Sedar tak sedar kita dah masuk ke tahun 2017. Pembukaan tahun yang benar - benar menguji keluarga kecil kami. En suami telah menghembuskan nafas akhir pada 31/12/2016 jam 1.50 pg akibat komplikasi buah pinggang. tiada lagi insan bernama Norazmi Abdul Manaf, ternoktah juga jodoh kami buat seketika diatas muka bumi ini. sekurang - kurangnya dia dah tak sakit, Allah lagi sayangkan dia.
Sekarang saya masih cuba untuk mengumpul kekuatan, menyesuaikan hidup sendirian bersama anak - anak bulus. Allah menjentik hati saya dengan mengambil semula apa yang saya sayang, supaya saya lebih ingat padaNya, yang selama ini saya selalu leka. Selama 8 tahun berkahwin suami adalah seorang yang sangat ringkas hinggalah 100 hari terakhirnya, almarhum benar benar berubah 180 darjah menjadi seorang yang sangat 'clingy' yang memberikan saya peluang untuk menjaga almarhum sepenuh masa, bersamanya sehingga menghembuskan nafas terakhir. Moga rohnya ditempatkan bersama para solihin.
~Alfatihah
..L.O.V.E my L.I.F.E..
"LIVE as we were die tomorrow, LEARN as if we were to live forever"
Thursday, February 2, 2017
Friday, February 5, 2016
Selepas 2 Tahun
Genap 2 tahun Blog sepi tanpa entri.. ya.. anda tak silap baca.. memang 2 tahun.. bukan 2 bulan... hehe.. tak hilang kemana cuma lebih gemar jadi pembaca, nak kata active di facebook dan instagram tak juga.. entri terakhir 2 tahun lalu tentang pemergian kecik, kisah sedih jadi peninggalan selama dua tahun.
kalau nak dikira peristiwa yang berlaku sepanjang dua tahun mmg dah tak terkira. yang terpenting dalam 2 tahun ni cuma dapat bertukar tempat kerja yang lebih dekat dengan rumah. Alhamdulillah.. tak perlu lagi berulang alik Rawang - Cyberjaya. lagi2 bila keadaan ekonomi sekarang yang makin menekan kita rakyat marhaen ni. mana kita boleh jimat kita jimat. permohonan 'flexi working hour' saya juga baru diluluskan, jadi bolehla mula berkongsi kereta ke pejabat dengan suami. kalau nak harap kerajaan tukar polisi atau turunkan harga barang atau kurangkan cukai buat masa ni macam takkan berlaku. walaupun minyak turun harga harga barang tak nak pulak berkadar langsung walaupun bila naik dia berkadar langsung.. alahai....
harini nampaknya 'holiday mood' dah mula. ofismate dah ramai mula bercuti, disebabkan sales gallery kami mmg tak kenal erti tutup, kami yang bukan berbangsa cina ni akan bergilir - gilir bertugas dalam waktu cuti panjang ni. dengan kata lain saya cuma mula bercuti hari isnin... huhu... selamat tinggal keenakan nasi minyak kenduri kahwin.... huwaaaaaaa!!
selamat bercuti semua! Selamat Tahun Baru Cina!!
moga jari ni lebih rajin untuk menulis lepas ni... :)

Wednesday, February 5, 2014
Kecik dalam kenangan ~July 2013 - Jan 2014~
pertama kali berjumpa dia memang manja.... bagaimana kami bertemu? dia hampir dilanggar kereta dihadapan saya waktu beratur di lampu isyarat usai sarapan pagi sebelum memulakan kerja di suatu hujung minggu, ketika itu dia memang comot, busuk, sakit mata, pendek kata memang tak nampak comel langsung!
niat hati cuma nak alih dia ke pinggir jalan, ke tempat yang lebih selamat tapi bila toleh kiri kanan manatahu ada ibunya menunggu atau mencari, tiada yang mahu menuntut dia... akhirnya dia menjadi sebahagian keluarga kecil kami....
Dia memang pandai bawa diri, tak putus asa walaupun sampai ke akhirnya masih di sembur dek coki sekali sekala. kawan gaduh popok, apa popok buat itu yang diikut... macam jugak yang lain dia jugak tak punya 'suara'! mmg susah sangat nak dengar suara dia, kalau ada pun bunyi macam kelakar!! hihi kenangan itu sangat manis...
anak baik ni jugak rajin mengurut...
video ni adalah yang pertama dan terakhir yang memaparkan dia T_T. rasa bersalah bila menonton video ni.... sebab saya jarang sangat capture moment bersama kecik... mungkin rasa teruja dah kurang sebab dah no 4, berbanding waktu aly dan coki dulu T___T
dia memang pandai posing setiap kali dihalakan kamera walau tak kerap manapun... kasihan dia, mungkin di sudut hatinya ada rasa sayu ingat mama pilih kasih berbanding abg dan kakaknya T_T
pandai bawa diri, muka tebal walau di alih berkali - kali tetap kembali semula ke tempat yang di ingininya
Walaupun kecil tapi selalu carik gaduh dengan abang aly yang besar macam giant, macam yang saya kata tadi dia memang pandai cari perhatian walaupun orang lain semua tak larat nak melayan dia
Hari - hari terakhir dia bersama kami, sepanjang masa memang aktif dia ni kecuali waktu tidur
keterujaan dia melihat timbunan stok makanan untuk kucing luar rumah, sempat terjun dalam bekas dan isi perut sendiri.... hailah anak....
belakang badan orang time meniarap adalah port kegemaran dia.....
keluarga kecil kami sentiasa meriah dengan keletah mereka berempat,
tapi dia tak sempat merasa bilik permainan baru...
kegembiraan kami terhenti...
dia tinggalkan kami pada subuh Isnin, 3 Februari 2014
Dia memang sihat waktu kami tinggalkan mereka untuk pulang ke kg sabtu pagi 1/2/14 dia juga aktif seperti biasa, tapi bila kami sampai di rumah petang ahad 2/2/14 dia langsung tidak kelihatan. puas di cari seluruh rumah, yang akhirnya kami simpulkan dia terlepas keluar waktu kami sibuk menyusun barang sebelum pulang ke kampung. lepas beberapa jam barulah saya ternampak dia terbaring lemah di sebelah bekas air yang saya sediakan untuk mereka, badannya basah dengan muntah, memang langsung tak menyahut bila dipanggil, cuma kepalanya bergerak sedikit. telinganya sejuk... sah kecik demam... esok pagi kecik akan ke vet....
tapi apakan daya... Allah lagi sayangkan dia....
remuk perasaan setiap kali pandang gambar - gambar ni...
rasa bersalah, sebab tak jaga dia betul - betul
Selamat tinggal sayang.... maafkan segala kekurangan mama sepanjang masa kita hidup bersama, mama beruntung dapat anak baik seperti kamu, kamu pergi dengan mudah sayang, moga mama dan ayah juga akan dapat pergi dengan mudah seperti kamu.... terima kasih Allah kerana berikan aku peluang untuk menjaga dia walaupun cuma seketika..........
Saturday, January 11, 2014
Respect & Relax
Walauapapun jawatan yang kita pegang, janganlah sombong..
jangan kerana jawatan kita lebih sedikit, orang lain dilayan layaknya seperti 'pencacai'
kalau nak orang respect kita, jangan malu untuk minta maaf kalau itu memang salah kita.
Bila jadi boss kalau relax, sopan dengan orang, dengan sendirinya orang akan respect awak
tak payah nak jadi macam anjing menyalak bukit
annoying tahu?!
naik berdarah telinga dengan semua orang keliling merungut pasal perangai awak tu...
haih......
**ofis tengah dilanda angin ribut dek kerana eksekutif senior yang lagaknya seperti 'lady boss'
Tuesday, December 31, 2013
terakhir 2013
diam tak diam dah setahun berlalu......
setahun dah bekerja di cyberjaya, setahun sudah saya berulang alik setiap hujung minggu... setakat ni, masih belum nampak jalan untuk tamatkan siri PJJ kami. Ah, alah bisa tegal biasa! memag berat, memang penat, memang perit, tapi dengan keadaan ekonomi golongan marhaen yang semakin menghimpit sekarang... telan sahaja semua itu. moga ada jalan terbaik utk kami di kemudian hari
2013 tahun yang bercampur baur, ada manisnya, ada juga pahitnya... tapi yang pahit dijadikan teladan untuk masa akan datang. Alhamdulillah 2013 banyak urusan saya dipermudahkanNya. Wishlist hampir semua dapat digapai walau ada perkara yang terpaksa dilepaskan.
syukur.. syukur... syukur....
tahun yang akan datang nampaknya semakin mencabar dengan kenaikan pelbagai jenis kos. memang terasa lebih - lebih lagi pasal tol! memang boleh capai rm300 sebulan!!
ah pasal permasalahan negara ni makin difikir makin kusut...
keluh kesah golongan marhaen hanya dipandang sepi, agaknya tak tercuit langsung dalam hati 'mereka' dengan kesempitan kita. walau perit pun, hidup mesti diteruskan.... nak mengadu ke pemimpin negara masakan mereka ambil pusing, mengadulah pada yang Esa... moga dilapangkan dada, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rahmat dan sentiasa dibawah lindunganNya.

SELAMAT TAHUN BARU 2014!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
::peringatan buat pengunjung::
"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan
puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"
puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"