Friday, February 5, 2016

Selepas 2 Tahun

Genap 2 tahun Blog sepi tanpa entri.. ya.. anda tak silap baca.. memang 2 tahun.. bukan 2 bulan... hehe.. tak hilang kemana cuma lebih gemar jadi pembaca, nak kata active di facebook dan instagram tak juga.. entri terakhir 2 tahun lalu tentang pemergian kecik, kisah sedih jadi peninggalan selama dua tahun.

kalau nak dikira peristiwa yang berlaku sepanjang dua tahun mmg dah tak terkira. yang terpenting dalam 2 tahun ni cuma dapat bertukar tempat kerja yang lebih dekat dengan rumah. Alhamdulillah.. tak perlu lagi berulang alik Rawang - Cyberjaya. lagi2 bila keadaan ekonomi sekarang yang makin menekan kita rakyat marhaen ni. mana kita boleh jimat kita jimat. permohonan 'flexi working hour' saya juga baru diluluskan, jadi bolehla mula berkongsi kereta ke pejabat dengan suami. kalau nak harap kerajaan tukar polisi atau turunkan harga barang atau kurangkan cukai buat masa ni macam takkan berlaku. walaupun minyak turun harga harga barang tak nak pulak berkadar langsung walaupun bila naik dia berkadar langsung.. alahai....

harini nampaknya 'holiday mood' dah mula. ofismate dah ramai mula bercuti, disebabkan sales gallery kami mmg tak kenal erti tutup, kami yang bukan berbangsa cina ni akan bergilir - gilir bertugas dalam waktu cuti panjang ni. dengan kata lain saya cuma mula bercuti hari isnin... huhu... selamat tinggal keenakan nasi minyak kenduri kahwin.... huwaaaaaaa!!


selamat bercuti  semua! Selamat Tahun Baru Cina!!

moga jari ni lebih rajin untuk menulis lepas ni... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"