Tuesday, January 25, 2011

kau bawa semuanya pergi

takde mood betul sekarang ni. laptop saya meragam, susah sangat nak on dan tak tau apa puncanya.. kerja tengah banyak dan yang lagi parah ada kerja yang saya tak sempat save dalam external hardrive dan menyebabkan kerja tu tertangguh! takkanla nak buat balik?? walaupun nampak gaya macam kene buat balik.. sob..sob..

mood saya memang entah kemana, kejap ok kejap lagi jadi monyok, kejap lagi happy lagi parah kadang2 rasa nak marah orang tak tentu hala.. ngan bos pun boleh buat muka tak puas hati.. huhu


Wednesday, January 19, 2011

taska zaman sekarang memang makin kejam ke??

zaman sekarang memang kebanyakan ibu - ibu bekerja dan terpaksa menyerahkan anak dalam jagaan orang lain samada taska atau pengasuh...

tapi apa yang saya nampak kebelakangan ni banyak sangat kes disebabkan kecuaian pengasuh / taska.. saya belum punya anak, dan saya belum punya pengalaman menghantar anak pada orang lain tapi saya masih punya perasaan marah bila terbaca kecederaan anak dek kerana kecuaian taska!

dan bila terbaca pasal taska ni, kepercayaan saya pada taska makin terhakis!

manala nak letak anak saya nanti ye.... huhu

taska zaman sekarang cuma mementingkan keuntungan semata ke? tanpa fikirkan keselamatan budak - budak kecil tu?

kawan saya ada bercerita, berkongsi rasa, anaknya baru pertama kali dihantar ke tadika berusia 5 tahun selepas tamat sesi persekolahan anaknya terus diberada di taska yang sama hingga petang.

tapi yang menyedihkan, bila pulang dari taska mesti anaknya merengek kelaparan, bila disuakan nasi dia akan makan bersungguh2! macam langsung tak makan sepanjang hari!! itu belum lagi baju langsung tak ditukar sampai ke petang, uniform sekolah hilang walaupun dah dituliskan nama sebesar alam!

hmmmm.. mungkin juga salah satu cabaran membesarkan anak kan?!

Friday, January 14, 2011

pakai GPS pun sesat jugak

hahahaha...

teknologi tu tak salah..

yang salah orang yang menggunakan ni ha.

salah key in no rumah, memangle dia tunjuk tempat salah!

hahahaha

lain kali sila tengok business card tu betul2 ye.. pastikan alamat betul masa key in GPS tuuuu


..............................

setiap kali masuk kl mesti ada tersalah jalan dan kemudian menyebabkan sesat!! isk

Monday, January 10, 2011

Apa boleh anda lakukan dalam masa 15 minit?

oh mestilah macam2 boleh buat kanns?

tapi yang terjadi pada saya pagi tadi..

gara - gara penat balik dari kampung semalam pastu malam tadi nak jugak tgk AJL sampai abis walaupun dah mengantuk gila! huhu

terjaga lambat!!!!! pukul 713am baru terjaga! huwaaaaaa selalu kul 715 dah siap nak masuk kete..

dah set alarm tapi sebab kepenatan alarm bunyi tapi g off pastu sambung tido, bajet harini cutila hahaha! ingatkan lagi 10 minit ke bangunla. tapi hancuss!

dengan en suami pun terbabas sekali.... memang menggelabahla bila tengok jam kul 7 lebih. macam lipas kudung bersiap dan nasib baik uniform suami yang dah siap bergosok masih ada dan seperti biasa kalau dalam keadaaan darurat macam ni memang sy akan pilih baju yang tak perlu nak digosok! hahaha

siap...siap..siap...

dah nak keluar rumah baru ingat makanan aly lupa nak letak! aiseh... seb baik teringat klu tak aly kene puasala sepanjang hari...

lain2 sume buat tak nampak dulu, petang kang baru settle.. hehe

tepek bedak sume dalam kete jeeeeee

.............

walaupun rumah saya dengan perodua tak jauh mana, setakat 10 minit sampai dah, tapi kalau pagi memang jam nak masuk! jadi kene gerak awal kalau tak bercinta nak sampai ke kilang tu. udahle dari pintu masuk tempat turunkan suami dengan department dia kene 10 minit lagi jalan kaki.. kesian tengok dia kelam kabut pagi tadi..

sabor jela ye bang.. sy pun lambat jugak! haha

...........

Tahniah kepada Juara lagu malam tadi "Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali"

agak dah hari ni mesti peminat2 fanatik penyanyi lain mengamuk lagu ni menang... ramai yang jangka Faizal Tahir @ Yuna... ramai yang mengeji suara Ana Rafali tu, sampai kene boo dalam stadium, siap baling kerusi lagi.. isk.. tak patutla..

saya tak kisah pun sapa yang menang.. semua lagu malam tadi layak nak jadi pemenang... kalau tak for sure tak terpilih masuk final kan?! cumenye dah rezeki Ana Rafali..



Tuesday, January 4, 2011

Sila duduk. Anda akan dilayan SEBENTAR lagi...

seperti biasa awal bulan semua tempat saya jelajah. segala bank, pejabat pos, supermarket eh... supermarket beli barang dapor.. bukan soping baju ye sila jangan salah faham..

nak menunggu hari gaji punyala lambat... tapi tang nak menghabiskan sehari je cukup! duit tu laluuuuu je dalam akaun.. isk..


harini saya buat rutin yang sama dan terlupa akan sesuatu....

dah selamat bank in cek (orang lain punya) bergerak ke ambank - bayo kete, ke RHB - bayo hutang2 lain dan seterusnya ke Giant - bayar bils.


ambil no giliran kat pejabat pos, ni no saya....

HARU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

agak2 dia punya sebentar tu lama mana ye??


pandang keliling, dok perati pesal ramai sangat orang .. selalu banyak pun takat beza 15 - 20 je. ini sampai 90 orang!

perati punya perati rupanya....

masa tu baru teringat, harini baru 4 Januari orang masih berpusu2 mengemaskini akaun ASB masing - masing.... masing - masing pegang buku kecil warna biru...

laaaaa patutlaaaaaaaaaa

tapi malangnya saya BUKAN antara mereka yang eksaited nak tengok baki akaun ASB sebab akaun saya dah tinggal sikit! sedih!

Saturday, January 1, 2011

semalam kecoh Maizawati meninggal... alih2 harini Faizal Yusuf pulak yang 'pergi'

semalam kecoh maizawati meninggal, walhal masih bernafas orang tu..

tak baik tau buat cerita..

tapi harini

seorang lagi artis benar - benar sudah 'pergi'

Pelakon Faizal Yusof (bekas suami penyanyi Siti Nordiana) meninggal dunia tengahari tadi akibat serangan jantung

membuktikan maut itu akan datang bila - bila masa....

moga roh allahyarham diletakkan dikalangan orang2 soleh..

alfatihah




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"