Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, July 8, 2012

FLORIA 2012

AWAS! entry ni sangat berjela - jela!

Floria 2012 dah nak sampai hujung baru nak sebok tepek citer.. maapla ye..  tahun ni saya datang sebagai pelawat saje, datang pun sebab ex bos minta datang utk amikkan gambar dia time interview dengan Selamat Pagi Malaysia sabtu lepas which is hari perasmian. Ex-bos ni salah sorang exhibitor untuk Designer's garden. Mula - mula malas nak pegi pukul 8.15 dah kene kat sana.. kul bape pulak nak keluar dari rumah?? tapi bila pikir2 balik kalau tak pegi time tu memang takdelah saya nak pegi sampai ke sudah sebab mesti ramai gila orang, dan bila dah ramai - ramai ni memang confirm takdela nak peginya. Lagipun petang ada AGM ILAM (Institut of Landscape Architect Malaysia) so sekali jalanla.

Sampai kat tapak Floria ngam - ngam kul 8pagi. terima kasih sungguh kat aliran trafik pagi tu, smooth je.


Ex-bos sedang diinterview

sebab lain saya sanggup datang pagi - pagi ke sini sebab masa ni belum perasmian, so kawasan pameran belum dibuka kepada umum; dengan kata lain masa tu tak ramai orang! hehe.. saya memang jenis yang tak suka tempat crowded. rimas tengok orang ramai - ramai.. sebab tu aritu dapat tiket seating untuk konsert MLTR pun tak pegi.. suami pun sama.. dia dah fobia sebab hilang wallet time pegi jom heboh kat bukit jalil 10 tahun lepas. pastu kene pulak bersesak2 nak naik tren... sekarang kalau ajak dia g jom heboh memang takdela dia nak


alamak melalut sudah...


lepas interview saya memang ikut jela mana exbos ni pegi.. jalan punya jalan ingatkan dia nak bawak round tgk sume plot, rupanya dia bawak g main pavillion untuk perasmian! isk.. segan rasenye sebab orang lain dok pakai baju batik, baju kurung segala sebab yang nak rasmikan raja pemaisuri agong.. tapi saya ni pakai tshirt muslimah + jeans + sport shoes! nasib baik tak kena halau.... 


 pengacara majlis pagi tu nurul syuhada & unknown (maybe staff perbadanan putrajaya) 

kesian... walaupun dok 2nd row tapi tak nampak pun overall performance sebab cameraman penuh!! yang kelakarnya, waktu ucapan perasmian tuanku raja pemaisuri agong naik atas stage 

".. dengan ini beta merasmikan festival bunga dan taman putrajaya 2012"

itu je.. lepas tu dia turun.. dalam hati "la tu je?!" kot ingatkan adela ucapan 2 3 baris ke.. ucapan timbalan menteri & presiden perbadanan pat lima kali ganda lagi panjang.. huhu.. nakle juga dengar dia berucap kanns.

tapinya dalam sejarah Floria, Raja Permaisuri ni yang sangat rajin lawat kesemua plot yang ada! selalunya perasmi cuma akan lawat sesetengah plot sahaja. maklumle orang - orang penting ni kan very the bz...

bersedia untuk tengok maraton gambar!





punyala besar bunga raya ni.. untuk pengetahuan korang, tapak tangan saya ni pun bukan saiz comel2 ye...




amik kau! segala ayam itik pun dihangkut masuk Floria




memang tekun sungguh budak yang mengerjakan wall anak padi nih.. 






jatuh chenta dengan edible garden perbadanan putrajaya ni.. geram tengok pokok kobis dia!
rasa berkobar2 nak ada edible garden sendiri. .hikhik










 giant bougainvillea bonsai.. sapa bran nak challenge bela bunga kertas sampai macam ni??





really adore design ni.. kemas sangat dia buat pokok ni.. kena tengok dekat - dekat baru tau construction dia macamana





ni tapak Majlis Bandaraya Johor Bahru kalau tak silap.. siap bawak kumpulan ghazal dari johor buat live performance









hoho.. pusing floria sampai camera abis bateri tapi sedih sebab tak sempat cover semua

amacam?! ada sapa - sapa muntah tengok gambo? 1st time saya pos gambar macam ni punya banyak.. hihi

maafla kalau gambar tak berapa nak berkualiti.. maklumla cuma pakai compact camera.. bukan pakai DSLR

selamat berhujung minggu semua!!



Saturday, July 7, 2012

Cik Diva

Bila dah ada berekor - ekor anak kat rumah, macam - macam perangailah boleh nampak.. yang terpaling berlagak diva tak lain tak bukan


v



v




v



coki!!!!
budak ni sangatlah berlagak diva kat rumah.. mentang2 dia je anak dara kat dalam rumah ni

 see?! tempat tidur mesti special.. diulangi... MESTI... tempatnya antara bantal saya dan suami.. pastu mintak garu dulu sebelum tido.. masa mula - mula bawa balik popok dulu dia marah betul bila popok landing kat tempat dia tuh. kepala mesti kat bantal. kalau suami terkalihkan bantal tu memang merajukla dia.. cari tempat jauh2 nak tido..




bab mengconquer katil memang bagi kat deme jela... orang lain tak dek space dah...


ni lagi 1 faveret spot cik diva nih.. atas iron board
bila nak iron baju jenuh kena bersihkan dulu bulu2 dia yang melekat kat situ.. kalau lama sangat kita pakai ironbod tu mulala tenung - tenung macam mama ni buat salah besar pulak..


tapi diva - diva si coki nipun.. dia jela yang rela dipeluk.. hari - hari mama dapat peluk dia jela..kalau aly kene peluk memang meronta - ronta tak rela.. sikecik popok pulak kalau dipeluk asik nak gigit orang je..

Friday, July 6, 2012

Does your cat drink like this?



alangkah bahagianya kalau budak2 ni rela kena air. senang nak mandikan.. ni tak kalau nak mandikan kene bersilat dulu lam bilik air.. tu tak campur nak carik dorang yang cuba menyorok!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"