tapi aidiladha kali ni perlu sediakan sendiri semua!
dan yang jadi lebih pilu, saya langsung tak sempat nak membeli barang keperluan... gara - gara mesyuarat petang semalam tamat lewat
jenuhla fikir apa yang boleh saya masak dengan berbekalkan beberapa ketul ayam dan sepotong daging yang memang sediada dalam peti sejuk. kalaulah saya seorang yang pandai masak mungkin tiada masalah.. kalaulah!!
lepas maghrib semalam saja menuju ke pasar raya di bukit beruntung dengan harapan adala daun kunyit ke, santan ke, apa2lah barang basah yang berkenaan tapi sampai je di pintu masuk bulat mata tengok ramai sangat orang! semua kerumun bahagian sayur dan barang basah. nampak sangat mereka juga seperti saya, mencari keperluan saat akhir...
pulang tangan kosong!
pagi raya baru nak iron baju melayu suami, baru nak mula masak pukul 7 lebih.. haha orang lain sume dah siap masak waktu tu....
puas bersilat didapur berperang dengan pisau sudip dan kuali siapla jugak masak walaupun cuma siap lepas suami balik solat sunat aidiladha.
Juadah pagi raya kami Nasi Beriyani Ayam, daging masak kicap + nasi impit. cukupla untuk kami.
Selamat menyambut aidiladha semua






