Friday, September 30, 2011

Hari Akhir Penukaran PTPTN Konvensional kepada PTPTN Ujrah. Anda Sudah TUKAR?

hari ini 30/9/2011 adalah hari terakhir untuk mengemaskini maklumat untuk penukaran PTPTN konvensional kepada PTPTN Ujrah.

Kepada peminjam - peminjam berkenaan, adakah anda sudah gunakan peluang ini?

pada yang berdegil tak nak tukar tu lepas ni jangan ada yang merungut lagi ya kata PTPTN cekik darah, cekik duit korang beribu - ribu tapi dalam masa yang sama ada jugak salah diri sendiri sebab tak nak bayar.. Sebab tu loan tu beranak tak berenti... kan??

hehe.. mau ada orang menyinga pukul aku lepas nih tak pun kene baling kasut sebab dok sebelahkan PTPTN!

janganla marah.. saya cuma ingatkan.. ada masa beberapa jam lagi untuk kemas kini tu, jangan ambil ringan ya, kesian budak-budak lain yang nak masuk universiti nak pakai duit tu jugak kan? tah adik - adik kita ke

sebelum saya bertukar pun macam - macam yang saya dengar pasal ujrah ni.. kata lagi mahal, pastu LHDN yang akan potong. jadi duit gaji tinggal sikit... nak buat macamana kan? dulu kita dah joli - joli katak ngan duit ptptn tu kanns skang kenela bayo balik. samala jugak kalau kita buat personal loan kan? kita dah joli2 duit tu, lepas tu dengan berat hati kita kenala bayo balik! hihi

tak susah pun nak uruskan pertukaran ni sebab PTPTN dan mudahkan, tak payah penjamin pun.. paling2 g jumpa guru besar sekolah ke, pegawai Gred A ke, ketua kampung pun boleh untuk dapatkan pengesahan sebagai saksi. yang lain kita je yang perlu sign, samada sign macam autograph panjang berjela atau cuma initial yang simple

lepas tu tepek setem hasil dan matikan. lepastu dah boleh hantar sendiri or pos ke PTPTN..

SELESAI, kan mudah?



hutang tetap hutang.. jangan lupe bayo kang kalau kita tiba - tiba dijemput 'pulang' sapa nak selesaikan hutang kita tu??

Friday, September 23, 2011

Penantian si tempang

saya seorang yang fobia pada anjing

gara - gara dikejar waktu balik dari sekolah sampai jatuh besikal dan hampir dilanggar kereta

tapi takla benci @ rasa nak menyiksa anjing - anjing yang ada atas muka bumi ni. cuma sedaya upaya mengawal diri bila berhadapan dengan makhluk yang satu ni

sejak awal tahun ini ada sesuatu menggamit pandangan saya saban petang waktu pulang dari kerja. Lokasinya di simpang lampu isyarat ke kilang Perodua, di atas 'island' jalan 4 lorong tu ada seekor anjing yang kelihatan seperti menanti sesuatu. Mungkin dia dah ada disana sejak sekian lama, cuma saya baru sedar awal tahun ini.

sejak itu, setiap kali lalu disana samada pergi ke pejabat atau pulang ke rumah pasti saya akan perhatikan kawasan berkenaan, PASTI dia ada disitu.



inilah DIA yang saya maksudkan





"alah.. ape nak heran dengan anjing kat jalan??.. lantakla dia nak duduk kat mana pun..."
mesti ada yang rasa macam tu kan?

saya pernah nampak dia bersama sekumpulan anjing lain waktu pagi, nampak macam satu geng.. tapi bila petang, dia tetap berada diatas island seperti kebiasaan

pernah juga bercerita dengan suami,
suami menjawab "mungkin tuan dia tinggalkan dia kat situ, dan dia tetap nak tunggu tuan dia ambil balik"

dia bukan anjing yang normal, dia tempang kami kiri hadapan. bila selalu memerhatikan kadangkala terbit rasa sayu melihat keadaannya seperti menanti sesuatu tanpa jemu, pernah juga tiba - tiba saya menangis!


lagi - lagi bila melihat dia tetap berada dalam hujan lebat di tempat yang sama!


v



v



v



v



v




tetap berada di tempat yang samaa walaupun dalam hujan lebat

perhatikan kaki kirinya yang tempang, cukup untuk membuat saya menangis!

"Kalau dah sedih sangat kenapa tak tolong???"

"Ya, saya memang sedih dan kasihan padanya tapi belum mampu mengatasi fobia sendiri, cuma mampu menghulurkan sedikit makanan bila ada kesempatan...."

Tuesday, September 20, 2011

Kusangkakan 2.. rupanya 3!

........ anak sedara saya dimasukkan ke wad malam ahad lepas sebab tiba - tiba seluruh badannya kebas, kaki & tangan tak boleh digerakkan. Puas di tepuk, di urut, di cubit, tapi deria rasanya seolah - olah hilang! memburukkan keadaan bila warna kaki berubah biru seolah oksigen tak mampu untuk sampai ke kakinya.

dari klinik ke klinik mendapatkan rawatan kecemasan sudahnya terpaksa juga berkampung di hospital sungai buloh. Di hospital pun doktor seolah buntu dengan masalah ni, kakak dan abg ipar yang baru sampai dari taiping pun puas bertanyakan doktor apa prosedur yang terbaik untuk tahu punca masalah anak dara mereka tu.

keputusan darah belum dapat, mana ada lab bukak hari ahad kans?

pat lima kali doktor datang memeriksa, akhirnya doktor menyarankan untuk mengambil sampel air tulang belakang. Seperti biasa, prosedur macam tu mesti kena kebenaran waris kan? jadi kami sekeluarga yang datang melawat masa tu pun buatla mesyuarat bersama samada nak benarkan atau tidak. masing - masing keluarkan pendapat yang konon bernas habislah, tapi bernas manala kalau cuma pendapat jurutera, pensyarah, arkitek, pemandu lori, surirumah, tukang jahit yang langsung tiada pengetahuan dalam bidang perubatan! lagi - lagi bila kita selalu dimomokkan dengan cerita pesakit boleh lumpuh selepas air tulang belakangnya diambil. akhirnya mesyuarat kami buntu!

kakak cuba google mengenai prosedur berkenaan, tapi masing - masing blur dengan apa terma perubatan untuk 'air tulang belakang'

sorang abang ipar mengusik, "sekarang baru nak sibuk jadi doktor... dulu taknak pulak! "

disambut dengan birasnya "backbone liquid kot!" hahahahahha! pecah ketawa kami semua!

sudahnya kami teringatkan makcik kami di johor (pangkat makcik tapi muda lagi) doktor yang ada klinik sendiri di jementah, segamat yang mana suami dan madunya juga doktor, masing - masing punya klinik sendiri di tempat berasingan. Kakak sulung mencuba nasib untuk meminta pendapat perubatan untuk masalah kami disini. Telefon si suami tidak berjawab, begitu juga makcik. ahh! mungkin takde rezeki kami untuk meminta pendapat daripada mereka. dah tak dapat pendapat perubatan, kami

selang 15 minit kemudian, makcik menghubungi kami semula.. alhamdulillah..

kakak sekadar berbasa basi bertanya "acik tengah ada patient ke?"

makcik: " taklah.. kami kat kedah ni.. baru nak dapat beraya ni ha!! rayala dekat rumah adik kat kedah ni pulak..."

kakak : "eh bukan kat terengganu ke acik?"

makcik: "itu yang no 2, ini yang no 3"

kami yang ada kat situ semua melopong! terrer tu pakcik kami sorang ni.... ingatkan 2 je wife, rupanya dah 3! dan lagi hebat, semua doktor!!! hahahaha

lepas dapat konsultasi dalam talian tu, barula masing - masing lega.. dapat buat keputusan dengan hati yang tenang. Sekarang anak sedara saya tu masih di hospital sungai buloh... masih belum dapat punca walaupun dah ambil air tulang belakang.

sabar jelah ye nak.....

Thursday, September 15, 2011

kupu2 menggodak perut

adeh..

nervous!


mau pegi interview kejap lagi...


doakan ada rezeki saya kali ni ya!

terima kasih kawan - kawan

Tuesday, September 6, 2011

Cruel Pet Boarding Centre - PETKNODE

semalam hari pertama selepas raya baru dapat buka fb dan serta merta tersentak bila dinding muka buku saya dipenuhi cerita yang menyayat hati! mengenai pusat penjagaan kucing yang mengabaikan hampir 300 ekor kucing! kucing kelaparan, ada yang kurus kering dan ada yang dah mati!

berita akhbar




blog



fb



ibu dan anak yang sudah mati mengadap antara 1 sama lain seperti yang diceritakan oleh bella@ bazilah dalam video dibawah

MasyaAllah.. dimana perikemanusiaan 2 orang manusia tu?! adakah kerana wang yang tak seberapa tu menyebabkan mereka hilang pertimbangan membiarkan kucing - kucing kelaparan?

alasan mereka yang sangat klise "tak cukup kakitangan" oh.... kalau tak cukup kaki tangan kenapa nak terima sampai 300 ekor kucing?????

dan lagi klise bila dorang cakap "takle nak control orang yang register online......"

WHAT THE F%^%*!!!!

memang tak sampai hati tengok semua gambar - gambar kucing yang teraniaya tu.. air mata tak berhenti - henti mengalir

video dibawah adalah sidang akhbar yang dilakukan oleh pertubuhan yang melindungi hak haiwan2.. mengalir air mata mendengar cerita bella mengenai keadaan di pusat penjagaan berkenaan. tak dapat bayangkan kalau saya salah seorang dari pemilik kucing2 tu...



web rasmi pusat berkenaan telah pun ditutup, tapi blog ni dia lupa kot....

perhatikan salah satu entry dalam blog berkenaan 'JIMATKAN KOS, BUKAN KUALITI JAGAAN'

sejujurnya, saya juga hampir terpengaruh dengan iklan oleh pusat jagaan berkenaan, nak hantarkan aly & coki kesana untuk hari raya. tapi lepas dikira - kira dan dibincang2 saya rela keluarkan duit lebih sedikit untuk cage yang lebih besar untuk mereka dan bawa mereka pulang ke kampung, dapat jumpa nenek, hati mama pun senang tengok dorang depan mata dan sekarang cage tu pun tinggal kat kg, senang kalau balik lain kali tak payang nak angkut dah ^_^


moga kucing - kucing yang terselamat akan cepat sembuh, dan yang telah pergi akibat tragedi ini moga mereka tenang disana... RIP to those kitties..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"