Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, October 16, 2009

Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Jadi Ibu

Jangan Lupa JAdi Isteri Setelah Jadi Ibu..........
(Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah)

Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....". Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..."

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan saying walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka lupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan. Apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

sumber: Ratuhati



** sebagai igatan kite2 ni ye~ walaupun saye belum ade title 'ibu'**

Tuesday, October 13, 2009

...tanpa tajuk...

credit:pakcik google


pagi semalam ...
"kak, redza tak masuk ofis. kene chicken pox"
"ok"

.

.

.

.

tiit..tiit..

aisyah sms aku

"wei aku sakit mata! tak masuk opis"
"ok. gla klinik amik mc nanti aku bgtau bos"

.

.

.

.

opis aku tade org semalam. yang tinggal dak praktikal.
bosan + mengantuks zzzzzz

sib baik aku kene kuar settlekan keje
at least adela xtvt aku nak buat.

hari ni...
kul 8pagi aku dah terpacak kat opis
harini nak submit borg utk lawatan CF
so aku menjangkakan aku akan sibuk arini....
b4 ke MBSA aku ke PKNS, PJ untuk collect surat akujanji..
usai urusan di pkns terus ke De Palma Shah Alam
ukur2 sikit space untuk cadangan signage baru.

1030am~ dah sampai OSC, MBSA untuk selesaikan submit borang berkaitan CF

1100am ~ done!

aku cadang nak ke tapak projek baru kat batang kali. call punye call org yang berkenaan tak dapat2. so kene pospon dulula kot.

terus balik opis. bosan sebab tade org... sume kuar ade hal masing2
aisyah ngan redza mc seminggu...

jadi korangla yang terpaksa melayan repekan ku ini

**mengantoks**

Monday, October 12, 2009

Newborn baby

masih dalam bulan raye.
mood serdak2 kueh raye pon ade lagi...
ari kamis last week time lunch tetibe aisyah opismate aku call
"mah! cik pah dah bersalin!"
""alhamdulillah.. baby ape? eh?! bukan patut next week ke?"
"dah bersalin tghari tadi. kene ceaser.. baby songsang"
"baby boy.."
alhamdulillah.. wife opismate aku ~ mued dah selamat bersalin
tapi kuar ikut 'tingkap' lak sebab songsang
takpelah janji sume dah selamat.
after borak2 ngan aisyah aku pon sms mued
"beb congrats! dapat jr. dah ko ek?! bape berat baby?"
.
..
...
tiit...tiit...
...
muedh bagi mms
gambar baby!!
chumel sangat! geram je tgk! very de gebu's!!
tul tak?! gebu kanns?
so sebab excited sangat~ org lain yang beranak.. aku yang terlebih excited
ari jumaat aku ngan aisyah g melawat baby kat hospital selayang
best sangat dapat cium baby!
suke2!!
welcome baby!
to your new world
Muhammad Faris Dhani bin Muhidin
~gara2 abah die sangat minat ngan band dari seberang agaknye! ahaks!!
pesal name budak2 skang panjang2 ek?
pastu tak semua digunakan.
isk..isk..

aly


3 bulan berlalu
selepas aku adopt die
aly sudah gemoks! tapi aku supe peluk die!
skang suke tido telentang. tak pun tunjuk macho depan org. satu lagi bile org bukak laptop je. walaupun sebelum tu die dok jauh, sanggup bangun semata2 nak landing depan laptop. huhu

cerita basi di bulan syawal~

penyakit M sedang melanda diri dengan dasyatnye. jari2 yang sudah bertambah montel dek kerana makan kuih raye banyak sangat ni
korang layan jela citer yang dah out dated ni ye! hehe


cerita hari raya

dah tak valid pon sbenanye kan klu nak citer pasal raye pertama skang ni.. hehe.
ni raye 1st berdua, setelah bergelar puan n tahun pertama ni beraya kat kg suami dulu kat slim river. disebabkan kedua2 orang tua dah takde. hari raya kami sangat simple. kuih raye sume aci beli je. takde ketupat macam kat umah mak.... cume rebus nasi impit segera adabi. kakak ipar beli lemang 4 batang. tapi hampeh!! chet!!

malam raya tu.... teringat dulu time kakak saye mule2 kawen time 1st raye kat umah mertua, die tepon mak kul 3 pagi nanges2 dalam kelambu!! wakaka ~ kak! jgn pukul aku!! larik!!!
teringatkan kisah tu aku pon teponla mak. kot igtkan nak bersyahdu syahdan jugakla ngan mak hikhik!
sekali tu yang jawab anak buah aku.
aku : "tasya, nenek mane? cik nak cakap ngan nenek jap"
anak buah: "cik, nenek sakit kakila... tak larat nak bangun..."
aku : "adeh. takpela. kirim salam kat nenek ye! cakap selamat hari raya"
takde pon rase nak nanges sebab tak raye ngan mak... pesal ek?? aku tak normal ke??
pagi raya
disebabkan aku dah siap2 iron baju raye dari umah, aku takle kelam kabut nak iron baju cam org lain. cume dok siapkan hubby nak g solat. aku tak ikut~coti da....
lepas hubby balik dari masjid. makan same2 pastu sesi bermaaf2n yang sangat sempoi! takde berjurai2an air mata macam aku ngan family heheh
gambo pagi raye.. tak banyak sangat amik pon
petang raya, dalam kul 5 aku dah selamat sampai umah aku kat sabak bernam.. hehe
mesti korg dah tau sebab ape aku tak syahdu syahdan sangat malam tu. sebab petang tu dah sampai kg aku. hehe



25 september 2009~selamat ulangtahun sayang
jumaat, 25 september 2009
1st birthday hubby setelah bergelar suami
tapi kami tak sambut bersama sebab hubby balik dulu.
aku tinggal kat kg lagi
so macam kembali ke zaman silamla.
telefon menjadi penyambung chenta! hehe
"Happy Birthday Hubby! Hope your day is really special..filled with love, laughter and joy..just like you make all of mine..Semoga kasih sayang hubby & ayang berkekalan hingga ke akhir hayat & alam syurga,I will always love you for the rest of my life"

**sampai hari ni i still berhutang birthday present ngan hubby.... ade idea tak? nak bagi ape??**


4 oktober 2009 ~ mak! kami sayang mak!!
selamat ulangtahun untuk mak yang ke 62. kami dah sambut awal bday mak tahun ni. time g taiping haritu. pastu sebab nak wat surprise kek kat mak. name aku yang kene jual. mak ternampak kek tu dalam bilik... anak buah aku punye nak cover line die cakap "kek tu untuk paksu. maksu saje nak belikan kek dari tepeng. kot ade rase lain ke dari kek kat rawng!"
chet! terkena aku!!! takpela. demi mak aku rela! hehe
pagi 4/10 tu aku pon ngan semangatnye tepon mak. tapi tak dapat. tghari call pon tak dapat. malam call baru dapat. dalam hati dah risau2 klu mak tak jawab gak tepon malam ni mmg aku nekad nak balik kg. rupe2nye ade jiran meninggal. innalillah~ jiran ni mmg time raye aritu pon dah kurang stabil keadaannye. alfatihah untuk keluarga allahyarham~



4 oktober 2009 ~ selamat pengantin baru nadia ~
undangan walimatulurus pertama selepas terhenti seketika ketika ramadhan ^_^
nadia ni skoolmate aku kat SEMESTI dulu. berlangsung di kediaman beliau di kota damansara. dekat jer ngan opis i tapi dari umah i jauuuuuh!! Majlis yang sangat meriah! purple gitew!!
tapi tak sempat nak beramah mesra lame2 nagn skoolmate sebab ade 3 lagi undangan open house yang perlu dipenuhi.. terkilan gakla. tapi nak buek camno~

pasangan merpati 2 sejoli sama cantik sama padan ^_^
congrats to nadia n fahmi!


sufi yasmin balqis

gambar out of topic. dah besar anak maksu ni. makin bijak. klu korang tgk dalam deretan gambar die ni. cube tgk yang last skali tu. rase2 die wat ape??

klu korang nak tau. die ngan tunjuk PEACE!! wakaka! comel je jari die tu! geram!

sekian sahaja sesi repekan saya~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"