Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label Renungan buat semua. Show all posts
Showing posts with label Renungan buat semua. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!


"..................mungkin ada kesusahan kita sekarang adalah sedikit kifarah Allah atas kesilapan lalu kita.
syukurilah nikmat Allah pada kita yang tak terhitung jumlahnya."

**entri cube menstabilkan emosi

Friday, September 24, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN semasa kita duduk antara dua sujud...

Dalam tidak sedar setiap hari kita memohon didalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami... sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah...

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima keampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah, ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku).. Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima, ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu...

Sumber - Aidagenit Abd. Rahim

Thursday, September 23, 2010

salahkah calon isteri tak pandai masak?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.

Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

sumber : ILUVISLAM.com

***********************************

fenomena yang sangat biasa kan? perempuan bila dah kawin kalau tak pandai masak mulalah macam2 komplen muncul mula kritikan2 pedas dilemparkan. tapi bila lelaki yang dah jadi suami sekaligus ketua keluarga tak reti jadi imam tiada siapa pertikaikan... hmmm

Monday, July 26, 2010

SAYANGILAH DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG SUAMI

artikel ini diambil daripada laman sosial yang dia pula dari emel yang didapatinya,bukan hasil tulisan sendiri..
harap maklum..


“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki,
jangan lupa bimbing anak dan isteri.
Kalau suatu hari berlaku selisih faham,
jangan cepat menuding jari.
Duduk berbincang dan cari kata sepakat.
Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara,
ayah tak balas dengan kata-kata.
Ayah keluar hidupkan motor,
pergi ke Behrang cari mee goreng mamak.
Bila sampai saja di rumah,
ayah hulur pada arwah Mak,
muka yang tadi masam terus tersenyum riang.
Suami kena tahu kesukaan isteri,
supaya mudah memujuk hati,”

ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua.
Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan.
Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama,
di awal, pertengahan dan di hujungnya.
Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja.
Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi.
Menerima kekurangan untuk saling menginsafi,
suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI :

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati.
Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara.
Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga.
Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:
“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”
Seorang wanita lalu bangun bertanya,
“Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu.
Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata.

Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa.
Muka isteri semakin kelat, hilang serinya.
Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta,
namun tidak berbicara dan bersemuka.
Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati.
Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa.
Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG :

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami.
Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan.
Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.


“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga,
namun dia bijak berjenaka, meriah suasana.
Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga,
tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa.
Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata.
Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana .
Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan.
Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi.
Moga-moga dia berubah hati.
Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU :

“Sedangkan lidah lagi tergigit,
apa pula suami isteri,
buang yang keruh,
ambil yang jernih.
Baru teguh peribadi..”

Wahai teman bergelar isteri,
mari kita muhasabah diri.
Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali.
Banyakkan istighfar dan juga sedekah,
kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami.
Jangan bertangguh dan jangan lengah.
Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari,
“Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”

Wednesday, June 16, 2010

Pakar sahkan video lucah selebriti asli

hmmmm.... pakar sahkan video yang 'katenye' watak2 dalam tu cume pelanduk dua serupa terbukti asli... video mana?? alaaaa... yang orang dok sebok2 carik la ni tula.... yang pelakon ngan penyanyi dari seberang tuuuuuuu.....

baca SINI ye

sekarang ni masing2 bila gambo 'terlampau' dah 'terkeluar' kat internet mulala gelabah... sebokla nak nafikan kate itu semua kerja 'PHOTOSHOP'!!!

tapi rasenye se terrer mane orang yang edit gambo tu takkanla sampai boleh matching cantik gila shadow ngan keadaan.. laghting pun cantik je terletak... kepala pun ngam je ngan badan...

memangle sekarang ni canggih manggih teknologi.... boleh nak kate orang copy paste gambo ke... edit muka ke... tpi kene ingat... dengan teknologi jugak orang boleh sahkan mende tu original ke tidak kan??

jadinya.....

sendiri mau ingatlaaaaaa..

Wednesday, May 12, 2010

dek kerana harta tak seberapa, kamu sanggup DERHAKA!!

satu kisah benar... tapi nama dan tempat dirahsiakan

baru - baru ni di penduduk - penduduk asal kampung S menerima berita baik yang ditunggu sekian lama. Mereka mendapat sebahagian dari pampasan tanah yang diambil untuk tujuan pembangunan. Tapi atas sebab - sebab yang saya sendiri kurang jelas bayaran mereka masih tertunggak.

Dek kerana terlalu lama menanti ada penerima yang sudah meninggal dunia dan menjadikan generasi kedua yakni pewaris mereka yang menerima wang berkenaan. Tempoh penyerahan wang berkenaan berlangsung kira - kira seminggu.

Dipendekkan cerita,

Pada hari pertama (hari Isnin) ramai datang menuntut bahagian masing-masing, termasuklah seorang lelaki (encik A) datang untuk menuntut wang berkenaan bagi pihak ibunya yang sudah meninggal dunia. Encik A datang bersama surat pengesahan kematian ibunya surat matila tu!! untuk membolehkan dia menerima wang berkenaan. Setelah meneliti Sijil Kematian itu, pegawai yang bertugas berpuashati dan seterusnya memberikan cek kepada Encik A tanpa sebarang prasangka...... nampakla Encik A tu excited semacam jek sape tak excited dapat duit ribu2 kan??gatai

keesokan harinya, Seorang wanita yang kelihatan agak uzur (Makcik B) datang ke pejabat pengurusan untuk menuntut wang sepertimana juga Encik A. Dikaunter penyerahan makcik B dikehendaki menyerahkan MyKad untuk pengesahan identiti, tiba - tiba kaunter kecoh! setelah pegawai bertugas sangsi dengan identiti makcik B

"betul ke ni makcik" pegawai C bertanya

"takkanla makcik nak tipu nak... makcik ni tinggal berapa hari je nak hidup..." makcik B menjawab dengan nada keliru

"eh?! makcik hidup lagi????" Pegawai C melopong

makcik B sangat terkejut dengan kata - kata Pegawai C, melihat reaksi Makcik B Pegawai C pantas menerangkan, bahagian Makcik B sudah dituntut oleh anaknya semalam dengan bukti makcik B sudah meninggal! Serentak dengan itu, perbincangan ringkas dilakukan untuk menyelesaikan masalah makcik B...

nasib menyebelahi makcik B kerana anaknya masih belum menunaikan cek berkenaan, dan pegawai C bertindak membatalkan cek itu dan menyerahkan cek yang baru kepada makcik B....
sebaik sahaja makcik B beredar, masing - masing berbisik sesama sendiri..... persoalan timbul di benak masing - masing

.............hanya kerana wang, si anak (Encik A) sanggup mengatakan ibunya (Makcik B) sudah meninggal dunia. sanggup mengenepikan perasaan si ibu hanya untuk kepentingan diri. Sudah pasti hancur luluh hati si ibu kerana si anak bagaikan sudah tidak mahukan dirinya lagi.


Friday, April 2, 2010

hari - hari bahagia

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi.




Tiada keraguan dalam perkara ini. Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.









Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.


"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."



Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan
aku, itu sahaja.





............ ......... .....


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.


Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.


Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...


Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."


Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


............ ......... ......... ......... .


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.

Wednesday, February 3, 2010

well... moral of the story is...

Lesson 1

A man is getting into the shower just as his wife is finishing up her
shower when the doorbell rings. The wife quickly wraps herself in a
towel and runs downstairs. When she opens the door, there stands Bob,
the next door neighbor. Before she says a word, Bob says, "I'll give
you $800 to drop that towel." After thinking for a moment, the woman
drops her towel and stands naked in front of Bob.

After a few seconds, Bob hands her $800 dollars and leaves. The woman
wraps back up in the towel and goes back upstairs. When she gets to the
bathroom, her husband asks,…

"Who was that?" "It was Bob the next door neighbor," she replies.
"Great!" the husband says, "Did he say anything about the $800 he owes
me?"

Moral of the story: If you share critical information pertaining to
credit and risk with your shareholders, in time, you may be in a
position to prevent avoidable exposure.

Lesson 2

A sales rep, an administration clerk, and the manager are walking to
lunch when they find an antique oil lamp. They rub it and a Genie comes
out. The Genie says, "I'll give each of you just one wish" "Me first!
Me first!" says the admin. clerk. "I want to be in the Bahamas, driving
a speedboat, without a care in the world." Poof! She's gone. "Me next!
Me next!" says the sales rep. "I want to be in Hawaii,relaxing on the
beach with my personal masseuse, an endless supply of Pina Coladas and
the love of my life." Poof! He's gone. "OK, you're up," the Genie says
to the manager. The manager says, "I want those two back in the office
after lunch."

Moral of the story: Always let your boss have the first say.

Lesson 3

A priest offered a lift to a Nun. She got in and crossed her legs,
forcing her gown to reveal a leg. The priest nearly had an accident.
After controlling the car, he stealthily slid his hand up her leg. The
nun said,"Father, remember Psalm 129?" The priest removed his hand.
But,changing gears, he let his hand slide up her leg again. The nun
once again said, "Father, remember Psalm 129?" The priest apologized
"Sorry sister but the flesh is weak." Arriving at the convent, the nun
went on her way. On his arrival at the church, the priest rushed to
look up Psalm 129. It said, "Go forth and seek, further up, you will
find glory."

Moral of the story: If you are not well informed in your job, you might miss a great opportunity.


Lesson 4

A crow was sitting on a tree, doing nothing all day. A rabbit asked
him, "Can I also sit like you and do nothing all day long?" The crow
answered: "Sure, why not." So, the rabbit sat on the ground below the
crow, and rested.

A fox jumped on the rabbit and ate it.

Moral of the story: To be sitting and doing nothing, you must be sitting very high up.

Lesson 5

A turkey was chatting with a bull "I would love to be able to get to
the top of that tree," sighed the turkey, but I haven't got the
energy." "Well, why don't you nibble on my droppings?" replied the
bull. "They're packed with nutrients." The turkey pecked at a lump of
dung and found that it gave him enough strength to reach the lowest
branch of the tree. The next day, after eating some more dung, he
reached the second branch. Finally after a fourth night, there he was
proudly perched at the top of the tree. Soon he was spotted by a
farmer, who shot the turkey out of the tree.

Moral of the story: Bullshit might get you to the top, but it wont keep
you there. Kind of goes against 'What Makes 100%', but hey, it's your
call :)

Lesson 6

A little bird was flying south for the winter. It was so cold the bird
froze and fell to the ground into a large field. While he was lying
there, a cow came by and dropped some dung on him. As the frozen bird
lay there in the pile of cow dung, he began to realize how warm he was.
The dung was actually thawing him out! He lay there all warm and happy,
and soon began to sing for joy. A passing cat heard the bird singing
and came to investigate. Following the sound, the cat discovered the
bird under the pile of cow dung, and promptly dug him out and ate him.

Moral of the story:
1. Not everyone who shits on you is your enemy
2. Not everyone who gets you out of shit is your friend
3. And when you're in deep shit, it's best to keep your mouth shut!
--

Monday, January 18, 2010

mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur
disisi kita bukan dengan orang lain ..

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi,krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Thursday, January 14, 2010

apa yang paling DEKAT, JAUH, BESAR, BERAT, RINGAN, TAJAM???

Suatu hari, Imam Al-Ghozali berkumpul dengan murid2nya. Lalu beliau bertanya

"apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?"
murid2nya menjawab, "orang tua, guru, kawan dan sahabatnya"
Imam AlGhozali menjelaskan "Benar, tetapi yang paling DEKAT itu dengan kita adalah 'MATI' kerana itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati"

Lalu Imam Al Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua,"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
murid2nya menjawab "negara china, bulan, matahari, bintang2.."
Imam AlGhozali menjelaskan "Benar, tetapi yang paling benar adalah 'MASA LALU' walau dengan apa sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. oleh itu kita harus menjaga hari ini dan hari 2 akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama."

Pertanyaan Imam Al Ghozali diteruskan dengan soalan ketiga,"apa yang paling BESAR didunia ini?"
Murid2nya menjawab,"gunung, bumi dan matahari."
"semua jawapan itu benar" kata Imam Al Ghozali "tetapi yang paling besar adalah dari yang ada didunia ini adalah 'NAFSU'. maka kita harus berhati2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mambwa kita ke neraka"

pertanyaan yang keempat adalah,"apa yang paling berat didunia ini?"
Ada yang menjawab besi dan gajah.
"semua adalah benar tetapi yang paling berat adalah 'MEMEGANG AMANAH'. Tumbuh2an, binatang,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika ALLAH SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) didunia ini. tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka kerana tidak memegang amanahnya" Imam AlGhozali menerangkan.

Pertanyaan seterusnya yakni yang kelima, "Apa yang paling RINGAN didunia ini?"
ada yang menjawab kapas, angin, debu2, dan daun.
"benar, tapi yang paling ringan adalah 'MENINGGALKAN SOLAT', gara2 pekerjaan kita meninggalkan solat, gara2 mesyuarat kita meninggalkan solat..." kata Imam Al Ghozali

dan pertanyaan beliau yang terakhir,"apakah yang paling TAJAM didunia ini?"
murid2nya menjawab serentak, "Pedang"
"Benar" kata Imam Al Ghozali seraya menyambung "tapi yang paling tajam adalah 'LIDAH MANUSIA' kerana melalui lidah, manusia selalu menyakiti hati dan melukakan perasaan saudaranya sendiri"

**artikel ni ku dah lupa mana asalnya sebab potongan artikel ni tertampal dalam diari lamaku... moga jadi renungan buat kita semua**

Monday, November 23, 2009

tanduk iblis~


Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud.....
" siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka
sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis"

masyaAllah
gigitjarigigitjari

Friday, November 6, 2009

dosa jual beli hari jumaat

sebagai ingatan kita bersama...

....................


Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.


Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT

Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.
Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.


AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?
Walaupun telah ijma'
[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.
[2]

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-
المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.
[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :
اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)


BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?

Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.

KESIMPULAN

Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.
Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.
Sekian,

Zaharuddin ABd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
26 Oktober 2009

Thursday, October 1, 2009

PENAT~

pagi ni seperti biasa menjenguk sebentar ke dalam forum kegemaran saye ~ Ratuhati tertarik dengan topik ni. ada baiknya saya berkongsi dengan semua ya! maklumla bila kita dah berkeluarga ni terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. keje umah~opis~anak2~suami~dsb. dek kerana terlalu penat selalu tak perasan yang kite merungut.

jomlah kite bace kisah ni ye!

......................................


Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.
Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

sumber : ratuhati.com

Tuesday, September 29, 2009

mengapa wanita sangat istimewa??

hmm.. kisah ni dah beberapa kali terbaca.. saje nak tepek kat cni pulak bagu uols bace (' ',)
.............................
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. '..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah....'
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur.
terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air. ..sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong. ...salin la gula...
check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi. ..ishh...ni lauk bila ni, semalam....dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska. ..check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama. ..calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping. . . . alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje. ..emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak. .selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek....ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa...'..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido. .'....
'..yelah nak tido la ni..nak smayang jap...'
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu. ..adoi..gosok gigi. . .
smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak. ..huhuhuhu...
bukak almari. ..emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2. ..kemaskan baju gantung2. ..masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi...'..i dah ngantuk ni..'..dalam pada nak masuk ke bilik. ..owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...
check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2. ..masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya....sampai bawah meja makan pun ade. ..adoi....ok dah .....
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang. ..cium si comel ni kejap. ..selimutkan die. ...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k....gud nite..sweet dreams...
aaahh. ..sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh. .. . boring. ...panas pulak lotion nih..dah la. . .emm..sedapnya lelapkan mata...
Ya Allah. ...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...
papa pun bangun tutup tv...'...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde. ..'...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT.....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
bagus jugak kan dapat ingtkan lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah. ..setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...
Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...
untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari

Monday, September 7, 2009

Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman

Suatu Hari.......
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau.
Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama.

Kebetulan jalandi depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala.

Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.

"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti.

Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihatpegawai polis itu.
Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu.

Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat,kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kadpengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk kedalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya.

Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa. Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.

Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikanbersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku.

Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa?Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

------------ --------- --------- --------

"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah dipersimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run"
- Jamal

------------ --------- --------- --------

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal.

Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.
Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian oranglain.

Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.

Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengertiperasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Wednesday, August 5, 2009

Ayat Kursi~

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di ataspintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suamiterhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadapkejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumahsehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akanlari bersama-sama dengan salam itu.Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkanrahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, makaAllah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWTakan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orangyang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitannescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Wallahu'alam

Monday, August 3, 2009

mulakan dari hati~

Bila orang pandang rendah pada anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati anda dan juga satu ujian pada sikap anda. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.

Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa ambil kisah, tetapi dia tahu orang itu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu pada yang positif.

Orang yang cool biasanya bersikap positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.

Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita dan hati kita. Orang-orang berjaya, hati mereka sentiasa bersih, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.

Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita

Friday, July 31, 2009

Kaabah tidak mahu bergerak masuk syurga~

petikan diperolehi dari sumber emel...
....................................................



Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke TanahSuci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.
.......

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhiratkelak.Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam,tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tokguru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar,mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak kesyurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf disekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak.Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, adalagi beberapa orang yang tidak hadir. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yangberdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semuaorang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yangMaha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawaorang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....


How nice kan ... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..sila2kanlahmenjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiaplangkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allahswt...Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingatiAllah swt dalam setiap urusan dunia kita?

Wallahua'lam. ..

Wednesday, July 29, 2009

sungai di syurga

Asalnya 4 Buah Sungai Di Syurga
Bersabda Nabi s.a.w : "Semasa aku Isra' dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam.
Ada airnya dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari madu dan ada airnya yg tidak masin.
Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalam al-Qur'an : "Didalam Syurga itu ada sungai yg airnya tidak masin. Ada sungai yg airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya. Ada sungai dari arak yg lazat bagi yg meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan".
Aku bertanya kepada Jibrail a.s :
"Wahai Jibrail a.s, dari manakah asalnya sungai2 ini dan ke manakah akhirnya?"
Jibrail a.s menjawab : " Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kaustsar, asalnya tidak aku ketahui."
Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia munyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok yg besar. Aku lihat ada sebuah kubah yg amat besar diperbuat dari permata yg putih berkilauan manakala pintu-pintunya dari jakut hijau dan kunci-kuncinya dari emas.
Dan, aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan bertanya: "Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?"
Aku pun bertanya: "Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya"
Jawab Malaikat itu: "Kuncinya di dalam tanganmu"
Tanyaku : "Dimana?"
Jawabnya: "Cukuplah engkau ucapkan Bismillahir rahmaanir rahiim".
Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah azza wajalla, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari (4) empat buah liang yg besar-besar.
Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi kepadaku: "Apakah engkau sudah cukup puas melihat permandangan ini? Sesungguhnya masih ada yg engkau belum lihat.
Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik2, dari apakah sungai2 itu memancutkan airnya". Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah Bismillahir rahmaanir rahiim diantara (4) empat batang tiangnya. Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang huruf ha' perkataan Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf min perkataan Arrahmaan, keluar air sungai arak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluar air sungai madu.
Demikianlah asalnya (4) empat buah sungai di dalam syurga. Dari itu, barangsiapa dari umatku yang membaca Bismillahir rahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.
....wallahualam....

Thursday, July 16, 2009

7 ayat ~ ayat chenta.. sila amalkan ye

Tujuh Ayat Cinta
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan."
1. bismillahhirrahmann irrahim
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. alhamdulliah
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. astagfirrullah
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. insyaallah
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. lahaulawalaquataill ahbillah
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. innalillah
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. laailaahaillallah
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.
amalkanla h selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah. wallahu'alam
(Source:email)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"