Friday, January 29, 2010

[Khas]blogger, we care edisi adik ammar

entry dipinjam sepenuhnya dari blog hydir.com

Salam sejahtera semua.

Sekali lagi atas rasa tanggungjawab sesama insan, saya rasa terpanggil sekali lagi untuk meneruskan kempen Blogger We Care. Kali ini kita mempunyai kesempatan untuk membantu adik Ammar yang menghidapi penyakit jantung (PDA) sedangkan adik ini baru berusia 2 tahun!

Boleh hayati kisah ini lebih lanjut di blog Puan Asmaniza: Ammar Oh Ammar.

Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menjana RM1 kepada adik Ammar. (klik pada banner untuk keterangan selanjutnya di blog beliau)


**sedikit masa lalu kita telah sama2 membantu saudara megat melalui kempen yang sama. moga dengan pertolongan kecil ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan keluarga adik ammar

Wednesday, January 27, 2010

ku sayang kamu!

ku pernah bercerita yang buat pertama kali aku bertemu rakan dari dunia maya ni pada 1 januari lalu kan? tak lain tak bukan blogger fofuler kujie! sengihnampakgigi

dah lama patutnya publish entry ni...

pertemuan yang langsung tak mengharapkan apa-apa, sekadar mengisi masa ketika cuti tahun baru... mana tahu rupe2nya ada surprise pulak!!

sampai-sampai je kat sauda cafe tu terus kak jie menghulurkan satu bungkusan.

"ni hadiah awak dah bape bulan peram"

isk.. wat susah2 je kak jie ni.. terharu beb!malumalu ni kali ke dua aku dapat token dari kawan kawan blogger ni, best wei! dunia blog ni dah jadi satu dunia istimewa untukku...



nila hadiah dari kak jie..suweeet je kaler wrapper tu


aly tolong bukak hadiah! isk die punla excited sama nak tau ape isi die

tadaaaaa!!

tambah lagi koleksi cadarku.. thanx alot kak jie!


Tuesday, January 26, 2010

main masak - masak hari minggu

hujung minggu lepas seluruh negara dikejutkan dengan kemangkatan baginda sultan johor::Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail::

malam tu tido awal jadi cume tau berita tu bila on tv pagi sabtu.. sebab ada org baca fatihah.. dalam hati dok tertanya-tanya sapa meninggal dan yang pasti mesti orang kenamaan bila tukar siaran ke tv9 nampak pulak penyampai dok pakai baju hitam dan songkok ada lilit putih... konfem!

petang tu sempatla tgk istiadat pemakaman almarhum, dah separuh jalan pun sebab sebelum tu dok nyenyak tido! heheh



screen shot istiadat pemakaman baginda.. moga roh baginda ditempatkan bersama orang2 soleh.. alfatihah~

selepas tu pulak gempar pasal penulis blog yang mencerca institusi diraja ni... alahai pendeknya akal.... kenapa perlu dicerca orang yang sudah pergi.. walau siapapun dia hatta pengemis sekalipun kita langsung tak layak untuk menilai... itu semua hak yang maha esa~ terasa sedih dengan singkatnya pemikiran sesetengah orang dek kerana sentimen politik yang melampau.. alahai~ <--isk out of topik plak.. sengihnampakgigi ade kaitan ngan masak ke?? isk...

back to the topic ye~
sebenanya sabtu lepas datang angin rajin masak pulak. tgk dalam fridge banyak barang2 yang perlu dihabiskan dengan kadar segera sebab dah menghampiri tarikh lupus....
sebab tanak membazir saje nakcube buat low carb pizza...

ye.. anda tak salah baca... low carb pizza<--crust pizza ni dibuat dari bunga kobisencem
ni 1st time sebenanya buat pizza ni.. selalu dok pakai tortilla..

crust dari bunga kobis parut+ telur+mozarella cheese

pastu letak topping sesedap rasa ape nak letak... apa yang ada dalam fridgejelir

dah siap!lapar jemput makan!!

aiseh... aku kan puasa arini?? pesal nak publish gambo makanan nih?? nangih yang pasti hubby makan sampai tak cukup2... klu ade xtra cheese lagi sedapsenyumkenyit

pastu last week masa bloghopping terbaca entry YB pasal bubur sum sum.. teringat pulak time wedding aku aritu aku tak sempat nak makan bubur ni... bila nak makan dah selesai semua! nangihbila en YB dok tulih n3 pasal bubur ni terus rasa teringiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin sangat nak makan. disebabkan bubur ni biasanya dibuat oleh orang JAWA maka agak mustahil aku nak carik kat pasar malam!!<--walaupun ada sebenanye aku penah jumpa... tapi nuuuuuuuuuuuuuun kat Klang, dekat ngan umah kak aku.. takkan aku nak g sana semata2 nak beli sebekas bubur yang berharga 2 ringgit?? belum sampai masa 'itu' ye malu

jadi lepas aku masak pizza tu aku pun buatla bubur ni.. tak banyak pon.. 2 cawan tepung beras jek jadila nak rasa2.. bubur ni pun aku 1st time buat.. tapi jadik!! hehehsenyumkenyit<--bolela dikategorikan jadik... untuk org2 yang 'pandai' sangat masak cam aku!!
masuk dalam fridge... makan bila dah sejuk! chill!! gatai<--tapi gambar tak sempat snap... lupa.. ingat bila dah tinggal bekas!ihikhik

isk2.. dah2la tu citer pasal makan.. lambat lagi nak bukak posa...gatai

Thursday, January 21, 2010

kerana kamu aku jadi begini~

kerana kamu aku jadi begini hari ini

kerana kamu aku tidak dapat berjalan dengan betul hari ini

kerana kamu aku tidak dapat tidur lena semalam....sigh

semua gara - gara kamu!!!

...

...

...

...

...

...



gara-gara kamu wahai tandas....

tapi kenapa kamu perlu dipersalahkan?? kerna apa??

semalam ku ke rumah abangku di Saujana Utama, Sungai Buloh. Rasa rindu yang menggigit-gigit tangkai hati pada mak membuatku tekad terus ke rumah abg selepas kerja semalam. Tanpa pamitan pada sang suami. Pada perkiraanku tak mengapa.. sepicing cuma menjenguk bonda melepas rindu....

Ketika dalam perjalanan sudah terasa ingin melunaskan 'panggilan alam' tapi tidak ku pedulikan.. kaki terus menekan pedal minyak, clutch dan brek terus ke destinasi.. pingin cepat ketemu bonda... alah lagipun Kota Damansara ke Saujana Utama taklah jauh mana

Sampai di sana, usai mengucup tangan bonda, kekanda, dan anak-anak yang ada. agenda 'panggilan alam' ingin ku lunaskan... tapi nasib memang tidak menyebelahiku, kaki kiriku memijak tempat yang salah dan terus .....buuum!!! macam nangka busuk daaaaaaaanangih

......dan kerana aku jatuh dari tempat yang lebih tinggi kakiku terlipat menyebabkan terseliuh(kan biasa kalau tandas cangkung mangkuk tandas tu tinggi sikit dari lantai), adeh... sakitttt!


lesson for today:
nak pegi mana-mana bagitau suami dulu... jangan aci redahhhh je! hehe
ade kaitan ke??
takde kannnn?

Wednesday, January 20, 2010

temperature sudah naik!!

macamane nak buat kalau rase sangat marah??

kesabaran sudah melepasi border line...

ku tak punya kekuatan lagi...

tapi andai kata kuhamburkan kemarahan ku ini..

pasti kemusnahan besar akan terjadi..

adakah cara lain untuk kuredakan kemarahan??

tolonglah akuputuscinte

Tuesday, January 19, 2010

phieww!

hehe... dah lame tak bertukang kat dalam blogsengihnampakgigi
jadi sempena nak sambut ulangtahun pertama blog ni minggu depan.. semalam aku menjelajah bersama pakcik google untuk mencari theme yang seswaaaaaii!penat
tema yang baru ni cume nak yang ringkas dan bersih.. mudah nak baca dan yang paling penting senang nak load page.beberapa kali mencuba template yang berlainan tapi ada saja yang tak memenuhi kehendak hatisedih

ni template yang lama.. dah puas dengan template ni, jadi nak bertukar angin pulakencem

akhirnya aku pilih tema yang ni. spiral bamboo tu sangat menarik perhatianku!senyumkenyit tema hijau putih ni mendamaikan hati... tapi sebab jarang-jarang sekali bermain dengan kod - kod html yang berselirat tu jadi peninglagile maklum sajela aku bukanla pakar IT yang selalu bermain dengan kod2 tu semua...

apa pula pendapat korang semua? ke susah jugak nak load page dengan template baru ni?

Monday, January 18, 2010

hodohnye!!!

adeh... huduhla pulak jadinye blog aku ni...gigilputuscintenangih

.............upgrading works in progress.............

mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur
disisi kita bukan dengan orang lain ..

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi,krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Thursday, January 14, 2010

apa yang paling DEKAT, JAUH, BESAR, BERAT, RINGAN, TAJAM???

Suatu hari, Imam Al-Ghozali berkumpul dengan murid2nya. Lalu beliau bertanya

"apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?"
murid2nya menjawab, "orang tua, guru, kawan dan sahabatnya"
Imam AlGhozali menjelaskan "Benar, tetapi yang paling DEKAT itu dengan kita adalah 'MATI' kerana itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati"

Lalu Imam Al Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua,"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
murid2nya menjawab "negara china, bulan, matahari, bintang2.."
Imam AlGhozali menjelaskan "Benar, tetapi yang paling benar adalah 'MASA LALU' walau dengan apa sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. oleh itu kita harus menjaga hari ini dan hari 2 akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama."

Pertanyaan Imam Al Ghozali diteruskan dengan soalan ketiga,"apa yang paling BESAR didunia ini?"
Murid2nya menjawab,"gunung, bumi dan matahari."
"semua jawapan itu benar" kata Imam Al Ghozali "tetapi yang paling besar adalah dari yang ada didunia ini adalah 'NAFSU'. maka kita harus berhati2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mambwa kita ke neraka"

pertanyaan yang keempat adalah,"apa yang paling berat didunia ini?"
Ada yang menjawab besi dan gajah.
"semua adalah benar tetapi yang paling berat adalah 'MEMEGANG AMANAH'. Tumbuh2an, binatang,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika ALLAH SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) didunia ini. tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka kerana tidak memegang amanahnya" Imam AlGhozali menerangkan.

Pertanyaan seterusnya yakni yang kelima, "Apa yang paling RINGAN didunia ini?"
ada yang menjawab kapas, angin, debu2, dan daun.
"benar, tapi yang paling ringan adalah 'MENINGGALKAN SOLAT', gara2 pekerjaan kita meninggalkan solat, gara2 mesyuarat kita meninggalkan solat..." kata Imam Al Ghozali

dan pertanyaan beliau yang terakhir,"apakah yang paling TAJAM didunia ini?"
murid2nya menjawab serentak, "Pedang"
"Benar" kata Imam Al Ghozali seraya menyambung "tapi yang paling tajam adalah 'LIDAH MANUSIA' kerana melalui lidah, manusia selalu menyakiti hati dan melukakan perasaan saudaranya sendiri"

**artikel ni ku dah lupa mana asalnya sebab potongan artikel ni tertampal dalam diari lamaku... moga jadi renungan buat kita semua**

Tuesday, January 12, 2010

blogger, we care

Ini adalah post khas Kempen Bolgger We Care bagi membantu meringankan kesengsaraan saudara megat dan keluarganya. Anda boleh ikuti kisah penderitaan saudara Megat melalui entri – tangisan aku isteri dan anak2

Inisiatif yang diambil oleh hydir.com dengan meminta semua blogger di Malaysia meletakkan ribbon diatas di blog masing-masing sebagai tanda keprihatinan. Lawati laman web beliau untuk mengetahui maklumat lengkap. Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menyumbang RM1 kepada en. megat melalui penajaan kbsoccer

No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No Akaun Maybank – 1010 7541 8124
Nama Penuh – Faisal Amirul Othman

Jangan membiarkan setiap peluang membuat kebaikan berlalu dihadapan kita tanpa dimanfaatkan dan sesungguhnya dengan menghulurkan sumbangan akan menjadikan kita berada lebih hampir dengan matlamat menjadi umat terbaik yang sentiasa melakukan kebaikan.

Semoga sumbangan ikhlas yang kita hulurkan itu akan mendapat keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata’ala

**entry di pinjam sepenuhnya dari kujie.com, moga pertolongan yang kecil ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh saudara megat. meskipun saya tidak begitu mengenali beliau. moga beliau dan keluarga akan terus mendapat lindungan Allah dan diringankan bebanan yang ditanggung**

Friday, January 8, 2010

bahagia dengan mereka~

entry ni patut dipublish last year lagi... tapi sebab malas kot.. jadi tak ter buat jugak entry ni

Kakakku dapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana @ nama glamournya 'Master' di Uitm, Shah Alam dengan pembiayaan penuh dari pihak MITRANS. Pengajian sepenuh masa selama 11/2 tahun. ini bermakna dia perlu melepaskan jawatan yang disandang sekarang yang sudah boleh dikategorikan sebagai stabil. Tapi kerana memikirkan masa hadapan dan penaja sudah ada.... pejam mata dan teruskan sahaja.

Mak adalah orang yang paling gembira bila mendapat tahu seorang lagi anaknya bakal mendapat ijazah sarjana

sepatutnya kakak perlu mendaftar pada 27/12/2009 <--tapi sebab miscommunication.. daftarla lambat. mane taknye, dia dok tunggu email dari IPSis untuk surat tawaran... rupe2nye kene check kat website IPSis.. isk

dan macam biasala kalau nak mendaftar ke IPT mesti macam - macam keperluan perlu dipenuhi. yang paling leceh buat medical checkup.

kebetulan minggu terakhir 2009 tu emak kepada pengasuh dini & sufi meninggal dunia, jadi kakak terpaksa membawa mereka untuk hari pendaftaran. jadi kerana adik yang baik ni tak sampai hati fikirkan kakak kene bawak 2 org budak utk pendaftaran... mesti kelam kabut!!! adik yang baik ni pon tawarkan diri untuk jadi babysitter 2 org budak tu.. <<--betapa baiknya maksu ni kan..kan..kan?? hikhik

30/12/2009

dah ambil cuti siap2.. kalau tak confirm org akan cari walau dimana kuberada!! muahaha!! kul 9.00 pagi dayang yan baikk hati ni dah medan selera seksyen 2 shah alam tu tau! tapi yang ditunggu dekat pukul 10 baru sampai... adehla... perkara pertama yang perlu diselesaikan 'Medical Checkup', mujur boleh buat kat klinik Baharudin yang mmg berada berdekatan. kat sanala tugasku bermula... melayan 2 org budak - budak ni. mujurla ada toyhouse kecil & slide kat klinik tu... takla dini & sufi kebosanan tapinye suara diorang jela dalam klinik tu... budak lain tade pon berminat ngan mainan tuuuu! agaknye dorang takut nak main.. apelagi mmg kene konkerla dek sufi & dini.



mmg lamela buat medical checkup. dekat 2 jam kat klinik tu saje... sampai budak 2 org ni dah bosan main. lagi worse bila area shoplot n medan selera kat situ blackout!!! blur sib baik mase tu dah selesai semua check. tinggal handover document... phieewww!

lepas selesai checkup terus ke IPSis di Intekma Resort<--kat belakang2 tula... sebab tak penah masuk sampai situ tatau pulak ada lagi bangunan2 kat belakang tugatai

buat bayaran kat kaunter kewangan. tapi aku dan anak2 tinggal dalam kereta je, mujur redup kawasan situ. so dalam kereta tu tgkla gelagat dorg...


maksu!! rock!! <--isk ni mak diala ajar ni...dini2




comel kan sufi berusaha nak buat peace! -->peace bersungguh2 rupa dia nak lipat jari2gataisekarang kalu nak snap gambar confirm dia akan buat peace

ehehe.. maksu pon nak enterprem samejelir

alahai cepatnya masa berlalu.. semua urusan selesai sekitar jam 430 petang termasuk buat student card kat menara uitm tu.. sampai tertido2 budak2 dalam kereta. bila dah nak balik seperti biasa, bila suruh dini salam

dini :"umi, makusu nak g mane?"
aku:" maksu nak balik nak"
dini:"dini cakap ngan umila..."

alahai anak...

kakak :"maksu nak balik dah"
dini :"dini nak ikut"
aku :"lain kali suruh ayah ngan umi datang umah maksu ye..."

seperti biasa... mula menangisla dia.. merajuk, salam pon taknak.. alahai anak.. maksu pon jadi sedih tau.gigil tapi nak buat cemana kan?? ku peluk, cium pastu tutup pintu kete.. mmg meraung2la si dini nak ikutsigh

esoknya kakak cakap sampai ke rumah die dok merajuk lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"