Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label marriage. Show all posts
Showing posts with label marriage. Show all posts

Thursday, February 2, 2017

Dijentik dengan sebuah Kehilangan

Sedar tak sedar kita dah masuk ke tahun 2017. Pembukaan tahun yang benar - benar menguji keluarga kecil kami. En suami telah menghembuskan nafas akhir pada 31/12/2016 jam 1.50 pg akibat komplikasi buah pinggang. tiada lagi insan bernama Norazmi Abdul Manaf, ternoktah juga jodoh kami buat seketika diatas muka bumi ini. sekurang - kurangnya dia dah tak sakit, Allah lagi sayangkan dia.

Sekarang saya masih cuba untuk mengumpul kekuatan, menyesuaikan hidup sendirian bersama anak - anak bulus. Allah menjentik hati saya dengan mengambil semula apa yang saya sayang,  supaya saya lebih ingat padaNya, yang selama ini saya selalu leka. Selama 8 tahun berkahwin suami adalah seorang yang sangat ringkas  hinggalah 100 hari terakhirnya, almarhum benar benar berubah 180 darjah menjadi seorang yang sangat 'clingy' yang memberikan saya peluang untuk menjaga almarhum sepenuh masa, bersamanya sehingga menghembuskan nafas terakhir. Moga rohnya ditempatkan bersama para solihin.

~Alfatihah

Wednesday, December 11, 2013

Suami Romantik.. penting ke?

lama sangat tak menulis... kekangan kerja + kekangan facebook eh?! kesian blog berhabuk, lama tak menulis alih alih cerita pasal suami romantik penting ke tidak. hahaha

tak dinafikan majoriti wanita memang mendambakan teman hidup yang romantik kan, seperti cerita novel yang sangat mengharukan.  ^_^  Tapi realitinya tak ramai lelaki yang sebegitu, memiliki teman hidup yang cukup memahami pun dah cukup syukur kan?...

Encik suami saya juga salah seorang suami yang bukan dari golongan lelaki romantik, takkan faham kalau kita cakap berkias. Kalau kita betul-betul nakkan sesuatu lebih baik berterus terang. kalau 'hint' memang alamatnya takkan dapatla benda tu. Alah bisa tegal biasa, waktu baru berkahwin kadangkala memang terasa hati bila kiasan kita langsung tek terkesan dihatinya. Selepas  beberapa lama semua tu kita dah tak kisah sangat.

Harapan nak dapat surprise ke memang takdela..... hahaha

tapi waktu birthday saya baru - baru ni ada perkara yang encik suami buat benar-benar mengharukan saya, apa yang dia lakukan?



Ya, dia hasilkan sendiri kek harijadi saya!! 

seperti semua sedia maklum kami sekarang tinggal berjauhan, hujung minggu baru saya pulang dan kebetulan tahun ini hari lahir saya jatuh pada hari sabtu. Namun, disaat akhir saya terpaksa bekerja pada hari berkenaan! T_T terpaksa batalkan rancangan untuk menonton filem THOR. huhu

kepulangan saya petang itu disambut kek merah jambu... hilang penat... hanya senyuman yang terukir dibibir... terharu dengan usaha suami... memang tiada bunga comel sebagai hiasan kek, tiada ungkapan 'selamat hari lahir' diatas kek, hanya kek merah jambu yang kosong.. tapi saya tetap berbangga dengan usaha beliau!


 terima kasih sayang!







Tuesday, April 23, 2013

Nothing to update

wohoo dah 2 minggu lebih tak update blog. Takda cerita luar biasa yang boleh dipaparkan cuma perjalanan biasa seharian yang agak serupa. cuma ada sedikit 'hiccups' sana sini.

bulan 5 dah makin menghampiri... akhirnya salah satu 'wishlist' besar saya tahun ni hampir tercapai, dan ianya berlaku lebih cepat dari jangkaan. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Allah. syukur juga kerana DIA memudahkan urusan kami. Namun, ada beberapa perkara lagi yang perlu kami hadapi,  moga kami dapat melaluinya dengan mudah...

Minggu depan masa untuk berlibur! Meraikan rakan dalam majlis walimah beliau.. nun di negeri dibawah bayu.. pertama kali menghadiri majlis sejauh ini.. ^_^

Monday, March 25, 2013

Anak Angkat

tajuk ni tersimpan dalam draft folder agak lama juga... waktu tu memang saya berada dalam keadaan yang sangat tertekan... terasa diri di titik  paling bawah dalam hidup... rasa hopeless... serabut! semua cukuplah... 

tak pernah terbayang langsung saya akan alami perkara ni, kalau dulu sebelum berkahwin bila dengar orang kawin 5 - 6 tahun belum dikurniakan cahaya mata, rasa kesian sangat... tertanya - tanya apa yang mereka rasa? apa yang mereka fikir? macamana dorang manage emosi?

sekarang saya sendiri juga berada dalam kasut yang sama dengan mereka. merasai sendiri tekanan dari sekeliling & kadang2 tekanan tu datang dari diri sendiri...

ya tahun pertama, kedua, ketiga saya boleh berdiri gagah menepis setiap kata orang yang datang... tapi bila masuk tahun ke5, sesekali kata - kata orang menusuk kalbu sampai kita rasa terjelapuk tak boleh bangun semula!


balik pada tajuk atas tu...


should i go for it or not?!




Wednesday, September 5, 2012

KEJUTANN untuk hasben

tengah  dok fikir.... kezutan ape nak buat untuk birthday suami tahun ni.... hadiah dah ade tinggal lagi tengah tunggu sampai malaysia... bunyi cam mahal je kanns?! tapi idakle mahal punn kalau benda yang sama beli kat malaysia lagi mahal, tapi sebab ada kawan tolong belikan kat negara asal dia.. jadi dapat murahle sikit.. cumanya sampainye tu lambatle sikit dari birthday dia nanti.. kalau agak2 dah dekat dengan anniversary kawen baru sampai, kira hadiah sekali dengan anniversary lah.. hahahaha! dasar bini kedekut! yela, belanja - belanja juga tapi ekonomi tetap kena jaga kannnnn.. 

korang ada idea dak nak wat kezutan apa?

meh share meh...





**ada masa lebih kurang 2 minggu ++ untuk sampai ke hari kejadian.....

Friday, December 24, 2010

Niquitin mampu jinakkan perokok tegar?

Suami saya sorang perokok tegar, memang boleh pengsan kat umah tu dengan asap rokok

bila kita bersuara mulala SENTAP!

banyak kali saya pujuk dia berhenti merokok, tapi mantul! hish... saya yang rasa stress setiap kali pengumuman harga rokok naik sebab melibatkan pertambahan kos. walaupun duit takde, rokok tetap ada -_-" macamana pun akan usaha jugak nak dapatkan rokok...

setiap kali bersuara mesti sy timbulkan pasal kos rokok tu, dok bakar saje2 je kurang2 300ringgit sebulan! klu buat beli barang dapur complete tuuuuu
setiap kali tu jugakla dia cakap "abang CUBA"

tapi

masih macam tu jugak...... langsung tak mencuba walau untuk mengurangkan kekerapan...

kalau masa dia mengadap game lagila tension, lepas sebatang sebatang lagi. sampaikan aly tanak lalu kat dia setiap kali dia merokok, aly pun tau asap tu membahayakan kesihatan! haih....

ahad lepas buat kesekian kalinya saya merayu pada dia supaya berhenti merokok. sebab utama adalah kos.... keadaan ekonomi kami sudah semakin genting dan tidak memungkinkan utk sebarang pembaziran lebih2 lagi untuk sesuatu yang langsung tidak memberikan manfaat!

alhamdulillah, kali ni dia tidak menolak mentah2 permintaan saya seperti kebiasaan

"aband dah mula ambil niquitin"

alhamdulillah... dia pilih niquitin [dlm bentuk losenge] untuk bantu dia menghentikan tabiat buruknya. Saya menganggap ini adalah hadiah ulangtahun perkahwinan kami.

saya berikan sokongan penuh dalam usahanya kali ini, walaupun terpaksa menata semula bajet bulanan kerana losenge ini agak mahal. Sedikit pengorbanan untuk mendapatkan sedikit manfaat dari produk berkenaan

"memang perlukan semangat dan azam yang kuat untuk mengikis ketagihan nikotin yang sudah bertapak lama dalam diri, moga abang kuat dan seterusnya berjaya menghapuskan tabiat buruk tu"


sedikit info mengenai NiQuitin



Terapi penggantian nikotin tidak mengandungi tar dan gas berbahaya seperti yg didapati dalam asap rokok.
Dengan terapi ini keinginan dan keperluan terhadap nikotin (bahan dalam rokok yg menyebabkan ketagihan) akan berkurang secara beransur2. Ia akan mengurangkan simptom2 biasa apabila seseorang itu berhenti merokok seperti ketagihan, resah & gelisah.
Beberapa kajian mengenai Niquitin:
>> terbukti secara klinikal dalam membantu berhenti merokok
>> menggandakan peluang berhenti merokok
>> perlindungan 24 jam - walaupun terhadap ketagihan kuat di awal pagi
>> melegakan ketagihan dalam beberapa minit

lagi maklumat disini

Friday, October 22, 2010

holiday mode.. HAPPY!!!

HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

banyaknya keje minggu ni.......
sedihsedihsedihsedihsedih

tapi tetap terima kasih kat bos bos dan bos sebab bagi saya cuti next week. betapa mudahnye nak cuti, cakap je... "bos, sy nak cuti next week isnin sampai rabu boleh??"

and seperti biasa... cuti approve tanpa banyak soal... alhamdulillah

saya nak kemana??

alah saja nak berhanimun dengan suami di seberang... tempat yang boleh mentransfomkan seorang perempuan biasa menjadi makhluk yang gila shopping!! sengihnampakgigi

harap2nya saya takkan bertukar jadi makhluk itu... biasa biasa sudah....
jelirjelirjelir habislah duit laki aku!!! gatai

dan yang membuatkan saya double triple happy....

tengahari tadi, bos besar panggil masuk bilik dia siap jerit macam nak makan orang.... seriau betul dengar.. haish...

"kejap bos kejap " dalam hati dah membebel2 mencari kesalahan ape yang saya dah buat hari ni.. haih...

bila masuk je dalam bilik bos, dia hulur envelope

"nah, buat belanja g sana nanti..."

gila terkejut weh! rezeki yang langsung tak terduga.. maklum sajalah dengan keadaan syarikat yang sangat genting... dapat gaji on time pun dah cukup syukur

"alhamdulillah, thanx bos! boleh saya buat belanja g sana nanti"

celebratecelebratecelebratecelebratecelebrate

walaupun takla banyak mana.. tapi aku tetap happy gila golek2!

memang sayang bos bos dan boslah!!
lovelovelove saya belanja bos2 semua minum kat kedai mamak nanti yeminumminumminum

bolehla i bertukar jadi makhluk gila shopping kat sana nanti!
sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi

moga perjalanan kami selamat, dan selamat kembali semula ke bumi bertuah ini....doadoa

Saturday, September 25, 2010

hari dia menambah umur..

harini..

hari lahir suami...

tiada sambutan besar2an pun, hanya kami berdua dengan brownies hasil tangan sendiri..senyum

"abang, selamat hari lahir... moga kebahagiaan terus milik kita, saya doakan abang akan dapat capai apa yang abang cita - citakan selama niloveloveciumciumpelukpelukpeluk love u..."

Thursday, May 20, 2010

aku terharu

kebelakangan ini aku perlu pulang lewat dari pejabat, dah memang lunyaila badan bila sampai rumah... tapi macamana penat pun bila sampai umah serta merta jawatan Arkitek Landskap yang aku sandang ditukar menjadi surirumah..... selama setahun setengah usia perkahwinan kami ni, aku mmg sedaya upayalah nak jadi superwoman!!

tapi nampaknya seminggu ni aku betul - betul menyerah kalah.. memang dah penat sangat!!

balik je dah melepek... nak angkat jari pun cam tak larat sangat..

er...

errrr ape kaitan sume citer ni ngan tajuk tu??

hehehe

straight to the point.... aku sangat terharu sebab hari ni balik keje je tgk dah ada lauk atas meja.. suamiku masak!!!!! rase speechless sangat.... nak nangis pun ada... walaupun lauk yang hubby masak tu bukanla masak merah atau rendang ayam, cume sambal sardin dan telur dadar je, aku tetap terharu! seronok sangat rasa...

sebab??

sebab selama ni dia tak pernah kisah pun pasal hal ehwal rumah ni, baik masak, basuh kain, kemas2 etc

its totally on me!

tapi hari ni, walau apapun sebab disebaliknya, walau apapun angin yang datang bertiup ke dalam hatinya.....

TERIMA KASIH SAYANG!!

i love u lah!!
rosrosros

Wednesday, December 23, 2009

wedding anniversary ~1

hoho... sedar tak sedar saya dah setahun bergelar isteri... kalau bunting pelamin mesti dah besar baby sekarang... hahaha!!!jelir tapi ape boleh buat.... belum ada rezeki untuk kami tahun ni.. takpela biarla mak berehat dulu dari uruskan newborn cucu. angel terus berdoa dan berusaha supaya kami dapat buah hati tu dalam mase terdekat... doa

kebetulan tahun ni anniversary jatuh hari sabtu. bermakna hari cuti dan ikut plan asal saya nak masak sesuatu yang istimewa.. tapi apakan daya plan tah kemana... hari jumaat saya diserang demam selesema mungkin kerana cuaca yang tak menentu, ralat betul rase klu hari cuti jatuh sakit pula! lainla klu ari keje!! laju je amik mc klu demam!! hahahakenyit

so ari saabtu masih kurang sihat.. nak masak mmg tak laratla... suami pulak ade tugas di Batang Kali dari pagi sampai petang. so sebab 2-2 pon cam dah tak larat malam tu kami cume celebrate simple2 jek di rumah.. tadela candle2 light dinner bagai! cukup dengan hidangan simple dari 'dapur pinjam' kat bukit sentosa dan kek aiskrim... semua citarasa suami.. sesekali bergantung harap pada citarasa dia not bad jugasenyumkenyit

kek aiskrim sempena ulangtahun perkahwinan kamicelebrate... ape yang tak nampak dalam gambar tu aly tgh meronta2 untuk makan kek tu sama!! isk tak sporting betul ma dan abah nak romantik2 ketukmeje

tgk jelah aly tu tunjuk perasaan bila dah kena marah.. merajuk je keje.. isk

****************

keesokan harinya kami ke ampang nak makan nasi minyak!

2 minggu lepas tak berpeluang untuk ke batu pahat meraikan mereka... mujurlah majlis pihak lelaki diadakan di Ampang. selamat pengantin baru QAMA!ros

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"