Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label makan - makan. Show all posts
Showing posts with label makan - makan. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Brownies Lapis Cheese untuk dia

ni cerita seminggu lepas dah, hari lahir encik azmi

jatuh hari ahad 25/9, masa tu pulak jemputan open house menderu - deru jadinya si isteri ni cakap "lain harilah kita makan kek ye bang... ke perut abang masih ade space lagi??"

pelan asalnya saya nak bawak dia makan sepotong kek kat 'Resepi Rahsia' tapi lepas dah abis sume open house, nak bawak perut pun tak larat dah.. takde space dah nak sumbat walaupun sepotong kek. Mujurnya dia pun dah tak larat nak makan, jadinya sesi menyambut hari lahir pospone dulu.. sian encik azmi tu dapat isteri macam ni..

esoknya terasa tak sedap hati pulak tak buat apa - apa untuk hari lahir dia, dahla hadiah pun takde maklumla waktu bayaran bulanan belum dapat... sudahnya minta balik awal dari bos. Singgah pasaraya beli barang masak yang mudah dan dah tentu memang dia suka, asal dia masak menu ni.. NASI AYAM cuma kali ni saya pilih buat ayam penyet, untuk kek cadangnya nak beli je tapi rasa macam tak syok nak makan kek je tiap kali birthday kanns?

Kali ni saya pilih nak buat brownies lapis cheese, barang - barang kebanyakan memang dah sediada di rumah... kita pilih yang mudah2 sajalah kan yang penting niat kita nak meraikan dia ^_^ kunun romantic ahaks!

berpeluh kau bersilat nak siapkan semua sebelum dia sampai rumah.... mana nak kukus brownies, mana nak goreng ayam, nak masak nasik, tungku dapur ada 2 je!! ingat nak surprise dia balik sume dah siap hidang, rupanya tak sempat! hahaha hantam sajalah labu.....


SEDAP! ehehe sesi puji diri sendiri.... takde tulis2 apapun kat atas tu... cume buat chocolate topping jer. asalkan dia suka saya sukaaaaa sangat! heheh

Happy birthday to my dear hubby..

Tuesday, June 21, 2011

first attempt making buns

saya bukan seorang yang pandai masak. Dulu masa kecik2 memang sangat jarang tolong mak kat dapur. sampailah besar dah berlaki ni, kalau balik kg ramai - ramai memang saya lebih pada bersihkan rumah daripada masak!

lepas kawen barula saya selalu ke dapur. nasib baik dapat suami yang tak cerewet, kalau sedap dia makan pasti bertambah - tambah. Kalau dia cuma makan sepinggan tak bertambah paham - paham sendiri sudahlah! hehe

saya belajar masak bergurukan internet, takde kelas khas ataupun buku resepi masakan yang harga boleh tahan tu. Cuma google resepi, pilih mana agak - agak paling senang dan print! (banyak yang saya dah print tapi ada yang belum cuba pun!... haha)

eh.. ke laut sudah....

balik topik...

dulu2 suka sangat makan roti boy, masa kat upm dulu sanggup ke klcc semata - mata nak beli roti dia. turun lrt dah terbau roti yang berperisa kopi yang sangat wangi!

teringin punya pasal, last week cuba jugak nak buat sendiri roti ni. siap google camne nak uli roti!! hahaah

resepi yang saya ambil dari laman myresepi, tapi saya cuma buat separuh adunan.



lihat! roti yang tak semenggah rupanya.. senget benget

nampak beno tangan tak cukup seni, tula asyik pegang mouse & ketuk keybod je keje

first trip. oven tak cukup beso nak masuk sume skali.. haha


dalam banyak2 yang dah siap langsung lupa nak snap pic. dah tinggal seketoi baru terhegeh2 nak snap.. wakaka



pasni bolehla pujuk rayu suami belikan bread maker bior bini dia ni laaaagi rajin buat roti! haha

Thursday, February 17, 2011

ketagihan separa kronik

time panas - panas ni

syok kalau pekena cendol kan?


sejak baca pasal cendol yang en maza war - warkan dalam blognya


saya tak lepaskan peluang mencuba


dan sudahnya


sekarang saya semacam ketagihan!


seminggu paling tidak sekali MESTI beli cendol & laksa kat situ...


haih








nak tengok gerainya sila ke blog en maza itew ye....

Tuesday, February 8, 2011

MILO Yogurt Lassi ~ make me drooling all day long

semalam puasa... malangnya terlihat pulak 1 web nih...

website nestle

terus jadi tak keruan... dah macam budak umur 5 tahun yang baru belajar berpuasa... padahal masa tu baru pukul 11 pagi!! isk...

gambar pinjam dari website, sendiri punya tak sempat nak snap pic... heheh



disebabkan itu time balik kerja sanggup redah semua kedai sebab nak cari yogurt manggo tapi semua kedai takde!!! sedih sungguh!

sudahnya manggo yogurt tu saya tukar dengan yogurt drink... BOLEHLAAAAA

jom tgk resepi....

What You Need

1 cup NESTLÉ Fat Free Mango Yogurt
150 ml NESTLÉ Low Fat Milk
6 tablespoons MILO powder
2 tablespoons
sugar (optional)
1½ cups crushed ice
MILO powder, for sprinkling

Make It

Blend all ingredients together until smooth.
Pour lassi into chilled glasses and sprinkle with
MILO powder for that added ‘mmmm’.
Serve at once.





sampai je rumah terus gigih masak utk berbuka termasuk preparing the smoothies.

dan hasilnya,

AWESOME!!!!!!!

hihi

Tuesday, November 23, 2010

kenduri kesyukuran + cukur rambut baby safwah

jumaat lepas balik kampung,
mak buat kenduri sikit

kenduri cukur rambut budak kecik safwah
+
sebab kakak berjaya dapat PhD yang akan berkonvo kamis ni
+
sebab kakak no 3 dah hampir pulih dari sakitnya


menu masa kenduri adalah lauk kampung cam biasa...semua dimasak sendiri, mak jadi ketua tukang masak of cos dan anak cucu yang lain jadi pembantu. semua anak cucu yang ade kederat suma kene kerah dan i punya tekak nila yang terasa nak pecah sebab mengarah anak dara dan anak teruna yang asik mengelat... isk.. macam tula agaknya rasa mak dulu marah bila saya asik mengelat dari menolong kat dapur!senyumkenyit

rewang anak beranak je...

menu kami petang tu..

ikan masin masak lemak nenas

sambal goreng jawa

ayam masak merah

sayur campur

gulai daging korban

pulut kuning

laksa

sup ayam

bubur gandum + jagung menu yang ni cepat gilos abis! agak kempunan jugakle sebab cuma dapat semangkuk keciksigh

macam2 kek yang semuanya orang bagi...

sampai tak muat2 meja nak hidang.. hiks

dalam pukul 3.30 majlis mula, dengan bacaan yassin, diikuti dengan marhaban sebelum baby safwah dibawa keluar..
alhamdulillah.. ramai jemputan yang datang, sama - sama baca yasin dan marhaban jangan rasa pelik kenapa semua perempuan.. sebab memang kaum2 ibu je yang dijemput.. sebab tu buat petang, bukan lepas maghrib @ isya' mcm kebiasaan

untung safwah ada sepupu2 yang dah besar2 sebab dorang yang tolong hias baby cot tuh

good girl safwah.. time ni jela dia jaga time marhaban mata tutup rapat!

nenek pun sekali amik bahagian gunting rambut cucu ke-20



tgk?! kan dah kata... safwah langsung tak terjaga walaupun keliling hingar bingar.. ihikhik nyenyak betul dia tidur..

bila habis kenduri,

semua tersandar keletihan, esok paginya baru kerah cucu2 lelaki basuh pinggan mangkuk sume, kemaskan mana2 yang patut sebelum kami semua berangkat pulang

Tuesday, January 26, 2010

main masak - masak hari minggu

hujung minggu lepas seluruh negara dikejutkan dengan kemangkatan baginda sultan johor::Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail::

malam tu tido awal jadi cume tau berita tu bila on tv pagi sabtu.. sebab ada org baca fatihah.. dalam hati dok tertanya-tanya sapa meninggal dan yang pasti mesti orang kenamaan bila tukar siaran ke tv9 nampak pulak penyampai dok pakai baju hitam dan songkok ada lilit putih... konfem!

petang tu sempatla tgk istiadat pemakaman almarhum, dah separuh jalan pun sebab sebelum tu dok nyenyak tido! heheh



screen shot istiadat pemakaman baginda.. moga roh baginda ditempatkan bersama orang2 soleh.. alfatihah~

selepas tu pulak gempar pasal penulis blog yang mencerca institusi diraja ni... alahai pendeknya akal.... kenapa perlu dicerca orang yang sudah pergi.. walau siapapun dia hatta pengemis sekalipun kita langsung tak layak untuk menilai... itu semua hak yang maha esa~ terasa sedih dengan singkatnya pemikiran sesetengah orang dek kerana sentimen politik yang melampau.. alahai~ <--isk out of topik plak.. sengihnampakgigi ade kaitan ngan masak ke?? isk...

back to the topic ye~
sebenanya sabtu lepas datang angin rajin masak pulak. tgk dalam fridge banyak barang2 yang perlu dihabiskan dengan kadar segera sebab dah menghampiri tarikh lupus....
sebab tanak membazir saje nakcube buat low carb pizza...

ye.. anda tak salah baca... low carb pizza<--crust pizza ni dibuat dari bunga kobisencem
ni 1st time sebenanya buat pizza ni.. selalu dok pakai tortilla..

crust dari bunga kobis parut+ telur+mozarella cheese

pastu letak topping sesedap rasa ape nak letak... apa yang ada dalam fridgejelir

dah siap!lapar jemput makan!!

aiseh... aku kan puasa arini?? pesal nak publish gambo makanan nih?? nangih yang pasti hubby makan sampai tak cukup2... klu ade xtra cheese lagi sedapsenyumkenyit

pastu last week masa bloghopping terbaca entry YB pasal bubur sum sum.. teringat pulak time wedding aku aritu aku tak sempat nak makan bubur ni... bila nak makan dah selesai semua! nangihbila en YB dok tulih n3 pasal bubur ni terus rasa teringiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin sangat nak makan. disebabkan bubur ni biasanya dibuat oleh orang JAWA maka agak mustahil aku nak carik kat pasar malam!!<--walaupun ada sebenanye aku penah jumpa... tapi nuuuuuuuuuuuuuun kat Klang, dekat ngan umah kak aku.. takkan aku nak g sana semata2 nak beli sebekas bubur yang berharga 2 ringgit?? belum sampai masa 'itu' ye malu

jadi lepas aku masak pizza tu aku pun buatla bubur ni.. tak banyak pon.. 2 cawan tepung beras jek jadila nak rasa2.. bubur ni pun aku 1st time buat.. tapi jadik!! hehehsenyumkenyit<--bolela dikategorikan jadik... untuk org2 yang 'pandai' sangat masak cam aku!!
masuk dalam fridge... makan bila dah sejuk! chill!! gatai<--tapi gambar tak sempat snap... lupa.. ingat bila dah tinggal bekas!ihikhik

isk2.. dah2la tu citer pasal makan.. lambat lagi nak bukak posa...gatai

Friday, October 23, 2009

lunch @ noodle station

harini lunch agak lambat. tunggu aisyah balik dari breastfeed anak die.
sampai rase gigil2la lutut tahan lapar ^_^

masuk je kete

mana mau pigi?? restoran mana??

hehe.. masalah betul bile pasal makan ni.. masing2 makan jenis tak hengat... bile suruh pilih tempat dok garu2 kepala.. isk...

lepas ke bank dua2 masih belum tau nak makan kat mana. pusing2 kat sunway damansara tuh, takle tahanla... jam! cramp! double parking both side. pastu org nak lalu dahle berebut jalan!!

last2 ke giant, dah masuk dalam masih berkira2 nak makan dimana. criteria kali ni.... nak murah tapi sedap dan kenyang! maklumla gaji seminggu lagi.. heheh

jalan2 tolak2 ngan aisyah nak makan kat mane last2 masuk kat noodle station.

so menu 4 lunch arini..

ladna springy noodle + fried chicken dumpling + coke


rate? okla. rase pon okla. kenyang?? of cos!! hehe

turun dari noodle station betul2 kat depan Jco. seperti biase nafsu klu lalu kat kedai Jco mmg takle disekat. isk2 manela tak makin montel.....

belila jugak half dozen. 3 untuk aku 3 untuk aisyah




dah2... asik citer pasal makan jek isk.....

Monday, October 19, 2009

jom makan~

19/10/2009 ~ sudah bulan kesepuluh memegang title puan. ^_^

hari ni bawak bekal lebih sikit ke opis.. ajak budak2 opis ni makan sekali.
menu untuk mereka

nasi impit + rendang kerang + rendang ayam + kuah kacang


harini masih ada jemputan open house anjuran PKNS dan anak2 syarikat di SACC Convec, Shah Alam. tapi tak bercadang nak pegi pon.... sebabnye aku tak suke sngt menyelitkan diri di tempat2 sesak ni... rimas!

Wednesday, September 9, 2009

si bertuah mengorbankan sebijik vase~

silelah lihat gelagat aly tido setelah penat menggeget bear kat sebelah die tu! skang bukan nak citer pasal bear tu...


tapi........


-


-


-


-


-



sedang me bertungkus lumus mengetuk keybod siapkan keje, aly sangat active bergerak... lari sane lari sini, sedang khusyuk saye wat keje


tetibe




praaang!!!



sudahnye si bertuah itu sudah memecahkan sebijik vase!!


tgk! vase dah tergolek atas lantai dari atas meja


tak sempat nak wat raye taw!
[me sangat marah!! sebagai hukumannye~ me telah menjentik telinganya

+

letak die kat luar tak kasi masuk umah. tido kat luar.]

tu citer malam tadi.....


cerita harini......


-


-


-


-


-


-


090909


cantek no tu, tapi tade signifikan pape dalam hidup saye

[saje2 tulih entry kasi ade kenangan dalam tarikh ni ^_^]


klu tarikh ni bukan dalam bulan ramadhan, pasti ramai pasangan akan pilih tarikh ni untuk menamatkan zaman bujang kan?!


hari ni pergi 'melawat kawasan'


lepas anta plan kat PKNS terus ke jusco one utama


tujuan??


[sila jangan salah sangka ye...]


i bukan nak soping baju raye...


i ade tujuan murni taw!!


-


-


-


-

alhamdulillah barang yang saye carik dapat



ape isik?


-


-


-


-


-



tada!!


sila jangan salah sangka lagi skali oke?!
purse itew bukan untuk saya

diulangi... BUKAN!

purse itu untuk org yang paling penting dalam hidup saye

untuk mak!!
-
-
harini ade majlis buka puasa dengan opismate hubby ~ termasuk GM die skali turun kat BBQ n Steamboat Buffet Kuang
disebabkan saye ade appoinment ngan MBPJ kul 4, habis urusan dari sana saye terus ke tempat tu. bajet sampai lambatla.
sekali kul 530 saye dah tercongok kat restoran tu! wakaka
hubby sampai dengan opismate die kul 7 adeh ape mau buat lame2 neh?

dok dalam kete. matikan enjin. sambil dgr radio
bukak plan ~ betulkan komen2 dari MBPJ tadik hikhik.

siap!
lepas tu bukak laptop lak. taip surat sampai siap.
habis wat keje tu
hubby pon sampai.
wah!! pandainye saye bajet time! tak buang mase u! wakakaka


[tapi gamba restoran n gamba ape yang saye makan tade. sebab beteri tepon suda kong.. ^_~]

Thursday, August 20, 2009

De Palma ~ IKEA CAFE ~ SUBWAY~~killeney kopitiam

fast apdet untuk presentation semalam....

alhamdulilah secara dasarnya client tade masalah. tapi esok ada presentation lagi sekali dengan bahagian landskap sebelum boleh dibentangkan dalam meeting. ade few revision on cost.. and perspective.. aduh!! lomah den ni ha kene perbetul perspectivele pulok... ape pon... chaiyok2!!

**thanx to all yang wish semalam yek!!**


next pasal keje gak.....

pojek kat de palma hotel shah alam hampir siap.. 95%la... 2 hari je siap 1 wall tu.. tapi ade problem sikit ar... sebab skang asal petang je ujan, ade pebble tu tecabut! tak sempat kering dah kene ujan... tapi dah bagitau kontraktor utk rectify balik.... tak boleh nak lega lagi coz nak kene kejar utuk claim b4 QS submit evaluation ke client... huhu klu tak dapat susahla... tadela duit raye?? huh?!

mural wall @ swimming pool yang hampir siap, 1st proposal penuh satu dinding mural tuh tapi last minute client slash mintak wat half jek... yang half lagik cat sahaja...
next....
kepingin amat nak makan meatball kat IKEA.. patu tambah lak baru2 ni dok bace n3
Chekgu BaniHassim pasal meatball tu.. lagila tertekan taw!! nak g manjang bznye... makan pon dok tapau kat gerai bawah opis jek.. huhu..
walaupun IKEA tu cume 10 minit jek dari opis, tapi terasa jauh gilos!! so ari isnin aritu dalam bizi nak mam**s tu pon kitorg g jugak IKEA.. hahaha! meninggalkan sume keje2 demi memenuhi nafsu makan... wakakaka.. isk2 melahar aje korang berdua ni ye
yummy meatball! extra gravy lagi you!!
Setelah sekian lame kepingin makan meatball akhirnye dapat jugak! huhu...


next....
Semalam kami 2 kali ke Sime Darby Shah Alam. petang after meting terasa sangat lapar.. ajak aisyah minum b4 balik... sebab dah muak nak minum kat kedai mamak.... i pon nak cari kelainan dan sangat excited ajak aisyah makan kat SUBWAY Kota Damansara... ngee~ syok weh makan kat ctu... layan jek.. so inilah dinner menu i malam tadik ^_^ dinner yang diambil pada pukul 5 petang ye.. heheh

kali ni i pilih menu steak n cheese.. sangat sedap!! hehe sume pon sedap aku ni xoxo

next....

apdet hari lunch arini.....

baru balik dari makan kat Killeney Kopitiam.. wah!! sangat syiok! sori makan arini tak sempat amek gambo.. lapo sangat! wakakaka... lagi syok bile dah bayar baru perasan ade 20% discount utk lunch! hehe tak salah pilihan tpt makan arini!! menu kami bertiga Chicken Chop. aisyah amek air barley lemon, saye - ice lemon tea, mued - milo ais. cume perlu bayar RM37.40.. best2!!

sekarang.....

saye sedang mengapdet blog ini dengan acara makan2 sepanjang minggu ini dan keje saye.. ^_^ pelik kan tetibe jek makn kat tpt pelik2 yang biasenye kami cume akan kunjungi sebulan sekali jek.. maklumla tak berapa mampu.. heheh

sebabnye... lusa dah nak pose kan?! jadi tekak masing2 mula mengada2 nak makan itu dan ini.. hahaha

oklah.. selamat berpuasa kepada semua! syoknye klu leh pose penuh tahun ni... erk?! pose penuh?? ade tanggungjawab laen lak klu dapat pose penuh! huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"