Thursday, April 29, 2010

fenomena DSLR

kalau dulu cuma cameraman - cameraman professional saja punya kamera gabak ni.....


pastu masa tu fenomena 'Official Photographer' time kawen pun takla semeriah zaman sekarang. ingat lagi zaman kakak dan abang kawen dulu... semua pakai camera sendiri pakai filem cume ada 36 keping... tak tolak gambo tak jadi!!

sampai masa saya kawen, bila kakak - kakak tau harga pakej fotografi yang saya ambil macam - macam reaksi ada

"baik ko bagi Ariff ni amik gambar pakai camera digital ni dari bazir - bazir duit kat orang.."

gulp?!sighsigh

ade pulak yang cakap

"time ko kawen dah macam ni punya harga... sok anak ko tah macamane rupenye!!"

tapi saya teruskan jugak dengan pakej tu.. dan hasilnya, saya tak menyesal dengan keputusan saya alhamdulillah memori indah hari itu dapat dirakamkan dengan baik!!

semuanya dengan bantuan kamera DSLR dan juga imaginasi 'OP' saya pada hari itu.

ketika tahun 2008, DSLR sudah menjadi kegilaan tapi saya masih tak pernah bermimpi untuk memiliki kerana harganya yang terlalu mahal!

bila sampai ke tahun 2010 ni... lagi dasyat fenomena ni!! memiliki DSLR adalah sesuatu yang biasa!! satu masa dulu orang dok gila nakan kamera compact yang nipis, sekarang giliran kamera besar gedabak pulak... g majlis - majlis dinner atau kenduri kawen pun tanpa segan silu orang bawak. walaupun bukan dia OP untuk majlis. bolehla pengantin rase jadi cam artis! ala2 ramai paparazzi gitew!! hakhak walaupun sebenarnya ada yang 'tak berapa pandai' atau 'tak berapa kreatif' dengan angle yang menarik, 'dia' tetap nakkkkkk jugak ada camera canggih ni.. dasyat kan?

ada yang beli dengan sebab.....

"........... aku nak carik duit lebih, ambil gambar kawen ke, majlis2 ape2lah"

atau

"...........aku mmg minaaaaaaaaaaat sangat dengan bidang ni dari aku kecik lagi"

ada jugak yang camni

"...........aku....aku....aku ikut orang, orang beli cam best je.. aku pun belila"


betapa besarnya pengaruh untuk memiliki DSLR sekarang. Boleh kata setiap orang begitu taksub ingin memiliki... ada yang sanggup ikat perut, semata - mata nak beli aku tak kondem sape2 yang ikat perut tau!!, ada pulak yang sanggup korbankan duit ptptn sebab nak ada kamera canggih macam kawan - kawan dia tapi dalam masa yang sama keperluan keluarga diabaikan... alahai.

sebenarnya macam2 lagi kisah yang timbul semata - mata untuk memiliki DSLR yang bukanmurah harganya....

dan sebenarnya..... saya pun tak terkecuali, nakkan kamera secanggih ini.. cume bila memikirkan keperluan lain yang lebih mendesak, nanti - nantilah..... esok2 kalau ada rezeki lebih, bolehla kot!!jelir cukuplah kamera yang ada sekarang....

Tuesday, April 27, 2010

kamu adalah penghibur hati mama

kamu adalah penghibur hati mama.... stress dek kerana beban kerja di pejabat juga hilang bila kamu mendekati mama. Setiap hari tanpa gagal pasti kamu menunggu kepulangan mama dengan setia.

Dari hari pertama mama membawa kamu pulang, setiap hari pasti ada sesuatu yang menghiburkan tentang kamu.. tatkala mama berduka atau bergembira, kamu tetap setia di sisi mama. Mama beruntung punya anak seperti kamu....

walaupun kadangkala kamu nakal, garu sofa mama, pecahkan pasu bunga perhiasan dalam rumah ini, mama tetap sayangkan kamu

diam tak diam hampir setahun kamu bersama kami....... mama harap kamu akan selamanya menjadi sebahagian dari keluarga ini....

mama sayang kamu..... ALY




**gelagat aly ketika saya sedang berkemas untuk ke Pulau Pinang tempohari... dah tau nak kene tinggalla tuuuuugatai**

Sunday, April 25, 2010

Keputusan Penuh Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor - P94

Barisan Nasional (BN) Menang dengan Majoriti 1,725 undi

Keputusan rasmi daripada Suruhanjaya PilihanRaya

BN - 24,997
PKR - 23,272

Majority -1,725


........Pakatan Rakyat suffers it first loss in a state under its control. Out of the 10 by-elections since 2008 general elections, the score is Pakatan, 7, and BN, 3.

BN won in the state seats of Batang Air (Sarawak), Bagan Pinang (Negeri Sembilan) and Hulu Selangor (Selangor).

With its victory in Hulu Selangor, MIC has increased its representation in Parliament by three - P Kamalanathan is to join Dr S Subramaniam (Segamat), M Saravanan (Tapah) and SK Devamany (Cameron Highlands).

BN has won back some of voters who had refused to vote for the previous MIC candidate, G Palanivel. In the 2008 general elections, BN has bagged a collective majority of almost 6,000 votes in the three state seats under Hulu Selangor but yet lost the parliamentary seat by 198 votes.

...................... sumber daripada Malaysiakini.com

dunia dibawah sana sangat menakjubkan!

macam dalam entry saya yang lepas, i did mention pasal snorkeling kan?
3rd day kat penang kitorg decide utk snorkeling di Pulau Payar. hari sebelum tu dah beli pakej tu siap-siap rm180/person untuk feri pergi balik + lunch + kelengkapan. program 830 - 530

"Langkawi Coral is the Malaysia’s 1st & Only Reef Platform in Pulau Payar Marine Park. The reef platform has been designed to have as minimal impact on the local corals and fishes population as possible so as to preserve the natural beauty of the marine park. Floating like a tiny island in the sea, it comes equipped to facilitate all the activities conducted with comfort from snorkeling, scuba diving, coral viewing to sunbathing and fish watching. Whatever you do, there is something for everyone at Langkawi Coral."

...........source from Langkawi Coral.com


so pada hari tu, pukul 815 kitorang dah pun ready kat Jeti Fort Swettenhem tu.. siap2 pakai tag kat tangan sebab feri tu sekali ngan orang nak pergi Langkawi. Perasaan mase tu excited sangat! sebab dah lama tak buat outdoor activity.. ni second attempt saya untuk snorkeling, before ni di Pulau lang tengah & pulau Redang- 3 tahun dulu punya cerita....

so enjoy d picture!!

me & faiz inside ferry... muka excited jek

tag 'Langkawi Coral' yang perlu kitorang pakai sepanjang berada disana

canteeeeeeeeeeek

nila platform tu... +- 50m dari pantai. maximum depth kat kat area platform around 12 meter


deck utk bersedia before masuk dalam air... banyaaaaaaaaaaaaaaaaaak sangat ikan datang bila kitorang bagi makan. ala-ala fish spa gitew!!



see?! banyak kan ikan kat deck tu






yang ni dekat dengan pantai. side yang lain


baby shark! ade manyak..... berebut2 datang nak makan

yang ni dorang bawak naik bot yang dasar dia kaca, so dapatla amik gamba coral ni sume....


comment?!

superb location! yummylicious meal! we are having a great time there! sangat - sangat berbaloi! its a breathtaking view! betul2 rasa tenang bila kat cni.... dapat tgk ikan kerapu yang besar!!!

cuma...........

rugi sangat sebab tak boleh nak snap picture underwater, sebab camera bukan waterproof..... kalaulah terfikir nak beli waterproof case utk camera.... mesti boleh dapat semua superb view underwater!!

kalaulah.......

bercuti!!

last week saya berada dalam holiday mode , minta cuti dari bos 3 hari tapi saya bantai cuti seminggu!! hahahahaencem

bercuti kemana??

takla jauh mana... ke Pulau Mutiara saja.. dah lama tak bercuti sendirian, sambil jenguk kawan - kawan disana. Sepatutnya berdua dari kl tapi sebab sorang kawan 'termengandung' maka dengan itu pegi sorang jelah. Suami mmg awal2 lagi tak boleh temankan sebab tuntutan kerja

dalam 4 hari ni semua jenis pengangkutan saya pakai, darat, air, udara, - kereta, tren, bas, flight, feri seronok!!!

Day 1 - 16 April 2010
flight yang patut pukul 430 ptg ditukar pada 930mlm...bengang sbenanye ngan air asia! dalam pukul 5 hubby hantar ke Stesen komuter Rawang, setelah sekian lama tak naik tren!! ramai orang sebab jumaat kan... ramai budak2 balik dari asrama.. Sampai KL Sentral tukar pengangkutan seterusnya, Skybus ke LCCT dan seperti biasa, bila jumaat petang kesesakan trafik akan lebih dari biasa!! tapi disebabkan saya tak kejar masa, tak kisahla jam teruk ke ape.. sebabada 1 family yang naik sekali dah risau sangat2 terlepas penerbangan! maybe diorang nak ke luar negara, jadi perlu mendaftar masuk lebih awal. lainlah saya, cume penerbangan domestik yang tak jauh manasengihnampakgigi tapi teruk2 jam pun pukul 730 saya dah pun sampai di LCCT.


sampai diPenang, pukul 1100malam, kawan dah sedia menunggu g makan dulu!!!!!!! char kueyteow yang best!! tapi takde gambar sebab lapar sangat! hahahgatai


Day 2 - 17 April 2010
Bangun pagi cam blur.... sebab penat. ape nak buat harini?? jom jalan2 seluruh pulau!! sesat barat bagai! ahahaha sebab?? member tu dok kulim jadi kami berdua try n error saje semua jalan2 yang patut kami pegi... kecuali kawasan Balik Pulau.


gambar tak banyak sebab lupa cas bateri camera!!nangih


Day 3 - 18 April 2010

Pagi2 dah keluar, kul 815am dah terpacak kat jeti Fort Swetthenhem utk naik feri nak pergi snorkeling!! ehehehe pasal snorkelling ni nanti saya buat entry khas! balik snorkeling dah pukul
530ptg.

penat sangat! tapi lepas tu still larat lagi nak g melawat Balik Pulau, kunun2 nak makan Laksa Janggus yang fofuler itew, tapi..........

dah habis!! sighlapar takde rezeki akula tuuuuuu

tak dapat makan laksa janggus, g carik durian balik pulau..

yeay!!

pas makan durian g makan nasi briyani kapitan.... gila banyak!!

bila dah kenyang.....

ngantukngantukngantukngantukngantukngantukngantukngantukngantukngantukngantuk

tapi sebab jarang2 nak dapat peluang mai cni, member tu bawak pulak g Batu ferringgi.. perghhh! sib baik mase tu mengantuk dan penat.... jadi nafsu nak membeli - belah tu takde... kalau tak mau habis semua benda yang ada kat situ nak beli serba satu!! hakhak


day 4 - 19 April 2010

hmmm last day dah... nak balik dah kul 830 dah keluar rumah sebab nak g bekfes sebelum hantar saya ke airport. tapiiiiiiiii................

malang tak berbau.....

kete kawan tu meragam pulak...... gear lekat.. aiseh camne nak g airport????? jauh tuuuuu dari kulim nak ke bayan lepas! doa

nasib baik ada kawan member tu sanggup keluar waktu keje sebab nak tolong hantar ke airport.
phiewww!!!


sampai airport 5 minit before check in counter closed... phiewwwww!!

alhamdulillah flight on time, jalan tak jam, tren clear.... sampai rumah kul 3



sekarang......
sedang merancang percutian seterusnya!!
kemana pulak lepas ni ye??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"