yang sebenanye tatau nak citer psl ape - n3 utk mengisi mase sibukku hahaha**


Wednesday, March 18, 2009

Selamat Pengantin Baru sahabatku~

hmm.. sedar tak sedar dah masuk bulan ke3, 2009. skang ni pulak minggu cuti sekolah, berderet2la jemputan kawen huhu sampai serba salah jadinye.. klu semua kenduri tu boleh sekali pegi, satu jalan sume senangla nak arrange, tapi dah klu 1 kat ipoh, 1 kat seremban pastu dua2 pon kawan... cane?? aduhai.... sahabat2ku yang dah menjemputku ku majlis korang dan aku tak dapat nak menyibukkan diri kat majlis korang tu... aku mintak maap sesangat ye.. ampun!!! nanti kemudian2la aku wat special delivery wedding gift kat umah korang hehehe

pastu semalam aku dapat lagik jemputan kawen, alhamdulillah sampai jugak jodoh kawan aku sorang ni... kawan baik aku time skola menengah dulu.. SARAH MARIA IZUMA aka TOYHA yang akan melangsungkan perkahwinan 4 April ni kat jerantut. sangat happy bile dgr kwn2 nak kawen :) lagi happy sebab en suami dah kasik green lite utk pegi hehehe.. tapi yang tak besnye die tak ikot sebab ade program akikah kat perodua yang die wajib attend.. huhu

so, buat semua sahabatku yang sudah melangsungkan perkahwinan dan yang akan melangsungkan perkahwinan, aku doakan korang sume berbahagia hingga ke akhir hayat, moga rumah tangga kalian yang terbina ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT insyaAllah..

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

tak lupe gak buat qama yang baru bertunang last week.. huhu tak dapat g jugak..

Friday, March 13, 2009

Sufiyasmin Balqis 1 tahun!

sufi from the 1st day she was born at DEMC 13/3/08

Harini birthday buah hatiku!!
Sufiyasmin Balqis sudah 1 Tahun!!
~HAPPY BIRTHDAY TO YOU~
sangat pantas masa ni...
2 minggu sudah b'day kakak
harini b'day sufi pulak...

nanti maksu suruh paksu bg hadiah ek ^_^
moga sufi membesar jadi anak yang solehah
jadi budak bijak
dgr cakap umi & ayah...
ah! rindu bangat sama budak kecil ini!!!
~_~
tak sabar nak jupe diorg..
maksu sayang sufi!

ulang tayang gambar.. hahaha :lol:

Wednesday, March 11, 2009

kabus pagi~

pagi ni mase hantar en suami nak g keje, bukak je pintu umah terkejut tgk umah kami diselubungi kabus tebal! <-- rase cam duduk kat cameron highland pulak.. ahaks ^_~

bukak pintu je terase cam bukan kat umah hikhik

selalu klu g keje dapat wat exercise mata tgk bukit2 sepanjang jalan nak kuar dari sg buaya nih.. tapi harini sume putih je.. jarak pandangan tak sampai 10 meter..

pastu ade lak pemandu2 yang sangat bijak, kedekut tamo pasang lampu, huh?! pastu membahayakan pemandu lain.. 3 - 4 kali la jugak terase cam nak kene heart attack sebab tekejut kete kat depan dah dekat ~_~



.................................

gambar2 sume diambil pada pukul 8.00 pagi kat area Bandar Baru Sg Buaya..
bile tak nampak sang matahari pagi ni bila keluar dari rumah...
terasa rindu pada cahayanya....

Friday, March 6, 2009

org yang kita cinta vs. org yang kita suka




Didepan org yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
tapi dihadapan org yang kita suka,
hati kita akan lebih gembira...

Jikalau kita lihat didalam mata org yang kita cinta,
kita akan kaku....
Tapi jikalau kita melihat kedalam mata org yang kita suka,
kita akan tersenyum...

Didepan org yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata - kata...
Didepan org yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja....

Didepan org yang kita cinta,
Kita menjadi malu....

Didepan org yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej sebenar...
Kita tidak boleh merenung mata org yang kita cinta....
Tapi kita selalu merenug mata orang kita suka...

Bila org yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila org yang kita suka menangis,
kita akan membuat dia gembira...

Didepan org yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga....
didepan org yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja.....

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...

Jadi,
jikalau kita berhenti menyukai seseorg yang kita suka...
seumpama kita membuang telinga...
tapi jika kita cuba menutup mata..
CINTA berubah menjadi air mata...

..............


Friday, February 27, 2009

~selamat ulang tahun sayang~

harini bday dini..
dah besar anak aku ni
rasenye baru semalam die kecik lagi
nangis melalak sampai satu tmn dgr
tapi bile org tgk saiz babynye
tak madan ngan suara!hahaha
hmm rindunye kat diorg adik beradik
lame tak main ngan sufi n dini
sori.. maksu takle selalu kesana skang
maksu dah dok jauh..
sedar tak sedar dah genap 3 tahun dini
HAPPY BIRTHDAY SAYANG!
jgn nakal2
dgr cakap umi dgn ayah
jadi budak bijak..
maksu sayang dini...mmmmuah!

Wednesday, February 25, 2009

gara-gara voucher RM1000~



ewah duit!! duit itew hanya hiasan ye kawan2.. bukan utk dihadiahkan pada sesiapa ^_^ skang dah tade pon rasenye not RM1000.. keke.. just nak citer peristiwa berkenaan nilai RM1000 ni jek ^_~


kelmarin pegi melawat giant kota damansara<--maklumle plg dkt ngan opis dgn tujuan murni nak isi almari ngan fridge kat umah yang dah hampir kosong tu.. heh.. after selesai soping brg2 dapur aku nak terus balik tapi teringat en suami kirim donut J'Co.. disebabkan aku ni jarang g giant ni dok melilaule carik kedai J'Co tuh..


sedang asyik melilau carik kedai tu...

"kak..kak.. kami ade bagi cawan spongebob free ni.. akak nak tak?"


ish mamat mane la pulak menyibuk ni.. mesti salesman nak jual brg.. tapi sebab mood aku ok time tu aku layan kan aje.. "cawan ape??"

penjual itew "kami ade promotion sket kak tapi kene isik borg dulu"
aku agak dah.. huhu tapi tah kenape aku gla jugak <--nila bahaye klu soping sorg2 tanpa en suami.. suke menyinggah!! pastu sibukla die pomot induction cooker, microwave, vacuum, air purifier n blablabla. tapi sume harge 2K dan ke atas <--gilo apo? takdenye en suami tu akan benarkan aku beli sesuka hati.. dkt 15 minit die pomot aku cume kate aku nak cawan tu pastu aku nak balik.. dah nak maghrib.. mmg pon jam dah 730 time tu..

pastu diorg pon ckp dlm kotak cwn tu ade 2 kupon samade 100/300<--tapi selalunye yang 300 tu pon susah nak dapat. aku pon ok je lah. so aku bukak 1 = kupon rm 100 n die terus cop, tapi yg 2nd die tlg bukak.. tapi die terus senyap tgk kupon tu n mamat tu pandang supervisor die <--yg kebetulan ade kat ctu.. supervisor tu pon tekejut.. aku tanye kenape? die terus pusingkan kupon tu n tunjuk..

hah??!! rm1000

mamat tu terus call bos die confirmkan psl voucher tu, siap bace bar code blakang kupon tu.. n keputusannye...

betul aku mmg dapat voucher RM1000 tuh <--kupon ni cume ade 10 je 1 malaysia huhu.. n diorg suruh aku pilih brg2 yang diorg ade tula.. tapi sebab en suami tade aku tak berani kasik keputusan.. tak amik rugi sebab bukan senang nk dpt voucher banyak cenggitu.. brg2 die adalah

energy waterfilter = RM2400++



microwave oven = RM3500++


air purifier = 2500++



induction cooker =RM3200++

vacuum = RM2700++

aku masih berpikir2 lagi nak beli ke tidak.. nak beli mahalle pulak.. tak beli rugi tak pki voucher tuh...cemane ek??

Tuesday, February 17, 2009

ketentuan Allah~

sudah ketentuan Allah~ sekiranya DIA inginkan hambanya kembali.. janjinya itu pasti kan terjadi.. baru je dapat khabar dari kakak yang nenek saudara telah tiada ~_~ jenazah telah selamat dikebumikan..

ahh! ralat rasanya! aku tak sempat balik menziarah.. satu lagi khabar duka, pakcik ::abg sulung mak:: diserang strok! sekali lagi.. kali ni keadaan pakcik sangat tenat.. perlukan bantuan oksigen.. kami akan balik secepat mungkin takut2 kami tak berpeluang menziarah..

sebenarnya malam tadi baru je telefon mak kat kg.. bertanya khabar mak.. dah lame sangat rasenye tak balik kg.. mak cerita pakcik dimasukkan ke wad sebab strok, tak sedar.. tapi bile mak bisik yang die dtg melawat, hanya air mata yang mengalir, ::uhh! sebak sungguh dgr.. aku nekad nak balik kg jugak this week wlaupun en suami mesti keje, takpela aku boleh drive sendiri balik:: lepas tu mak jugak khabarkan nenek saudara tenat, kerap meracau memanggil nama2 org yang dah tiada ::nampaknye Allah lebih menyayangi nenek, harini janjinya telah sampai belum sempat kami pergi menziarah:: nenek meracau rupanya petanda dia akan pergi meninggalkan kami.

kali ni aku takkan bertangguh utk pergi menziarah pakcik, aku tak mahu rase terkilan lagi dek kerana suka bertangguh ::sebelum ni aku terkilan kerana tidak berkesempatan bertemu dgn bakal ibu mertua sebelum ibu pergi... semuanya kerana aku bertangguh!::

Friday, February 13, 2009

--Hutan Kita-- KIARA our forest

this weekend dah ade xtvt!! heheh. semalam kak pah a.k.a my boss ajak tolong die untuk program ni.. Hutan Kita(KIARA) - our forest <-- ade masuk buletin utama ari rabu klu tak silap.heh under ILAM (Institut of Landscape Architect Malaysia), Jabatan Landskap Negara n Malaysian Landscape Advisory panel yang dipengerusikan oleh Datin Seri Jeanne Abdullah. idea untuk buat reforestation program ni pn dtg dari beliau & location yang dipilih kat Bukit Kiara <--one of the green lung yang masih tinggal kat KL nih
program ni terbuka pada semua pihak,tak kirela korporat ke, public people cam kite2 ni ke, smua blh join. the more we plant the more oxygen we will get kan.. hehe .. 1 pokok RM 60 <--termasuk cost maintenance, supply trees, replanting(klu mati) dlm mase 3 tahun ::murah kan?! n yang bestnye kite boleh letak name kite kat pokok ni taw! pokok2 ni macam2 jenis, n semua native species<-- species yang mmg asalnye dari malaysia so besides greening our earth kite boleh kenal ngan species2 yang kite tak penah kenal pon before this.. ::aku yang keje kene kenal spesis pokok pon ade yang kantoi lagi.. hahaha::
maybe with this little effort from us now, will help our kids in the future.. who knows??
ni sikit2 la i copy n tempekla dari newsletter program ni::tapi malas nak translate ^_~::
Contributors to Hutan Kita Kiara will receive
  • a plaque/commemorative inscription with ur name nn organization placed at the planting plots n within the park <--wah glemer u!!
  • Ownership of the trees. our name n details of ur contribution will be entered in Registration Books <--nile yang i dok bagitau tadi
  • Certificate of Participation <--tgk ade sijil lagik.. hiks
  • Tax - Exemption incentives
  • For Individuals - can commemorate meaningful events such as birthdays, anniversaries, weddings etc <--tgk! kan i dah kate program ni specials ^_^
  • the most important!! our trees will be preserved!<--mane tau umo kite tak panjang pokok ni insyaAllah ade lagi heheh
oklah..
pada yang berminat nak tau amendela menatang hutan kita nih sile2la jenguk kat link ni ye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"