Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, February 8, 2012

Lepas 3 hari 2 malam lari dari rumah

balik kerja jumaat lepas bila sampai rumah dalam hujan lebat, yang menyambut depan pintu cuma coki yang tak berenti mengomel... pelik sebab aly takde sekali.. terus ke belakang tengok progress orang buat rumah, jantung berhenti berdenyut bila pintu belakang terbuka! masa tu memang tak pk pencuri masuk rumah ke apa... perkara pertama yang terlintas cuma aly dah keluar dan tak tahu berapa lama dia dah keluar... T___T

dalam hujan lebat tu keluar juga cari dekat - dekat situ tapi tak jumpa.. dalam hati memang dah tak keruan.. air mata turun sama lebat dengan hujan masa tu...

malam tu memang tak boleh nak tidur tunggu kot - kot aly balik... pintu belakang tak rapatkan, cuma kunci grill.. memang berisiko.. tapi karang kalau aly balik pintu tak bukak, mesti dia pergi lagi...T__T

coki kene kurung dalam bilik sebab taknak dia pulak yang keluar.. memang meroyanla mek tu! malam bawak ke pagi takde jugak tanda2 aly balik.. sepanjang malam pat lima kali terjaga cek kot2 aly dah balik.. pagi bawa ke petang, petang bawak ke malam semula.. masih macam tu juga... tak tahula berapa kali kami pusing cari.... suami pun sebelum pergi kerja dan lepas balik kerja hari sabtu pusing jalan2 dekat dengan rumah takde juga..

hari ahad pagi dalam kul 8.30 suami kejut, "ayang bangun, aly ada kat longkang belakang rumah!" masa tu dengan mamai2 melompat bangun terus cari kunci nak buka pintu.. terkial2 nak buka pintu tengok budak dobot ni dah masuk rumah...

lepas dapat makan wetfood, adik punya bahagian pun dia sesah sekali... terus naik atas katil..... tido!

camnila dia sepanjang hari.. bila kena kacau dia beralih, pastu sambung tido balik!


muko tak pueh hati tido kene kacau.. ahahaha


mama kalihkan sebab nak basuh cadar pun dia tak peduli... sambung balik tido!! siap berbantal lagi kepala tu... haih....

suami cakap masa dia nampak aly ni dalam longkang tu dia pandang je... agaknya nak sahkan betul ke tak rumah dia ni... maklum jela kami kan baru pindah... pintu belakang memang kami tak buka sebab orang tengah buat kerja, taknak habuk masuk... pintu belakang tu pun terbuka sebab orang kerja tu tak tutup betul2... jadi bila budak bertuah ni tolak je pintu tu mudah je terbuka......



Friday, February 3, 2012

model tak berbayar keropok chachos

model tak berbayar kopok Chachos.. hihi

sian budak safwahhana ni... dahle halus, warded kat DEMC pulak sebab kahak banyak kat paru - paru... bertambah halusla budak ni... tapi yang pasti walaupun duduk wad mulut yang macam bertih goreng tetap sihat! hihi

walaupun belum pandai cakap, tapi dah banyak benda yang kita cakap dia faham.. hai kalau dah pandai cakap sok lagi riuh rendahla rumah korang ye.. adik beradik power puff girl sume banyak mulut!

safwah ni anak kakak saya, adik pada sufi yang accident haritu -->;SINI & SINI umur baru setahun lebih tapi bijak sangat bawak diri sendiri..

Wednesday, January 25, 2012

Pindah Rumah

Sumber : Google

pertama kali pindah rumah yang kene angkut banyaaaaaaaaakkkkkkkk barang. Lunyai rasa badan ni dan sekarang ada rasa nak balik je lepas lunch.. nak tido!

sebelum kawen pindah - pindah pun barang bukanla banyak mana sangat.. muat je sumbat dalam cik putih kesayangan tu. Lepas dah kawen masuk rumah sekarang pun takla terasa sangat sebab barang belum banyak lagi dan banyak barang masuk sikit - sikit dalam rumah

dan bila kene pindah rumah mulala pening!


walaupun cuma sebelah rumah!

ya, anda tak salah baca.....


kami pindah RUMAH SEBELAH jer


perancangan awal nak pindah sebelum tahun baru sebab penyewa rumah kami tu kata nak keluar awal bulan 12, jadi adala masa untuk kami betulkan apa yang patut sebelum pindah masuk.. sekali penyewa tu bantai keluar 30/12! takkan kami nak pindah masuk 31/12?? dengan rumah cam tempat kucing beranak... memang sedih tengok keadaan rumah tu....

sebab keadaan rumah tu yang sangat mendukacitakan, suami cakap kita pindah time cuti CNYla, sempatla nak betulkan bumbung bocor, betulkan paip, bersihkan apa yang patut dan buat kabinet dapur yang baru. Kabinet dapur yang lama memang langsung dah tak boleh pakai, untuk kerja ni suami minta tolong kawan dia buatkan. Tapi.... sekali lagi perkara tak enak berlaku, dahla asik minta duit padahal kerja tak banyak mana bila suami push suruh cepat siapkan sebab dah masuk 3 minggu kami tunggu tak siap2, dia boleh marah dan terus tak nak buat! kalau ikut hati saya memang boleh jadi mak lampir kat situ, tapi sebab suami yang deal sepenuhnya dan suami saya memang seorang yang sangat susah nak naikkan temperature dia maka terpaksalah kami cari opsyen lain untuk siapkan kabinet dapur kami yang separuh siap tu. Mujurlah jiran depan rumah kami pun renovate rumah dan hampir siap. Jadi suami minta tolong pekerja tu siapkan kabinet dapur yang terbengkalai tu.. sedih okeh tengok dapur macam tu..

sepanjang cuti baru ni kami memang pulun habisla bersihkan rumah kecuali bahagian dapur. Angkat barang masuk ke tempat masing2. Ada baiknya saya jenis suka simpan kotak, jadi banyak barang elektrik masuk balik dalam kotak masing - masing, Mudahla sikit proses nak angkat barang tu. Semalam saya mula kemas barang dalam umah baru, mula dari stor tindankan kotak atas kotak. Isi kotak - kotak tu kebanyakannya hadiah kawen yang tak pakai lagi. nak buka semua pun tatau nak letak kat mana jadi biarlah dalam kotak simpan dalam stor, kalau nak guna baru buka. Time nak masukkan baju dalam almarila paling letih nak susun.. sebab saya ni spesis tak suka lipat baju! walaupun dah susun elok2 dalam luggage + kotak still banyak yang herot berot bila keluarkan T____T

menjelang petang baru alihkan barang dari dapur, terpaksalah kumpul je semua kat ruang tamu dan bila nak tengok tv kene kalihkan lagi barang tu bagi ada ruang nak baring.. sedih sungguh macam rumah pelarian....

last sekali baru pindahkan coki dan aly yang seharian kene kurung dalan courtyard, agaknya sebab stress kene kurung lepas tu bila dapat keluar tempat baru pulak... teruk betul mood coki semalam, asal berjumpa dengan aly je menyembur tak habis - habis. memang sampai ke tengah malam dia bising mengiau tak berhenti. padahal mama, abah, abang dah tidur baiiikkk punya..
sudahnya bila saya terjaga kul 2 lebih tengok dia tido di pojokan katil.... alahai kesiannya tengok dia....


bangun pagi ni dok rasa berbelah bahagi nak g ofis keje ke tak..... berat - berat pun bangun jugala... siapkan kerja, dan kita amik half day! yeay!!



Friday, January 20, 2012

Selamat Tahun Baru Cina

aha!

Cuti hujung minggu yang panjang telah bermula!

selamat bercuti ya....

pada yang memandu, berhati2 ya moga selamat sampai ke destinasi

saya akan habiskan masa untuk berkemas


masa untuk pindah rumah!!


Thursday, January 19, 2012

Berganti tikar?

eh, boleh ke pakai simpulan bahasa ni kalau yang berganti tu adik beradik lelaki?

sebenarnya ni pasal sepupu saya(lelaki) dan saya namakan Im, umur dah 30 lebih tapi tade tanda2 nak kawen pun, kami sepupu2 ni selalu tanya dia bila lagi sebab adik2 dia dah 3 orang kawin, tapi cuma dibalas dengan senyuman. Alih2 mak suruh balik nak kenduri, bila tanya dapat orang mana katanya dengan si D. Memang dah jodoh mereka agaknya... buat macamana pun bersatu juga mereka akhirnya.

si D ni sebenarnya pernah jadi adik ipar Im. Cuma agaknya jodoh D dengan R ni tak panjang.. Selepas mereka bernikah R sakit tenat sebab barah otak dan meninggal dunia tanpa sempat nak adakan majlis persandingan pun. Majlis persandingan yang dirancang sebelah perempuan bertukar jadi majlis tahlil. Sebab terlalu menyangi si R, D memang banyak habiskan masa di kubur dan tinggal bersama ibu mertuanya (makcik saya), paling tidak seminggu sekali mesti ke kubur. Bila raya, kemana makcik pergi adalah juga anak2 nya termasuk Im dan D dan kami boleh nampak ada kemesraan antara Im dan D sampai mak saya cakap "susah2 sangat Im kawin jelah dengan D tu". Tapi kami faham yang masih baru sangat R pergi... sangat tak sesuai kalau ada hubungan yang baru..

Lepas 6 bulan, ibu dan bapa si D kahwinkan dia dengan pilihan mereka. Agaknya taknak anak dorang sedih lama - lama. Tapi apakan daya, Allah yang menentukan panjang mana jodoh kita kan? D dan suaminya berpisah selepas setahun & mereka dikurniakan seorang anak.

Perancangan Allah itu misteri dan tiada siapa boleh menjangka apa akan berlaku masa hadapan kan. Agaknya jodoh D dengan keluarga makcik saya ni kuat agaknya, sebab tu akhirnya Im dan D akhirnya menikah 31/12 lepas & kenduri belah lelakinya hari ahad ni (22/1)


jadi mak suruhla balik g kenduri......

berbalik pada persoalan mula2 tadi.. boleh pakai ke simpulan bahasa 'berganti tikar' tu dalam kes ni??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"