Friday, December 30, 2011

entry penutup tahun 2011

selamat tinggal 2011

tahun yang payah untuk diharungi....

tapi tetap menggagahkan diri menempuhinya demi kelangsungan hidup.....

sekarang sedang menyediakan diri untuk menyerap segala halangan dan cabaran tahun mendatang yang saya jangka lagi hebat dari tahun ni

namun saya berserah segala - galanya pada yang maha Esa, dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya

selamat datang 2012!



**hari terakhir bekerja ditahun 2011 saya dah siap kemas meja! hihi


Wednesday, December 28, 2011

Bau asheeem poojaan hatiku!!!


budak ni memang gedik...

bau asheeeem ketiak ayah adalah antara yang menjadi poojaan hatinya... ^_^

tapi tak dapat ketiak ayah dapat baju pun jadilaaaaaahhhhhhh

Wednesday, December 21, 2011

Tuesday, December 20, 2011

aly hilang ~ Part 2

boleh pulak main part - part eh?! semalam tiba tiba kerja datang macam tsunami.. langsung lumpuh nak online lama2.. isk

okeh sambung2.....

Pagi ahad cam biasa budak2 ni sibuk bising - bising kat telinga mintak keluar walaupun mama dia ni tak larat nak bukak mata, sudahnya suami yang bangun bukakan pintu sliding bagi dorang keluar around pukul 730am. Tanpa sangsi, risau atau apa2 perkataan seangkatan dengannya saya sambung tidur... haruslah manfaatkan weekend kanns?

dalam pukul 9 lepas siap buat sarapan perasan juga aly tak mengendeng macam selalu, biasa dia memang akan keluar masuk rumah lagi - lagi kalau saya di dapur dengan harapan dapat makan wetfood! cuma coki yang menggeleseh tak sudah2..

selesai sarapan around 1030 - bermalasmalasan - sambil tengok tv - masih pelik aly langsung tak nampak bayang tapi sebab tau pintu pagar rapat, mesti dia tengah seronok lepak bawah kereta kotttt. Kat pintu pagar ada pasang jaring hijau tinggi 1setengah kaki jadi dia memang tak pernah melompat lepas jaring tu + perot boroi takut tak lepas jeriji pagar! hihi

tapi bila dah kul 1130 masih tak nampak bayang budak gendut ni masuk rumah terus tak sedap hati. Bangun pegi check kat depan, mula - mula intai kut grill je tapi tak nampak, sudahnya keluar jugala, check semua tempat - bawah kereta - seluruh pelosok compound rumah yang sekangkang anak kera tu tapi takde!!!!

masa tu dah pucat dah.. tapi masih positif pikir mungkin dia dalam rumah - tertidur kat bilik belakang - lepas tu terkunci - atau ada sudut2 lain dalam rumah - sebab aly ni jenis tak bersuara.. walaupun kita panggil cara dia respon samada menoleh pada kita atau gerakkan ekor & telinga, susaaaaaah sangat nak dengar dia mengiau jadinya lagi susah nak cari dia sebab dia tak menyahut! setiap sudut rumah cari dia, hatta bawah katil - celah lemari - atas para - dalam kabinet tapi masih TAKDE!!

budak gendut macam aly kalau menyorok dalam rumah pun obvious sangat! nak masuk bawah sofa pun tak lepas.

benda yang saya takutkan akhirnya jadi juga. aly hilang tanpa jejak! terus siap2 nak cari dia kat luar. masa tu memang hati memang dah gundah gulana sebab tak tahu nak mula cari dari mana sebab dia kucing indoor yang tempat melepak cuma dalam rumah! kalau kucing outdoor mungkinlah dia ada spesifik tempat yang dia suka lepak. Yang tambah misteri pintu pagar rapat, lubang2 yang biasa dia dapat curi keluar sebelum ditangkap semula semua tertutup rapat.

memang masa tu jadi helpless pegila cari keliling rumah, sepanjang jalan tapi tak jumpa, tanya kat jiran depan rumah yang memang dari pagi dia ada kat luar rumah pun dia tak nampak, habis bawah2 kayu, zink saya selak cari aly, belakang rumah orang.... tapi tetap TAKDE! air mata dah macam air terjun

suami bawak kereta pusing dekat jalan2 terdekat. sebab mungkin aly lari lagi jauh sebab ketakutan nampak budak2 main kat jalan. Walaupun aly besar & gendut, tapi penakut! hatta orang lalu depan pagar pun dia dah mencicit lari masuk rumah, kalau budak2 ramai lagila dia allergic! suami sampai rumah balik tetap dengan jawapan sama... TAKDE

masuk dalam rumah - masing2 diam- layan perasaan sendiri - rasa patah jiwa-luluh hati-terus peluk coki.....

sambil usap2 coki cakap dengan dia "adik panggilla abang... suruh abang balik.."

10 minit sekali saya keluar panggil Aly. termenung kat depan rumah tapi masih sama.....SEPI

petang tu mendung nampak macam nak hujan lebat, bertambah risau hati ni. manalah Aly berlindung kalau hujan ni. manalah dia menyorok kalau ada guruh kuat..

menjelang malam, harapan saya makin pudar... suami akhirnya tutup pintu rumah yang sebelumnya saya biarkan terbuka sepanjang hari.. biar senang Aly lari masuk, biar saya orang pertama yang nampak dia muncul depan pintu.. tapi HAMPA

malam tu rancangan "Untamed & Uncut" tv9 tayangkan pasal anjing yang terjerumus masuk dalam lubang sedalam 180kaki. Rescuer suma dah rasa macam putus asa sebab usaha dorang banyak yang gagal tak dapat naikkan semula anjing tu.Owner yang sangat attach dengan anjing ni cakap "dia adalah sebahagian dari hidup saya... saya seperti hilang separuh jiwa bila mengenang keadaan dia seperti itu..."

terus suami cakap... "samalah pulak...."

masa tu dari saya elok diam terus menangis balik.... memikirkan apalah yang Aly makan dan mesti dia kelaparan. Aly sangat memilih makanan, tikus memang tak pandanglah, tangkap tikus kecik pernahlah.. tu pun duluuuuuuuu, ayam mentah n ayam mentah? takde efek kat dia..ayam rebus tak laku, frieskies biasa tak jalan, whiskas biscuit tak laku, nasi gaul ikan bilis?? lagila tak pandang! hati mak mana yang tak risau pikir...

malam tu saya dah fikir nak buat flyers announcement pasal aly. at least orang dekat2 ni maybe ada yang pernah ternampak dia... tapi ada jugak terfikir mungkin aly kena culik - tapi macam susah nak jadi sebab dia bukan jenis yang mudah didekati melainkan orang tu tangkap guna jaring! ahhh KUSUT!!!

orang yang tak faham mesti kata saya tak betul menangisi seekor kucing! dia bukan kucing.. dia anak saya! macamana orang panik sebab hilang anak, macam tulah keadaan saya...setiap sudut dalam rumah mengingatkan saya pada dia....

"ALY, adakah mama masih ada peluang menjaga kamu nak? balikla nak... mama risau sangat.. "

menjelang tengah malam habis cerita MERLIN suami keluar semula, ikhtiar terakhir katanya..
mungkin sebab dah tak tahan tengok bini asyik menangis! dengan bantuan jiran, mereka meredah malam mencari kelibat yang sangat saya rindui....

hampir jam dua belas, suami bergegas membuka semula pintu pagar, gril dan pintu rumah. seperti ada isyarat positif, saya dengan harapan menanti....

alhamdulillah.....

tepat jam duabelas, ALY selamat pulang ke pangkuan kami. seolah - olah menjadi hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga..syukur....syukur padamu YaAllah.. 16jam yang menyesakkan dada...

suami nampak kelibat dia di dalam kawasan rumah jiran, menyorok di bawah rimbun pokok, ketakutan.

coki tak habis - habis menghidu aly, mungkin banyak bau yang pelik

masuk je rumah terus minta makan! kelaparan 16jamla katakan..... adik pun dapat tempias dapat makan wetfood jugak..

Lega..... boleh mama tidur lena dan hadiri temuduga keesokannya dengan lapang dada + sambut anniversary dengan gembira ^_^

**sekian**

Monday, December 19, 2011

aly hilang~ MIA~ mama dah berjurai2 airmata



gambar - gambar sehari sebelum kejadian

semalam, budak ni hilang... seakan langit runtuh dibuatnya... patah jiwa mama... rasa hilang separuh jiwa... air mata jangan cakaplah... asal duduk, usap si adik air mata pun automatik turun pilu mengenangkan anak.



***esok saya sambung cerita ya...***

Friday, December 9, 2011

Wednesday, December 7, 2011

betul2 rezeki turun dari langit nih...

petang semalam lepas balik kerja nampak sampul surat ni atas meja


ada rasa malas2 nak bukak sampul sebab surat2 yang datang ke rumah ni kebanyakannya surat bank mintak utang! huwaaaaaaa

tapi buka jugala takut ada outstanding apa - apa ka.. ejen ngelat bawak lari duit premium ai ker.... tapinya tetap mushkil sebab insuran dari bank ni saya dah terminate bulan 10 lepas. polisi insuran yang cuma bertahan 3 bulan (ambil paksa rela pun sebab include dalam loan)

bukak2 sampul..


eh?! confius... cek ape nih??




takdela banyak mane pun. tapi tetap terkejut dapat cek tiba - tiba, effortless!!

alhamdulillah... rezeki aly ngan coki gak kot, bolehla bawak budak - budak tu g cucuk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"