Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, August 30, 2010

baby tak berdosa ditinggalkan di signboard ~gambar live di tempat kejadian

pagi tadi terkesima sekali lagi bila terdengar berita radio,
seorang bayi dijumpai didalam beg kertas disangkutkan pada papan tanda di seksyen 13, shah alam.Dalam hati terfikir kat mana bayi tu ditemui.. persimpangan mana.. sebab seingat saya kebanyakan persimpangan di seksyen 13 adalah persimpangan yang sibuk!

Seperti biasa, laman web sosial akan dijenguk dulu sebelum kerja lain dimulakan sengihnampakgigi
jangan report kat bos i taw! diam dan sekali lagi sebak bila terpandang gambar bayi yang disebutkan didalam berita radio tadi... seorang teman yang juga jurugambar kebetulan melalui tempat kejadian (antara yang terawal sampai)

sangat sayu melihat bayi sihat dan cukup sifat ditinggalkan didalam beg kertas yang sangat uzur di persimpangan yang sibuk! kalau beg kertas tu koyak? kalau lori lalu laju beg terkoyak? nauzubilah...

sumber gambar : Jidin Giding dan semua cerita adalah dari description beliau

"Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang, 29 ogos 2010. Simpang 3 sebelah Apartment Brunsfield Riverview. Bayi diletakkan dalam beg kertas dan disangkut di papan tanda " Beri Laluan".

lokasi persimpangan tempat bayi ditemui

Abang baju putih ni orang kedua yang sampai tempat kejadian....dia dan wife dia jaga baby dari awal sampai polis dan ambulance sampai...sambil2 tunggu...abang ni tolong kipaskan baby...kasik dapat fresh air...
Ketibaan pegawai kesihatan
Pegawai kesihatan sedang cek tali pusat yg belum dipotong

Bayi disangkut dalam paper bag kat tanda " Beri Laluan " dan kelihatan uri yang masih belum dipotong. dianggarkan kelahiran dalam tempoh sejam sebelum bayi dijumpai

Bayi selamat dipotong tali pusat dan dibersihkan...

Bayi sedang diangkat untuk transfer ke dalam selimut yang bersih....kebetulan ada orang ramai yang ada anak kecil...dermakan kain selimut...

bayi sedang transfer ke kain selimut yang bersih

Kelihatan darah masih fresh di badan bayi...

bayi selamat ditransfer dalam selimut bersih

kelihatan tali pusat sesudah dipotong...

bayi sedang diselimutkan

bayi sedang diselimutkan

kain asal bayi dibungkus

mujur masih ada keprihatinan insan2 lain yang dapat menyelamatkan bayi ini, dah ada baby hatch program pun masih lagi berlaku perkara2 ni..


Friday, August 27, 2010

Sg Buaya - taiping - sabak bernam

.............................

sedang bersiap untuk perjalanan sempena cuti hujung minggu ini

Sg buaya - Simpang, Taiping - Sabak Bernam

moga perjalanan kami lancar. selamat sampai..... amiiinnn

.................................

Thursday, August 26, 2010

kamu yang masuk sendiri... aku tak salah kan??

rasa bahagia bila mengenangkan esok cuti! celebratecelebrate tapi ade gangguan sikitla petang tadi, kerja banyak, nak sediakan pelan kelulusan utk stesen minyak minggu depan. bila dah ada urgent mulala plotter pulak buat hal. Tiba - tiba tersekat sedangkan ade berpuluh lukisan lagi menunggu giliran!!tension dok kisahkan plotter tu sampai tak sedar jam dah pukul 3 lebih dan baru teringat ada meeting! nasib baik meeting dekat dengan ofis.. dingdongdingdong kul 4 lebih baru selesai, belum boleh balik rumah sebab perlu hantar LA Instruction pada kontraktor untuk perbaiki 'defect' pada tapak projek sebelum rabu depan.... adusadusadusharap sempatla dapat CF sebelum raya. doa

....isk panjang beno cerita meleret - leret yer??ihikhik

Sebenarnya dah beberapa ketika ade masalah di rumah ni, ada seekor cik cen aka cencurut sudah tersesat masuk dalam rumah dan dah lame sangat geram tengok dia lalu lalang ala ala macam kita tak nampak dia! dan lagi buat saya geram dia curi makanan aly....marah

minggu lepas terpaksa cuci bilik belakang sebab bau sangat busuk! sampai rasa mau pengsan... nak minum tak boleh.. nak makan apetah lagi... sabo jelah...

sampai harini geram je bila terdengar cik cen ni berbunyi time orang dah tido. dah macam - macam cara kami dah cuba tapi tak berhasil... sakit hati tau!

........dan akhirnya, malam ni setelah cik cen ni buat muka selamba masuk dalam bekas makanan aly untuk mencuri dan walaupun saya memang nampak dia bergerak kesana sini, tiba tiba saya terdengar cik cen ni masuk dalam bakul sampah. Dengan tidak berlengah capai penutup periuk terus tutup bakul tu! tindan pulak dengan lesung batu atas tu! kejam tak?? muahahahaha

saya tak salah kan? dia yang masuk sendiri, saya cuma tolong tutup tak bagi dia keluar jeeee
sengihnampakgigisengihnampakgigi

**kalau korang tertanya - tanya kenapa aly tak tangkap cik cen tu, saya tak boleh nak bagi jawapan sebab dia memang takde respon pun walaupun cik cen ni lalu kat dia! dia g kejar tapi bila tercium bau terus dia blah dari situ.... haih... alu oh aly bertuah..

traffic jam lebih 10 hari?? haiyoh!

terbaca dalam paper semalam kesesakan teruk di china yang sudah menjangkau 10 hari!!
hahhahhahhahsehari cuma dapat bergerak 1 km... siap boleh makan - minum, main terup.. dan kesesakan tu berpanjangan hingga 100km!! hah berita kesesakan di China

tak dapat nak bayangkan kalau saya terperangkap dalam kesesakan lalulintas seteruk itu!

kat sini yang baru terperangkap 10 minit - 15 minit pun dah mula gelisah... bila berlarutan masuk setengah jam lagila, mulut mula membebel... ditambah pulak kalau ternampak ada pemandu kenderaan yang kurang sivik memotong menggunakan laluan kecemasan. memang mulutpun automatik potpetpotpet... padahal bukan dapat sampai pun ape yang dibebelkan tu...haish....

alhamdulillah kesesakan di Malaysia masih dikira rasional...

~dok terfikir, macamana diorang nak pegi toilet eh? 10 hari tuuuuu

Monday, August 23, 2010

moga kak yus selamat~

hmmm....

di sudut lain di utara semenanjung

kakak sy sedang berjuang dengan penyakit yang dihidapi... sekarang sedang berada dalam bilik pembedahan menyerahkan segalanya pada kepakaran pasukan doktor... moga semuanya selamat.
doadoadoadoadoadoadoadoa


masih belum punya kesempatan untuk menziarah sepanjang dia dimasukkan ke hospital. InsyaAllah kami akan melawat hujung minggu ini.

moga kak yus selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"