Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, May 31, 2012

rasa bersalah

pagi tadi bangun lambat! kul 7 baru terjaga T___T punyala kelam kabut nak bersiap.. sebab biasanya kul 7 dah keluar rumah! pelik sebab langsung tak sedar bunyi alarm.. sedar - sedar dah terang... uwaaaaaaa kelam kabut bersiap dahla pagi ni ada meeting kul sembilan! lagi sekali huwaaaaaaaaaa

dah dalam kelam kabut tu, budak - budak dua ekor ni asik mengekor je mana saya pegi.. sampailah  waktu nak bukak gril rumah, aly nampak sekor kucing itam dengan selambenye turun dari atas kete.. memang menderamla dia.. sekali tak semena - mena dia boleh gigit kaki sekuat hati saya sebab nak lepaskan geram! memang serta merta jadi singala mama nih... 

macam orang hilang akal, tangan ni memang ringan je cepuk kepala dia, jentik telinga sekuat2 hati..  semuanya jadi macam sekelip mata je.. dia gigit sekuat hati & terus lepas (boleh nampakla lubang kat betis nih), saya pulak terus naik angin T____T

rasa bersalah kat budak ni.. -_-"

then masa driving terfikir balik apa yang saya buat tadi....... apa yang aku dah buat sebenarnya?? dah nama pun kucing.. bukan tau apa pun... ::sigh::

Monday, May 28, 2012

Kadang - kadang makcik - makcik ni pun kene belajar erti adab sopan juga

Petang semalam lepas balik kenduri di teluk intan singgahla TESCO bukit sentosa carik wetfood utk aly & coki.. dari pagi tak berenti mengekor mama je. mama masuk toilet 2 - 2 jadi jaga depan pintu. dah tuangkan biskut dalam bowl pun wat tak reti jek. wat muka kesian mintak wetfood macam dah berbulan tak dapat makan wetfood padahal semalam baru makan. isk...

nak dijadikan cerita, dah siap amik segala jenis makanan utk anak2 bulus tuh terusla g Q kat kaunter.. dalam 5 minit budak cashier tu suruh g kat kaunter lain sebab dia nak tutup! gila betul tesco ni.. ramai orang nak bayo boleh 3 je kaunter bukak???

hati dah mula panas gerak jugakle ke kaunter lain...

sedang menunggu dengan penuh sabar tu perasan ada 2 orang makcik ni menyelit kat tengah2 laluan antara kaunter yang saya baris dengan kaunter sebelah... ingatkan dia nak keluar dulu sebab dia nak tunggu anak dia bayar ke..  sekali dia boleh masuk depan saya!!!! dengan selambenye letak barang dia  dulu!!!! tanpa ada sepatah haram kata2 minta izin dia nak bayar dulu!

dahla potong Q masa nak bayar banyak cekadak pulak.. tak bagitau kat cashier nak kira asing barang dorang, jadi cashier tu dah kira sekalilah.. boleh pulak dia suruh jugak asingkan padahal bukan banyak pun.., apelah salahnya bayar je sekali kemudian bayolah kat member tuuuu.. masa tu memang dah macam gunung berapi dah hati ni.. bergelodak marah tengok perangai makcik2 tu

Ya Allah!! dugaan apela yang kau turunkan ni.. dahla hati memang dah panas ade pulak makcik yang tak reti adab macam ni! saya memang hadiahkan renungan tajamlah kat makcik 2 orang ni sampai diorang gelisah... walaupun biasanya saya tak kisah tapi masa tu saya memang marah! memang tak redha makcik tu ambil hak saya dan orang - orang yang menunggu giliran selepas saya.. dalam hati ni memang dah menyumpah seranah.. cuma tinggal lagi tak keluar dari mulut ni.. 

dia ingat dah tua tak perlu ke nak hormat orang muda ni? at least minta izin dulu.. jangan aci curi giliran orang jeeee! sampai saat ni saya masih marah lagi... 

tenanglah wahai hati..... T_____T

Thursday, May 24, 2012

Thursday, April 12, 2012

sapa punya idea?

sekarang tengah brainstorming ideas untuk sculpture.. berdarah otak rasa nak create sculpture ni... maklumla time company lama buat sume benda yang mesti ada kegunaan.. kalau setakat street art memang kena scrap je idea tuu.. terbalik pula kat sini..masa belajar dulu cukup menyampah dengan subject sculpture nih.. tapi 6 tahun kemudian nak tak nak saya kene belajar cintakan benda alah sculpture ni.. huhu

ok.. balik pada cerita tadi... dok google2 terjumpa pasal 'giant flower tree' ni

 Giant Flower Tree @ Lyon, France

Giant Flower Tree @ Vivocity, Singapore

sejibik kan? mula - mula ingat location sama, angle foto je yang berlainan.. rupanya memang tempat pun lain - lain!! saya cuba cari sapa tuan punya idea dua - dua sculpture... saya cuma jumpa untuk sculpture di Singapura (Choi Jeong-hwa ( Korea))

ada fikiran jahat yang bisik kata ada salah satu idea ni ditiru.. kalau betul berani sungguh si peng'copy' itu kan? obvious tuuu..
tapi saya tetap berfikiran positif bahawa kedua - dua pokok bunga ni datang dari idea orang yang sama... :)


Thursday, March 29, 2012

Beza setengah jam pun boleh bawa perubahan besar

Ni cerita time hantar suami checkupla ni... Dua minggu lepas 1st time hantar pegi checkup kaki dia tu, sebab dalam kad appoinment tu tulih pukul 8, maka kami pun keluarlah rumah pukul 7. sampai Hosp Selayang ngam2 pukul 8. First time g klinik pakar kat selayang tu, jadinya baru nak belajo2 pasal prosedurla ni.. saya turunkan suami siap2 kat lobby sebab parking dah penuh! jenuh nak pusing2 cari parking. bila saya naik atas suami dapat giliran untuk 1st kaunter 1032. Waktu tu takla ramai sangat orang, ingatkan amik nombor sekali tu je... rupanya ada lagi kaunter lain pulak! lepas kaunter 1(kaunter pendaftaran yang general) dia pas pula ke kaunter 2(kaunter klinik yang spesifik) suami appoinment untuk klinik orthopedik. kat situ kene tunggu lagi nama kena panggil pulak. lepas tu baru dapat no giliran nak jumpa doktor dan waktu tu dapat no giliran 1214. nampak no macam sikit..... tapi!!!! berzaman nak menunggunya! saya siap dah g sarapan, baca paper pun abih.. no giliran tak gerak2! dari kul 8 kami sampai.... pukul 1 lebih baru siap semua termasuk amik ubat...

adehla.... salute betul kat orang2 yang memang ada regular checkup kat sini... tiap2 hari rabu adalah hari klinik dan purata patient yang datang adalah 700 orang! tengok nombor pun dah pening... yang menunggu lagila!

lepas checkup tu doktor suruh datang sekali lagi lepas 2 minggu iaitu semalam..

disebabkan dah rasa serik menunggu lama.. suami ajak pegi awal sikit. jadi keluar rumah pukul 6.30pg.... natijah dari keputusan tu urusan kami selesai lebih kurang pukul 1030! yeay!!!

banyak bezanya kan??

disebabkan dah amik cuti.. balik rumah tido!!!!! hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"