Thursday, March 25, 2010

jom carik perkataan!

sumber: pakcik google

ini adalah kegemaran baruku,
buku wordsearch puzzle ni sentiasa ada dalam beg kemana - mana sahaja aku pergi.
pantang ada lohong masa, bukak buku mula cari perkataan.
habis 1 puzzle pindah ke puzzle lain.
bosan start dengan huruf A, mula pulak cari dari huruf akhir
bosan start dari mula start dari tengah
tak pun asal jumpa perkataan! hahahhagatai
macam-macam gaya carik perkataan..
siap hubby tegur
"buat word puzzle muke kerut2 macam masalah negara!!"
hihi...
klu tak dapat jumpa perkataan mula mengomel tak benti2
setakat ni minggu ke 3 adela 65 puzzle baru siap.

actually buku ni untuk kanak-kanak utk strengthen vocab kan. tapi haritu dok jalan - jalan kat giant jumpa pulak buku ni. rm7 sebuah... disebabkan dah lama tak buat puzzle2 semua ni belila 2 buku. 1- wordsearch puzzle, 1 - crossword puzzle
crossword belum start lagi tapi tak sabar nak mula!
ingatkan weekend ni nak habiskan semua wordsearch puzzle tu.

ada lagi +- 35puzzle lagi tinggal.

chaiyoook!!

Tuesday, March 23, 2010

award pertama!

dapat award ni dari lady

thanx dear

dah lame peram ni!

jangan amik ati ye

Monday, March 22, 2010

camne nak bagi baik ni??

rentetan dari entry lepas......


camne nak bagi baik kalau timbul ruam - ruam ni kat seluruh badan?




adeh seksa...

skang ni kurang dah sikit

mak suruk tepek bedak sejuk bancuh ngan air garam

ada petua lain??

Wednesday, March 17, 2010

gatal - gatal ke gatal?

malam tadi
sakit perut sampai golek - golek...
makan pain killer
alhamdulillah berkurangan

bolehla tidur
tapi badan dah rasa semacam

pagi ni
perasan sesuatu...
tangan tumbuh bintik - bintik merah
dan disertai rasa gatal!

ingatkan lepas mandi ok
rupenye KO!

garu - garu - garu
sampai tangan mula bengkak
bukan kat tangan je
kat perut pun sama!!
adeh!
gelang sume kene bukak sebab tangan dah membengkak...
sangaaaaaaat gatal!

hubby cakap takyah g keje
call aisyah nak bagitau
rupenye die pun tak sihat
so gagahkan diri jugak g opis
tergaru - garu jela...

masih terfikir- fikir apa puncanya?
salah makan?
semalam makan biasa
allergic ubat?
selalu makan ponstan ok jek

ahh! misteri sungguh!!

Friday, March 12, 2010

alfatihah

akhirnya janji wak haji rahmat untuk pulang telah sampai
setelah berbulan - bulan wak terlantar
wak dijemput pulang menghadapNYA jam 7.00 petang kelmarin (10/3/2010)

kebetulan hari itu aku perlu kerja lebih masa,
serentak ketika azan maghrib mak telefon dari kg memaklumkan pemergian arwah.. innalillahiwainnalillahirajiun

usai semua urusan di pejabat, aku terus pulang ke rumah dan seterusnya pulang ke kampung. perjalanan yang rasa sangat jauh!!


Wednesday, March 10, 2010

ku pinta secebis ruang dalam doa kalian~

tengahari kelmarin (12:30pm) tetibe kakakku anta IM thru Yahoo Mssengger

kakak: "jum pi spital ampuan rahimah"
aku : " ade ape?"
kakak: "wak aji rahmat nazak"
aku : " erk?!"
kakak: " kak baru dapat berita"
aku : " sekarang?"
kakak: "wa bgitau"
kakak: "kak tgh tunggu dia ni
aku : "eh nak ikot!"
kakak: "nk car pool"
kakak: " jumla.."
kakak: " jumpa kat sana nnti"
kakak: "ape2 call @sms"
aku : " wa dah kuar ke?"
kakak: " kak nk off line ni"
kakak: " aah"
kakak: "dah"
kakak: " nk pi tunggu kt dpn hotel itm"
aku : " ok"
aku : " bye"

(wak aji rahmat - pakcik aku(abang bapa), wa - adik sepupu)

pelan asal nak keluar lunch dengan aisyah, tapi serta merta cancel dan aku terus ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Aku sampai disana kakak masih belum sampai.. cube telefon tak jawab pulak.. isk! mane aku nak carik wad dia?? dahla hospital tu sikit punya besar!!!

cuba nasib telefon abg kut - kut dia tahu mane wad wak ni.

.......alhamdulillah berhasil, wad 3B

masuk je wad tu, aku tgk wah!!!! ramainya orang! macam tempat pelarian perang!

bila sampai kat katil wak haji rahmat, aku terkesima.... wak sangat kurus!!!! leher wak sudah ditebuk untuk mengeluarkan cecair dan kahak.. wak koma. mmg kesian sangat tengok.. cengkung sangat..

satu waktu dulu.... wak adalah salah seorg adik beradik bapa yang paling sihat. boleh kemana - mana sendiri tanpa bantuan walaupun umurnya sudah melebihi 80 tahun. masih boleh ke sekolah menghantar dan menjemput seorg anaknya yang menghidapi down syndrome.

tapi sekelip mata segalanya berubah bila Allah mahu menarik kembali apa yang di pinjamkan kepada makhluknya..

malang tidak berbau apabila wak terlibat dalam kejadian langgar lari dikampung pada bulan Ogos tahun lalu! selepas pembedahan pertama wak koma beberapa hari, bila sedar wak disahkan menghidap amnesia! wajah anak - anak hanya dipandang kosong! tiada pandangan kasih seperti selalu....

setelah berbulan berlalu, wak keluar masuk hospital.. tapi keadaannya masih sama... makin lemah almaklum sajalah umur yang semakin lanjut membuatkan kadar penyembuhan semakin perlahan. sehinggalah isnin lalu wak sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana darah dan cecair menyembur dari lubang yang ditebuk di leher..

pilu benar bila melihat wajah lemah yang hanya mampu menarik nafas tersekat - sekat. ku pandang sekeliling katil bertambah pilu rasa hati... keadaan yang kurasakan amat uzur.. peralatan yang uzur! kalau selalu pesakit yang sudah diketegorikan sebagai tenat pasti akan diasingkan dan dipasang mesin. tapi disana dek kerana kekangan ruang dan pesakit yang ramai, semua berada di tempat yang sama.

setengah jam disana, ku sempat habis menyedekahkan surah yasin untuk wak, moga kesakitannya dapat diringankan. moga dipermudahkan urusan dan perjalanannya.

moga wak cepat stabil dan keaadaan bertambah baik...

*******************************
......di tempat letak kereta pelawat

sesiapa pernah datang ke HTAR pasti akan merungut dek kerana kawasan parkir pelawat yang sangat teruk! sesak!!
sebagaimana sesaknya pesakit di dalam wad, begitulah juga di kawasan parkir.. malah lebih teruk lagi! kawasan parkir yang terhad membuatkan pelawat memaksimakan kawasan. ada yang senang membuat barisan baru di tengah - tengah jalan di dalam kawasan parkir.

alahai....

agak - agak bila masalah itu akan berakhir ye??

moga - moga kesesakan itu akan berkurang sebaik sahaja hospital shah alam dibuka kelak

Tuesday, March 9, 2010

rupanya kerana lembu

pagi semalam

sebaik saja ku mulakan perjalanan ke pejabat, laporan trafik radio sinar melaporkan ada kemalangan di lebuhraya kawasan rawang arah utara yang menyebabkan kesesakan lalulintas, dalam hati berdetik mungkin kemalangan kecil biasa yang berlaku pada waktu pagi...

perjalanan seperti biasala.. tersengguk- sengguk di sesetengah tempat tapi masih dalam sela waktu yang biasa.. teringat pasal berita pasal kemalangan tadi, tapi tiada yang luar biasa di pekan rawang. mungkin kemalangan tadi telah dialihkan dan trafik sudah bergerak lancar

tapi... ternyata tekaanku meleset

sebaik saja melepasi plaza tol rawang dari jauh ku lihat barisan panjang yang ingin menyusur masuk ke lebuhraya! aiseh.. bukanke accident tadi menuju ke utara? kenapa yang menuju ke kl pulak yang jam lebih - lebih?

kereta bergerak tersengguk - sengguk sampaila lebih kurang 2 km dari susur keluar tadi... rupanya kemalangan awal pagi tadi masih belum dialihkan!

dan seperti biasa... pemandu - pemandu di malaysia ni kan dah terlebih prihatin semua nak perlahankan kenderaan semata - mata nak tengok. bukan nak tolong!! alahai...

pihak berkuasa semua telah sampai tapi aku pelik kenapa ambil masa lama nak alihkan BMW hitam yang terbalik di lorong laju tu ke tepi? sedangkan kereta tunda juga ada disitu.. sedangkan kemalangan tu sudah dikeudarakan lebih setengah jam yang lalu??

sambil tersengguk - sengguk menekan pedal minyak dan clutch sempatla snap gambar sengihnampakgigi

seperti biasa kalau ada kemalangan mesti kita akan teka apa penyebabnya kan?
"ala...mesti bawak laju tuuuuuu..."
itu penyebab biasa yang kita lontarkan.. aku juga begitu...

sumber: kamera hanfon 'cap ayam' sayaihikhik

malam tadi..

ketika buletin utama disiarkan, kemalangan pagi tadi turut mendapat paparan...

dan sebab sebenar kemalangan diketahui...

sumber:harian metro


ooooo lembu punye pasal rupenye.....gatai

Friday, March 5, 2010

Terapi Pernafasan

lately sangat panas.. bila panas sakit kepala pun datang kan?
boleh cuba kot terapi ni...

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS)

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

- Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

- Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang-alik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

- Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .

credit to: ratuhati.com

Thursday, March 4, 2010

Husband of the year awards goes to!!

Imagine that.....
husband of the year awards!!

honorable mention for

The United Kingdomhah




...followed closely by
The United States of America




and then ...
Polandgatai




but 3rd Place must go to...
... Greece



it was very very close but the runner up prize was a warded to...
Serbia




but the winner of the husband of the year
...is

Ireland!!!
Ya gotta love the Irish.

The Irish are true romantics, look!! he's even
holding her hand.


Woman has Man in it;
Mrs.. has Mr . in it;
Female has Male in it;
She has He in it;
Madam has Adam in it;

Ever notice how all of women's problems start with MEN ?
MEN strual cramps
MEN tal breakdown
MEN opause

AND ..

When we have REAL trouble, it's a
HIS terectomy !!!!


ihikhikihikhikihikhikihikhikihikhikihikhikihikhik

Wednesday, March 3, 2010

Saya sedut airnya sampai kering

Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur - pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya, “Kenapa kamu berbaris di sini?” Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan menderma buah orange dan sebab itulah beliau berbaris.

Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.

Dia berbaris di belakang. Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat.

Dia tercengang lalu tertanya, “Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?” hah

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu) menjawab, “Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering.”

gelakgulinggelakgulinggelakgulinggelakgulinggelakgulinggelakgulinggelakguling

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"