Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label happy birthday. Show all posts
Showing posts with label happy birthday. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

surprise!! ..............tapi tak jadi T_____T

fuhhh semput mak ni taw.....

sabtu ahad kene keje... O_o tambah pulak dengan ada practice musical show straight dari jumaat lepas sampai jumaat minggu ni (selalu ade gak cuti2) adoiyai! rasa tak sempat nak tarik napas... 

pastu selasa lepas (25/9) birthday suami... dah berbulan2 saya pikir apa surprise nak buat untuk dia tahun ni... cadangan awal nak gi candle light dinner.. tapi lepas tambah tolak campur bahagi bajet tak mengizinkan... plan lak nak buat  sendiri.. tapi kat rumah jelah (dasar bini kedekut nak belanja laki makan kat luar! ahahaha) sekali awal sept aritu dapat practice schedule yang baru dan 25/9 ada rehearsal! 

ape ke malang benola hai......

pastu jenuh ligat pale otak ni pk nak wat ape... last last nekad amik cuti juga 25/9 tu tapi petang still kena datang ofis untuk practice. dalam pada tu masih planning nak wat apa.... 

rancangan awal saya nak hantar bunga dgn ferero rocher untuk dia kat ofis, jenuh google sana sini cari mana yang murah nak beli 1dozen rose bouquet + delivery ke ofis husband.. tapi bila tengok delivery charge... gulp?!  bouquet paling murah saya jumpa rm90 (roses 1 dozen) + delivery charge rm 35(tu paling murahle tu yang saya jumpa!) mahal gilos! matikla camni... time belum gaji tuuuuuu.... memang surrenderla nak beli dari florist... karang nak beli kek lagi... uhuk.. uhuk...

pastu pk lagi.... lama2 rasa malas nak buat apa2 surprise. nak biar je tarikh 25/9 tu  berlalu macam hari - hari lain je... tapi yelah tanak fikir pun dok susah hati juga..

udahnye nekad..

BELI  BUNGA + BUAT KEK + Hantar ke ofis suami melalui ofismate dia (sebab bukan boleh suka2 je nak masuk opis dia dalam kilang tu....) = SURPRISE!!!!


Jadi sebaik saja balik kerja hari isnin, masak dinner pastu terus buat kek. (saya sampai rumah biasa dah pukul 8mlm... so dah dekat pukul 10 baru start baking). Suami ingat saya buat kek tu untuk budak ofis sebab weekend sebelum tu saya bagitau ada budak ofis minta buatkan kek. ingat nak terus buat deco malam tu tapi memang tak larat sangat dah, siap2 buat layer balut dengan plastik simpan dalam peti sejuk. waktu tu belum call akak opismate suami pun lagi... dibuatnya dia cuti esok memang matikla....

malam tu siap termimpi2 lagi nak buat deco kek segala, punyela dasyat penangan nak wat surprise nih... yang ye nye risau deco kek tak jadi sebab first time nak buat!

Esoknya bersiapla macam biasa kunun nak g keje padahalllllll............ lepas hantar suami terus shoot ke kl. ya KL ...shootla sangat kannns kalau dah tersengguk2 jam tu bukanle laju mane boleh kete tu gerak...gagah kan diri juga i redah jam pagi - pagi sebab nak beli bunga untuk suami ai...  sweet tak? **blushing** gagah pegi sendiri sebab tahu saya boleh dapat sedozen ros yang cantik menawan dengan kos penghantaran yang florist nak charge tuu. 

dan memang telahan saya betul!

sebab saya 1st customer kedai tu maka nyonya kedai tu bagi diskaun... 1 jambangan bunga ros merah yang sangat cantik, dan paling penting harga sangat murah! cuma RM 35 sahaja!

meh tengok rupa bunga tu



v




v




v





siap ada 2 ekor model yang sangat curious! 

time dah sampai kl sambil jalan cari kedai bunga tu barula terhegeh2 nak sms opismate suami pasal rancangan surprise tuh.. mujurnya dia ok.. legaaaaaa.. lepas beli bunga laju2 balik rumah.. 1030am dah sampai rumah dan teruskan buat deco kek, gigil2 tahan nak buat, memang asal boleh jelah...


memang comot momotla rupa dia.. kalau chef pro tengok memang nangisla.....




Nila dia rupa kek yang comot tu... time dah buat tu rasa seganlah pulak nak antar sebab huduh! First time buat red velvet cake walaupun dah bertahun simpan resepi tu.. kalau tak silap dari tahun 2010 saya simpan resepi tu tapi takkkkkk buat2. Topping & filling guna cream cheese. 

elok je siap deco ni lebih kurang pkl 1, akak ofismate suami sms kata suami saya balik rumah dah.. puas dia halang tapi tak berjaya


hah?!


abisla musnah rancangan ku ini....... T_______T
waktu tu cuma terfikir nak sorokkan bunga jelah dulu.... yang lain redha jelah.... nak wat camne...
Suami balik sebab sakit perut so amik half day,mujur dia tak perasan bunga dalam masterbed bathroom.

sampaila petang sebelum saya keluar untuk practice bagi bunga tu kat dia, terperanjatla juga sebab tak sangka dapat munge... ^_^  kek cuma tunjuk kat dia tapi tak potong, suruh dia bawa ke ofis esoknya sebab dah cakap kat akak tu kan.... 

walaupun tak dapat bagi surprise macam yang dirancang, saya tetap happy dapat buat something yang dia akan ingat lamaaaaaa ^_^

Wednesday, November 30, 2011

30.11.11

syukur....

masih punya peluang bernafas untuk terus memperbaiki diri sebagai khalifah Allah diatas muka bumi ini

kalau masa sweet 17th dulu kemain lagi dok fikir macamanala rupa nak sambut 28th birthday.. rupa - rupanya hari birthday dilambakkan dengan kerja yang menggunung.. huhu

doakan rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa melimpahi hidup saya ya!

Monday, October 10, 2011

Cik Putih 7 Tahun... Jauh dah kau jalan eh

wah! hatrik buat entry birthday nih...

husband pastu mak pastu kereta... hihi

kereta pun birthday eh? tapi rasanya lebih pada tarikh beli.. kan?!

oktober 2004 - oktober 2011

pejam celik pejam celik rupanya 7 tahun rupanya usia harta aku ni, walaupun tak seberapa tapi aku tetap sayang dia! dengan adanya dialah aku dapat pergi banyak tempat, dengan pertolongan diala aku boleh cari rezeki. Paling aku berterima kasih sebab dia tak banyak ragam.. senang sangat nak jaga, cukup time bawak g servis walaupun kadang2 aci ngelat terlebih masa jugak! hihi

jauh sungguh perjalanan kami bersama, sampai ahad lepas mileage cik putih dah mencapai 232,323 km! banyak kan?

kau sangat hebat cik putih! terima kasih atas segala pengorbananmu untuk keluarga kami!
kamu terus baik - baik saja ya...
aku akan sebaik mungkin menjaga kamu

Tuesday, October 4, 2011

SELAMAT HARI LAHIR MAK

hari ni genap umur mak 64 tahun

moga Allah terus merahmati mak, moga mak terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk bersama anak - anak dan cucu - cucu.

moga mak bergembira dan berbahagia sentiasa dikelilingi oleh keluarga yang cintakan mak!!


pagi - pagi tadi call mak tapi terpaksa Q sebab kakak dah telefon dulu! isk..


Monday, October 3, 2011

Brownies Lapis Cheese untuk dia

ni cerita seminggu lepas dah, hari lahir encik azmi

jatuh hari ahad 25/9, masa tu pulak jemputan open house menderu - deru jadinya si isteri ni cakap "lain harilah kita makan kek ye bang... ke perut abang masih ade space lagi??"

pelan asalnya saya nak bawak dia makan sepotong kek kat 'Resepi Rahsia' tapi lepas dah abis sume open house, nak bawak perut pun tak larat dah.. takde space dah nak sumbat walaupun sepotong kek. Mujurnya dia pun dah tak larat nak makan, jadinya sesi menyambut hari lahir pospone dulu.. sian encik azmi tu dapat isteri macam ni..

esoknya terasa tak sedap hati pulak tak buat apa - apa untuk hari lahir dia, dahla hadiah pun takde maklumla waktu bayaran bulanan belum dapat... sudahnya minta balik awal dari bos. Singgah pasaraya beli barang masak yang mudah dan dah tentu memang dia suka, asal dia masak menu ni.. NASI AYAM cuma kali ni saya pilih buat ayam penyet, untuk kek cadangnya nak beli je tapi rasa macam tak syok nak makan kek je tiap kali birthday kanns?

Kali ni saya pilih nak buat brownies lapis cheese, barang - barang kebanyakan memang dah sediada di rumah... kita pilih yang mudah2 sajalah kan yang penting niat kita nak meraikan dia ^_^ kunun romantic ahaks!

berpeluh kau bersilat nak siapkan semua sebelum dia sampai rumah.... mana nak kukus brownies, mana nak goreng ayam, nak masak nasik, tungku dapur ada 2 je!! ingat nak surprise dia balik sume dah siap hidang, rupanya tak sempat! hahaha hantam sajalah labu.....


SEDAP! ehehe sesi puji diri sendiri.... takde tulis2 apapun kat atas tu... cume buat chocolate topping jer. asalkan dia suka saya sukaaaaa sangat! heheh

Happy birthday to my dear hubby..

Monday, March 14, 2011

Sufiyasmin Balqis is 3 Years!

Happy Birthday sayang

jangan nakal - nakal!

Monday, February 28, 2011

Syazadini Atiqah is 5 years!


rasanya macam baru semalam je dengar dia menangis nyaring!


rupanya


dah 5 tahun lepas!


happy birthday sayang!

moga jadi anak bijak, solehah, berbakti utk ayah umi, keluarga dan negara.

Semalam dia boleh cakap kat ayah dia nak call mak usu nak cakap harijadi dini,

pastu mintak basikal! adeh... tunggu mak usu ada duit ye nak

lepas call mak usu call nenek pulak

sebab birthday adik sufi cuma jarak 2 minggu, ummi dah cakap siap - siap

" kek dengan belon takda hari ni tau.... nanti kita buat sekali dengan adik"

nasib baik dia faham..


Monday, November 30, 2009

30 November datang lagi~ selamat ulangtahun!

ahh! terlalu pantas masa berlalu!

rase baru semalam 30 November 2008

harini sampai pula 30 November 2009! bermakna umurku berganjak setahun lagi... dengan kehidupan baru, status baru, rumah yang berbeza..

happy birthday to me!!!!ros

erk?! dah 26 tahunla!!malu

banyak lagi perkara perluu ku tempuh dan ku pelajari...

moga tahun2 mendatang memberi terkandung rahmat besar buatku dan keluarga...

aku akan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik insyaAllah

tahun 2009 juga sudah hampir melabuhkan tirainya... terlalu banyak perkara yang perlu dimuhasabah dalam diri untuk menempuh tahun mendatang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"