Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Mimpi jadi realiti

ish dah berkulat entri dalam draft folder.. bila nak start je menderu2 kerja datang... sudahnye simpan balik dalam draft

meh nak tunjuk menda idaman kalbu yang kita baru dapat baru - baru ni

v



v



v




v



v



tada!!!


mengancam sungguh kaler dia kan?! sekali tengok terus jatuh chenta pandang pertama.. sampai termimpi2 tau

bukan hadiah dari sesiapa.. kita beli sendiri... hadiah untuk diri sendiri, dari kecik teringin nak ada mixer macam ni.... gara2 selalu tengok rancangan masak. kagum dengan mixer yang dorang guna...pastu berangan nak ada mixer macam tu satu hari nanti.

dan hari itu akhirnya tiba.... lepas hampir 4 bulan menanti, barang ni sampai jugak kat malaysia....

terima kasih banyak kat kawan saya kat UK tu... sebab dia tolong realisasikan impian saya... dahla dapat murah pastu siap boleh bayar patkali pulak tuuuuu.. tak kesahla kene tunggu patbulan sekalipun... nak beli kat malaysia tak mampu dek.... riki harga semua cecah 3K.  o_O"

waktu nak beli pun pikir banyak kali... bayar tigakali pun menggigil juga nak bayo.. lagi mahal dari ansuran bulanan cik putih tu haaaa. tapi bila dia bagi offer boleh bayar patkali, tutup mata - order saja! lepas tu rearrange balik bajet... hihih... dasarrrrrr!!! order bulan 7 haritu dan patut sampai before raya, dah verangan nak buat kuih raya pakai mixer baru... sekali ada problem production kat kilang.... kenela delay.. orang lain surrender dah taknak tunggu sebab lama sangat.. tapi kita tunggu juga! dapatla diskaun seratus lagi!

percaya tak kita dapat mixer ni harga kurang 2K? walaupun cuma kurang 50hengget... kehkehkeh.. yang penting lagi murah dari kat malaysia!

walaupun kita bukan buat bisnes ke apa.. baking pun jarang2 sekali...tapi tetap nak jugak ada... nasib baik suami tak kata apa... phiewww.. agaknya sebab dia tau sangat bini dia ni gila kitchen appliances.. redha jela nakkkk.. dia gak yang untung sebab boleh selalu makan kek... ^_^

sekarang semangat nak mem'baking' tu ada lebey sikitlah...



mixer festaim  keluar kotak


hehe... ni dua kek pertama guna mixer nih... member ofis order kek marble, yang kaler gerlap tu bakar dalam oven, yang sebelah lagi tu suami pun nak juga kek malam tu juga.. sebab oven kecik dan tak larat nak tunggu lagi kita kukus je yang sebiji lagi... tu yang kaler cerah je.

next week projek baking 3 biji kek untuk anak buah.. 3 beradik nak sambut birthday sekali time raya haji.. 3 biji kek, lain2 rasa, warna dan perisa... harap dipermudahkan sebab next week full rehearsal musical show...




Friday, June 25, 2010

aku dan NOKIA

kemain lagi tajuk ek?? sengihnampakgigi
cam biasa.. kalau hari jumaat je mulalah, ada virus2 kemalasan merebak dalam diri... bila malas mulalah berangan...........pasal handfon! hikhik

masa matrix dulu cuma boleh berangan2 nak ada handfon sendiri. berangan nak ada telefon sendiri padahal bukan ade ramai orang nak di telefon pon! bajet kalau dah ade telefon senang nak ade boyfren! gelakgulinggelakgulinggelakguling tahapahapa

pemikiran naif remaja yang baru hendak mengenal dunia barangkali.... hehe


telefon pertamaku, NOKIA model 3310 (2002)
mahal tuuuu 600 lebih kalau tak silap masa tu
masa ni boleh kata semua budak studio pakai telefon model yang sama mase 1st year.
mana dapat duit?? malu
sahihla duit PTPTN!!!!!sengihnampakgigi
mak geleng kepala je bila terbongkar rahsia duit ptptn wat beli tepon tapi nak wat camne... takkan nak buang pulak kanns.. haish... anak oh anak...

tapi jangka hayat dia tak lama dalam setahun je kot

sebab...

tejatuh lam lubang jamban dan tak dapek nak diselamatkan!

apalah nasib.....sedih

tapi mase ni dah ade boifren! hahaha

dah masuk tahun 2003 tu dah mula susah kalau takdak hanfon.. tapi sebab kekangan kewangan wat bodo jelah. maklum jela course teknikal yang melibatkan drawing ni kosnya sangatlah besar. nak mintak duit kat mak?? oh no no.... tanak susahkan dia sebab benda tak bape penting tu...

wat bodo pun tercuit jugak nak ada hanfon. aku pun glah jugak carik tepon 2nd hand kunun murahlah tuuu! dan akhirnya aku memilih model Nokia 8850, harga masa tu 3 ratus tak silap

....................... dan sekali lagi............................

maklum jelah tepon 2nd hand... owner b4 dah bantai kat dinding agaknya, tak sampai setahun pun pakai tepon tuu
pastu tobat tamo beli tepon 2nd hand dah
sebab menyampah kat tepon tu aku g jual balik. dapatle 150
tahun 2004 - telefon colour mula menguasai pasaran. masa tu mmg berangan abislah nak pakai tepon canggih skrin kaler2 padahal bunyi polyphonic je pun! belum ada secanggih mp3 ke mp4 cam sekarang!

dalam berangan - berangan tu akhirnya jadi kenyataan bila boifren i yang baik hati belikan i telefon secanggih NOKIA 6610... canggih mase tulah! tula gunanya carik boifren dah keje! muahahahaha
tepon ni memang lasak! bertuankan orang yang seclumsy aku ni mmg malang.... memang tak terkira kalinya tepon ni terbarai sebab terjatuh!

nokia 6610 ni jadi peneman aku mmg lama... jadi saksi kisah suka duka aku dari 3rd year dan aku pakai sampaila aku habis belajar, bateri dia mmg ok je dalam 3 tahun tu. Akhirnya aku bagi kat mak aku pakai kat kg

..........tapi tulah, bila sampai kat kg tu mulalah ada tangan2 gatal yang pakai tepon tu pastu sudahnya aku sendiri tatau tepon tu g mana.... mak aku pun tatau sebab ramai orang kuar masuk umah tak perasan tah mala'un mane kebas!

lepas grad dan keje (2006), masa ni perkembangan dunia telekomunikasi mmg dasyat! sampai aku tatau mana model baru, dah tak terkejar...

dek kerana jeles tgk orang pakai tepon canggih manggih, ada 3G segala, aku pun nak jugak! tapi masa ni dah keje so tade masalahla nak beli tepon canggih kanns dan sekali lagi aku pilih model nokia - NOKIA 6280 warna oren! hehehe dalam masa yang sama boifren terchenta di sudut lain semenanjung malaysia ni beli tepon sony ericson warna oren jugak! wah gitew!! chemistry kahlove?? tak plan pun dan dia tatau pun i nak beli tepon ape.....

dan sekali lagi model nokia ni membuktikan kemampuan nya bertuankan orang macam aku. sampai penutup belakang aku kene tukar dengan casing tak ori sebab casing ori patah!

4 tahun wooo dia berkhidmat dan sampai saat entry ni ditulis dia masih wujud dalam beg aku boleh jadi backup maybe?? masih elok cuma bateri perlu ditukar.
Semenjak bekerja dan berkahwin aku dah tak amik pusing model telefon yang aku ada aasal dapat bercakap & sms, cukup! tak kisahla orang dok pandang pelik sebab casing tepon aku depan belakang lain2 kaler! casing oren susah nak cari jadi aku belasah pakai kaler putih.. boleh?? peduli ape aku janji boleh pakai lagi.
akhirnya,

23 Jun 2010 sekali lagi aku memperoleh rezeki yang tidak kujangka betul - betul tak jangka. Seseorang menghadiahkan aku model telefon diatas. "hadiah hari lahir yang lepas" yang dah lepas 6 bulan....ihikhik alhamdulillah rezeki......
moga dia juga boleh jadi selasak peneman2ku sebelum ni angel



**maaf ye kalau entri ni buat anda muntah darah sebab nak tunjuk hanfon baru! sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi***

Thursday, April 29, 2010

fenomena DSLR

kalau dulu cuma cameraman - cameraman professional saja punya kamera gabak ni.....


pastu masa tu fenomena 'Official Photographer' time kawen pun takla semeriah zaman sekarang. ingat lagi zaman kakak dan abang kawen dulu... semua pakai camera sendiri pakai filem cume ada 36 keping... tak tolak gambo tak jadi!!

sampai masa saya kawen, bila kakak - kakak tau harga pakej fotografi yang saya ambil macam - macam reaksi ada

"baik ko bagi Ariff ni amik gambar pakai camera digital ni dari bazir - bazir duit kat orang.."

gulp?!sighsigh

ade pulak yang cakap

"time ko kawen dah macam ni punya harga... sok anak ko tah macamane rupenye!!"

tapi saya teruskan jugak dengan pakej tu.. dan hasilnya, saya tak menyesal dengan keputusan saya alhamdulillah memori indah hari itu dapat dirakamkan dengan baik!!

semuanya dengan bantuan kamera DSLR dan juga imaginasi 'OP' saya pada hari itu.

ketika tahun 2008, DSLR sudah menjadi kegilaan tapi saya masih tak pernah bermimpi untuk memiliki kerana harganya yang terlalu mahal!

bila sampai ke tahun 2010 ni... lagi dasyat fenomena ni!! memiliki DSLR adalah sesuatu yang biasa!! satu masa dulu orang dok gila nakan kamera compact yang nipis, sekarang giliran kamera besar gedabak pulak... g majlis - majlis dinner atau kenduri kawen pun tanpa segan silu orang bawak. walaupun bukan dia OP untuk majlis. bolehla pengantin rase jadi cam artis! ala2 ramai paparazzi gitew!! hakhak walaupun sebenarnya ada yang 'tak berapa pandai' atau 'tak berapa kreatif' dengan angle yang menarik, 'dia' tetap nakkkkkk jugak ada camera canggih ni.. dasyat kan?

ada yang beli dengan sebab.....

"........... aku nak carik duit lebih, ambil gambar kawen ke, majlis2 ape2lah"

atau

"...........aku mmg minaaaaaaaaaaat sangat dengan bidang ni dari aku kecik lagi"

ada jugak yang camni

"...........aku....aku....aku ikut orang, orang beli cam best je.. aku pun belila"


betapa besarnya pengaruh untuk memiliki DSLR sekarang. Boleh kata setiap orang begitu taksub ingin memiliki... ada yang sanggup ikat perut, semata - mata nak beli aku tak kondem sape2 yang ikat perut tau!!, ada pulak yang sanggup korbankan duit ptptn sebab nak ada kamera canggih macam kawan - kawan dia tapi dalam masa yang sama keperluan keluarga diabaikan... alahai.

sebenarnya macam2 lagi kisah yang timbul semata - mata untuk memiliki DSLR yang bukanmurah harganya....

dan sebenarnya..... saya pun tak terkecuali, nakkan kamera secanggih ini.. cume bila memikirkan keperluan lain yang lebih mendesak, nanti - nantilah..... esok2 kalau ada rezeki lebih, bolehla kot!!jelir cukuplah kamera yang ada sekarang....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"