Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label buah hati baru. Show all posts
Showing posts with label buah hati baru. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Mimpi jadi realiti

ish dah berkulat entri dalam draft folder.. bila nak start je menderu2 kerja datang... sudahnye simpan balik dalam draft

meh nak tunjuk menda idaman kalbu yang kita baru dapat baru - baru ni

v



v



v




v



v



tada!!!


mengancam sungguh kaler dia kan?! sekali tengok terus jatuh chenta pandang pertama.. sampai termimpi2 tau

bukan hadiah dari sesiapa.. kita beli sendiri... hadiah untuk diri sendiri, dari kecik teringin nak ada mixer macam ni.... gara2 selalu tengok rancangan masak. kagum dengan mixer yang dorang guna...pastu berangan nak ada mixer macam tu satu hari nanti.

dan hari itu akhirnya tiba.... lepas hampir 4 bulan menanti, barang ni sampai jugak kat malaysia....

terima kasih banyak kat kawan saya kat UK tu... sebab dia tolong realisasikan impian saya... dahla dapat murah pastu siap boleh bayar patkali pulak tuuuuu.. tak kesahla kene tunggu patbulan sekalipun... nak beli kat malaysia tak mampu dek.... riki harga semua cecah 3K.  o_O"

waktu nak beli pun pikir banyak kali... bayar tigakali pun menggigil juga nak bayo.. lagi mahal dari ansuran bulanan cik putih tu haaaa. tapi bila dia bagi offer boleh bayar patkali, tutup mata - order saja! lepas tu rearrange balik bajet... hihih... dasarrrrrr!!! order bulan 7 haritu dan patut sampai before raya, dah verangan nak buat kuih raya pakai mixer baru... sekali ada problem production kat kilang.... kenela delay.. orang lain surrender dah taknak tunggu sebab lama sangat.. tapi kita tunggu juga! dapatla diskaun seratus lagi!

percaya tak kita dapat mixer ni harga kurang 2K? walaupun cuma kurang 50hengget... kehkehkeh.. yang penting lagi murah dari kat malaysia!

walaupun kita bukan buat bisnes ke apa.. baking pun jarang2 sekali...tapi tetap nak jugak ada... nasib baik suami tak kata apa... phiewww.. agaknya sebab dia tau sangat bini dia ni gila kitchen appliances.. redha jela nakkkk.. dia gak yang untung sebab boleh selalu makan kek... ^_^

sekarang semangat nak mem'baking' tu ada lebey sikitlah...



mixer festaim  keluar kotak


hehe... ni dua kek pertama guna mixer nih... member ofis order kek marble, yang kaler gerlap tu bakar dalam oven, yang sebelah lagi tu suami pun nak juga kek malam tu juga.. sebab oven kecik dan tak larat nak tunggu lagi kita kukus je yang sebiji lagi... tu yang kaler cerah je.

next week projek baking 3 biji kek untuk anak buah.. 3 beradik nak sambut birthday sekali time raya haji.. 3 biji kek, lain2 rasa, warna dan perisa... harap dipermudahkan sebab next week full rehearsal musical show...




Wednesday, October 13, 2010

post 223 : budak kecik tu dah ada nama

gambar recycle...sengihnampakgigi

budak comel ni dah ada nama

'Safwahhana qaireen'
tapi jangan tanya saya apa maksud dia! tak sempat nak tanya!!

err.. bukan umi dengan ayah budak tu lambat bagi nama....

tapi mak su yang lambat post! ahahaha

sori safwah!!
kenapa nama budak2 sekarang panjang berjela2? pastu dok panggil ciput jek? membazir je yang lain2 tuuu
apepun kamu sangat comel!!


Friday, October 1, 2010

little creature was born

Selepas melalui minggu yang memeningkan, memenatkan dan mendebarkan, akhirnya kakak selamat bersalin tengah malam tadi dan alhamdulillah proses kelahiran yang dilalui sangat cepat kurang dari sejam..

jam 11 malam baru gerak ke DEMC yang jauhnya +-25km dari rumah, sampai lebih kurang 1130 terus admit dan bukaan masa tu 3 cm. dalam masa 10 minit 51/2 cm dan seterusnya sampai tahap doktor yang bertugas tak sempat sampai! sampai2 doktor tinggal jahit je..


12.30am, 011010~ Darul Ehsan Medical Centre, Seksyen 14, Shah Alam

cucu mak yang ke 20!

dan dengan kelahiran baby.... cukupla team POWER PUFF GIRL! jelir

she's so beautiful! suka sangat ciumsengihnampakgigi

bau baby sangat best!!

ummi & baby

mak usu & baby & kakak dini & kakak sufi yang baru nak belajar faham dapat adik

OMG! she is super cute! rasa nak geget!




**alhamdulillah... syukursangat - sangat bila ayah baby ni pun dah discharge pagi semalam dan sempat menguruskan semuanya sebelum baby lahir, ummi baby pun sihat, baby pun menyusu dengan baik + kakak sufi tumpang sekali! baby masih dipanggil 'baby' sebab belum bagi namaihikhik

Friday, April 9, 2010

Buah hati baru~

hasrat yang tertangguh sekian lama... nak beli digital camera yang baru. hajat dihati mmgla nak beli camera DSLR yang besar gedabak dan sangat syiok itu! tapi............

sumber : pakcik google

dek kerana kekangan RM... simpanlah dulu hajat tu... polish dulu skill sambil kumpul RM utk tunaikan hasrat memiliki DSLR.
Kamera digital saya yang pertama berjenama SAMSUNG.
warna memang sejibik macam ni...

Takla canggih mana pun. tapi bolehla nak ambil gambar. kumpul momen - momen indah dengan keluarga, masa trip, dengan kawan - kawan, pastu jadi harta ofis utk ambil gambar site... pendek kata banyakla jasa dia dari tahun 2006 sampaila sekarang. Sekarang masih ada camera ni... masih berfungsi dengan baik dan terus menabur jasa. Cuma sekarang dia berkhidmat dengan tuan yang lain, berkhidmat dengan keluarga kakak saya.

2-3 hari lepas ke kedai photo zzom di Kota Damansara ni, urusan sebenarnya utk buat gambar pasport walaupun bukan untuk buat pasportihikhik kebetulan di situ ada promosi kamera digital dengan harga yang sangat berpatutan. Bila dengar harga mulala berkira - kira utk dapatkan kamera digital yang baru walaupun sebenarnya takde dalam bajet!!setan

sebab masa tu lapar, sambil menunggu gambar pasport siap dicetak... MAKAN dulu!! dengan harapan lepas makan takla terliur tengok kamera!! jelir tapi masa makan dok fikir juga pasal kamera tu! hukhuk.


............ dan akhirnya saya tertewas dengan jelingan manja kamera yang duduk dalam kotak pameran tu ditambah pula bisikan - bisikan mencucuk oleh ofismate!! sengihnampakgigi nak jugak salahkan org tapi tak menyesal beli sebab memang dah lama nak cume masa tak mengizinkan saya pergi bercinta - cinta bershopping tingkap survey harga yang menarik.

jadi saya perkenalkanlah dengan teman baru saya ni....
Kali ini saya memilih keluaran OLYMPUS FE4030. Sweetkan warna dia? lovelovelove

harap - harap cik pinky yang baru ni dapat berkhidmat sehebat cik red SAMSUNG dulu..senyumkenyit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"