Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, September 23, 2010

salahkah calon isteri tak pandai masak?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.

Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

sumber : ILUVISLAM.com

***********************************

fenomena yang sangat biasa kan? perempuan bila dah kawin kalau tak pandai masak mulalah macam2 komplen muncul mula kritikan2 pedas dilemparkan. tapi bila lelaki yang dah jadi suami sekaligus ketua keluarga tak reti jadi imam tiada siapa pertikaikan... hmmm

7 comments:

ckLah @xiiinam said...

Jumlah lelaki yang tak berani sembelih ayam pun makin ramai...






Sembelih orang berani pulak..

Kujie said...

Sama saja dengan kes perempuan materialistik

Kadang-kadang ada lelaki yang hendakkan perempuan yang diluar kemampuannya, yang high maintenance tetapi bila dia tidak mampu tunaikan permintaan dan keperluan perempuan tersebut…mulakah cakap perempuan materialistik.

IKutkan bab memasak bukan tugas isteri , kalau disuruh suami baru jadi wajib. Tetapi wajib itu terjadi bila suami dah sediakan semuanya..dari bahan sampailah ke periuk belanga.

adie said...

sebenarnya terpulang kpd perempuan juga, jika dia tak kisah bakal suaminye tahu jadi iman ke tak,tak boleh buat apa juga. kedua-dua lelaki & perempuan ada hak utk memilih siapa pasangannya.

~mrs azmi~ said...

@ckLah: kita sudah di akhir zaman kan....

@kujie: err klu camtu kira takpelah kite malas masak eh?? hiks..-kalau barang2 tak disediakanla-

@mrPenyubiru: klu zaman dulu carik suami/isteri yang pandai mengaji, azan, jadi imam kira yang elok agamanya... kemudian baru lihat kemampuannya... sekarang terbalik, lagi dasyat bila agama langsung tak dikira bila nak buat keputusan...

nabilah_2908 said...

nmpk sngt lelaki itu jahil..kepandaian memasak dijadikan ukuran..

malu sendiri la lelaki itu bila dia sendiri mengaku tidak mampu menjadi imam..

tp zmn sekrang...rasanya ramai lelaki n perempuan tidak kisah tntg kekurangan n kelebihan pasangannya..

jom ke APA KATA HATI pulak,
WATAK ATOK DALAM ESC

Mak Su said...

masak boleh belajar berterusan, sepanjang hayat... maksu pun x reti msk ms kawen dulu tapi dah nak kawin gaks, takkan nak postpone, nanti aku buat hal, kan.....

so after kawen, belajar masak dari hari ke hari :)

~mrs azmi~ said...

@nabilah_2908: perbaiki diri setiap hari kan?

@Maksu: samalah kita. dah kawen baru terhegeh2 belajar masak... yang penting nak ke tak nak je..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"