Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label buddies. Show all posts
Showing posts with label buddies. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

kita kawan sampai mati kan?

last 2 week dapat lampu hijau dari suami, membujangkan diri bersama anak - anak dara melawat anak sedara baru... hihi.. bukan senang oh nak berhula - hula bersama kawan2 lama seperti zaman sekolah! maklum sajalah bila masing2 dah ada karier sendiri, dan dah mula ada family sendiri yang secara automatik membataskan masa utk kami selalu bejumpa....

sebelum puasa haritu salah seorang kawan saya ni bersalin, 2 minggu awal dari jangkaan tarikh bersalin dan disebabkan itu makcik2 ni sume tak sempatla nak datang melawat masa kat hospital sebab dah lari dari perancangan awal.

tau - tau jelah kalau dah ditangguh sekali terpaksala ditangguh sampai si ibu habis pntang dan baby balik semula ke putrajaya senyum

walaupun kat sekolah dulu kamceng habis, sekarang susah betul nak jumpa!! dan kami tak sangka kedatangan kami menjadi satu malapetaka utk kawan saya ni... kesian betul
bab2 malapetaka tu tamo citerlah sebab terlalu peribadi..

so layan lah gambar kami dengan baby

yang 2 belah kanan dah fully occupied... yang 2 sebelah kiri tu 2 - 2 masih single and available, ada sapa2 mau kenal?? ihikhik

sangat teringat zaman sekolah okeh... zaman nakal2 dulu... kami tak jahat, tapi orang asik cakap kami jahat!! otaila kunun...hahaha

baby nawwar sudah masuk geng makcik2


aunty lehh amik berkat nawwar, moga kita boleh cepat2 bagi adik kat nawwar oke?!

hihi... tuan blog mesti nak enterpreme jugak kannsgatai

sume jeles tgk gambar ni, sebab nawwar nampak sangat seronok! oh ye.. aunty ni single lagi taw! tengah pulun habiskan master kat usm penang

everyone enjoying moment holding precious nawwar including aunty faiz...
yang had ni pun single mingle lagi... senior engineer di infineon kulim. sepanjang kawan ngan dia ni belum pernah ade boifren pun lagi! isk...


bila tgk gambar2 ni terasa rindu korang sume...

Tuesday, December 8, 2009

Selamat Pengantin Baru~



selamat pengantin baru untuk kawan baikku ketika di upm
adeh.. sedih je tak boleh nak attend wedding die sabtu lepas...
sorry qama keadaan tak mengizinkan aku nak kesana meraikanmu dan suami
tapi aku doakan semoga kalian berbahagia hingga ke akhirnyadoa

kalau tak salah kali terakhir kami bersenda gurau waktu wedding aku last year
huhu... gambar atas tulah...
dan setahun kemudian giliran die pulak naik pelamin....
belum dapat tgk lagi rupa dia dalam persalinan raja sehari

utusan cinta buat pengantin baru

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri nurani yang pinta diisi
Kerananya sidara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing - masing membawa harapan
Agar terbinalah rumahtangga penjana kebahagiaan
Matlamat yang satu, tapi jalannya berliku
Destinasi sama, kaedahnya berbeza
Lalu bersimpang siurlah jalan kesana
Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang jitu mengundang keliru
Binalah rumahtangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
lalu mulakanlah kembara berdua
Kerna dan untuk... Allah jua
Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan, Islam itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah menjadi sambungan madrasah
Berputiklah rahmah, berbuahlah ulfah
Inilah kunci kebahagiaan rumahtangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah
Mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan zuriat
yang soleh dan solehah.....

.................................................

buat semua pengantin baru yang sudah melangsungkan perkahwinan dan bakal melangsungkan perkahwinan di musim2 cuti sekolah ni... tahniah diucapkan... moga kalian semua akan berbahagia hingga ke akhirnya....angel


Monday, October 12, 2009

Newborn baby

masih dalam bulan raye.
mood serdak2 kueh raye pon ade lagi...
ari kamis last week time lunch tetibe aisyah opismate aku call
"mah! cik pah dah bersalin!"
""alhamdulillah.. baby ape? eh?! bukan patut next week ke?"
"dah bersalin tghari tadi. kene ceaser.. baby songsang"
"baby boy.."
alhamdulillah.. wife opismate aku ~ mued dah selamat bersalin
tapi kuar ikut 'tingkap' lak sebab songsang
takpelah janji sume dah selamat.
after borak2 ngan aisyah aku pon sms mued
"beb congrats! dapat jr. dah ko ek?! bape berat baby?"
.
..
...
tiit...tiit...
...
muedh bagi mms
gambar baby!!
chumel sangat! geram je tgk! very de gebu's!!
tul tak?! gebu kanns?
so sebab excited sangat~ org lain yang beranak.. aku yang terlebih excited
ari jumaat aku ngan aisyah g melawat baby kat hospital selayang
best sangat dapat cium baby!
suke2!!
welcome baby!
to your new world
Muhammad Faris Dhani bin Muhidin
~gara2 abah die sangat minat ngan band dari seberang agaknye! ahaks!!
pesal name budak2 skang panjang2 ek?
pastu tak semua digunakan.
isk..isk..

Wednesday, March 18, 2009

Selamat Pengantin Baru sahabatku~

hmm.. sedar tak sedar dah masuk bulan ke3, 2009. skang ni pulak minggu cuti sekolah, berderet2la jemputan kawen huhu sampai serba salah jadinye.. klu semua kenduri tu boleh sekali pegi, satu jalan sume senangla nak arrange, tapi dah klu 1 kat ipoh, 1 kat seremban pastu dua2 pon kawan... cane?? aduhai.... sahabat2ku yang dah menjemputku ku majlis korang dan aku tak dapat nak menyibukkan diri kat majlis korang tu... aku mintak maap sesangat ye.. ampun!!! nanti kemudian2la aku wat special delivery wedding gift kat umah korang hehehe

pastu semalam aku dapat lagik jemputan kawen, alhamdulillah sampai jugak jodoh kawan aku sorang ni... kawan baik aku time skola menengah dulu.. SARAH MARIA IZUMA aka TOYHA yang akan melangsungkan perkahwinan 4 April ni kat jerantut. sangat happy bile dgr kwn2 nak kawen :) lagi happy sebab en suami dah kasik green lite utk pegi hehehe.. tapi yang tak besnye die tak ikot sebab ade program akikah kat perodua yang die wajib attend.. huhu

so, buat semua sahabatku yang sudah melangsungkan perkahwinan dan yang akan melangsungkan perkahwinan, aku doakan korang sume berbahagia hingga ke akhir hayat, moga rumah tangga kalian yang terbina ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT insyaAllah..

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

tak lupe gak buat qama yang baru bertunang last week.. huhu tak dapat g jugak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"