Saturday, October 31, 2009

sad mode~

berada didalam ketidakstabilan hormon estrogen mungkin??
begitu murah airmata turun....

cara apa lagi agaknya harus kugunakan?
untuk mendapat secebis perhatiannya?

Wednesday, October 28, 2009

jam 11:08malam

disaat ini tgh bertungkus lumus menyiapkan keje untuk esok....
kalau selalu 2-3 pagi stayback takla terase sangat sebab kat umah....
tapi ni masih kat opis!!!
aduhai kul bape pulak aku nak balik ni...
mata dah macam kene gam..
kang nak kene drive lagi..

perjalanan sejauh 40 km
kota damansara ~ sungai buaya
aduh!! larat ke?
maafla entry takle nak tepek gambo berguling2 kat opis buat keje sebab masing2 sume dah tanggal tudung...


01:00 am: sudah selamat sampai di rumah~ tambahan nota melalui laptop en suami... die?? awal lagi dah surrender...... hanyut di buai mimpi... aly ni macam tak bagi aku tido pulak. tgh2 malamla nak ajak bergusti ngan die. isk...

Tuesday, October 27, 2009

road tax oh road tax


sumber: myeg.com

tentative: 26/10/09 ~ roadtax kete perlu di renew

minggu lepas ~ (mase kat open house umah kakak)

"kak next week 26/10 roadtax kete tu nak kene renew... abg leh tolong buat dak?"

abg ipar aku kate buatla sendiri online. Die terus bagi geran. esoknye aku pon godek2 myeg tu punye website isi2 form die utk renew insurance n road tax sekali. tapi cam tak paham banyak bende. maklumla selama ni abg ipar aku buatkan sume. aku?? tukang lekat roadtax kat cermin kete je.. hahaha!

aku sms kat abg ipar suruh renew insurance, road tax aku g buat sendiri kat pejabat pos. bile dah sms baru tergerak hati nak cek email, rupenye ada email dari myeg pasal amount aku kene byr if nak renew. tapi pakai RHB insurance, previous yr aku pakai Takaful Ikhlas... sebab dapat emel tu aku call abg ipar aku balik . nak kensella ngan die...

bincang.....bincang.........bincang.........

"ko renewla Takaful Ikhlas, jangan tuko insurance lain... coz nanti next year kami nak tarik NCD senang"

"adehla.. manela tau....abg renewkanla... nanti org g wat kat pejabat pos"

ces! kansella hasrat kunun2 nak gune khidmat online myeg wat pertama kali.... sbenanye bukan ape maleh nak tggu giliran kat pejabat pos tuuuuuuuuuuuuuuuu! hahaha! dasar pemalas! Abg ipar nak renew Takaful Ikhlas jugak sebab nak pindahkan NCD kete aku ke kete baru die taun depan. so pakai insuran same senang sikit... takla remeh kerjanya nanti. so sebab tu aku suruh jugak die renewkan untuk aku. tolong2 jugak... bayar tetap bayar!!! ko ingat adik ipar dapat freeee?? ngee~

semalam~

punyela banyak keje semalam sampai aku langsung lupe roadtax aku dah kene renew! adoyai! seba baik tak kene tahan pak polisi ke ape ke.. kak aku mmgdah call remind. sebab insuran dah setel... cumenye aku yang sangat banyak makan semut kot! jadi pelupa dek kerana keje yang menimbun.. huhu

hari ni ~

hehe... ngan road tax renew lagi aku selambe je g MBSA dulu... settle2 keje kat shah alam.. baru nak g pejabat pos. pastu sombong plak tu!! tamo singgah terus pejabat pos besar kat shah alam tu nak renew road tax... dalam hati kate nak g pejabat pos kat giant kota damansara jugak... sebab sambil nak beli pasir & makanan aly. alasan semate2 isk

sampai je pos kat giant kota damansara, hati berbunga2 sebab tgk tak ramai org. bile dah tekan no baru perasan ada notice OFFLINE kat kaunter. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! OFFLINEla pulak!!! padan muke!! tadi sombong tamo singgah terus kat shah alam! skang rasakan!

mane pulak aku nak renew ni??adehla....

pk punye pk, pejabat pos paling dekat kat Ikano... redah jugakla kesana. jam lak tu!! yela lunch time. harusla sume org berpusu2 kuar makan kan?. nasib baik urusan kat sana cepat selesai. tak ramai org.. lame kat atas jalan jek. huh..

seb baik aku g ikano sorang. klu ngan aisyah haruslah aku menyinggah ke ikea... sebat meatball barang sepinggan! wakaka!

Friday, October 23, 2009

lunch @ noodle station

harini lunch agak lambat. tunggu aisyah balik dari breastfeed anak die.
sampai rase gigil2la lutut tahan lapar ^_^

masuk je kete

mana mau pigi?? restoran mana??

hehe.. masalah betul bile pasal makan ni.. masing2 makan jenis tak hengat... bile suruh pilih tempat dok garu2 kepala.. isk...

lepas ke bank dua2 masih belum tau nak makan kat mana. pusing2 kat sunway damansara tuh, takle tahanla... jam! cramp! double parking both side. pastu org nak lalu dahle berebut jalan!!

last2 ke giant, dah masuk dalam masih berkira2 nak makan dimana. criteria kali ni.... nak murah tapi sedap dan kenyang! maklumla gaji seminggu lagi.. heheh

jalan2 tolak2 ngan aisyah nak makan kat mane last2 masuk kat noodle station.

so menu 4 lunch arini..

ladna springy noodle + fried chicken dumpling + coke


rate? okla. rase pon okla. kenyang?? of cos!! hehe

turun dari noodle station betul2 kat depan Jco. seperti biase nafsu klu lalu kat kedai Jco mmg takle disekat. isk2 manela tak makin montel.....

belila jugak half dozen. 3 untuk aku 3 untuk aisyah




dah2... asik citer pasal makan jek isk.....

Tuesday, October 20, 2009

Entry ke 100: Hangus!

SEMALAM~
4:57pm ~ dah siap2 nak balik, laptop pon dah off.. tetibe boss call mintak buatkan invoice. nak petang tu jugak.. terpaksala on balik laptop, huhu

5:25pm ~ work done. tinggal je atas meja coz bos nak datang collect malam. takkan aku nak tggu sampai die amik kan?!

takla rushing sangat sebenarnya. yela pagi semalam time nak g keje jalan tak jam coz ramai org cuti lagi kan. skola pon cuti so bajet petang pon sure jalan clear.....

tapi sangkaaan ku itu ternyata meleset....

dah nak sampai hosp. sungai buloh bile lalu bawah hiway tu dah nampak kete banyak n slow kat hiway! adoi! sesuatu yang sangat luar biasa bila jam kat situ sebenanye... confem ade xcident kat depan.. lepas tol nak masuk susur pergh!! padat!! slow nak mam**s! org jalan kaki lagi laju rasenye.. huhu

time ni dah gerak sikit2. sempatla lenguh kaki ni tekan clutch
setelah lebih 20minit tersengguk2 pergerakan barula tau ape sebabnye.
ler....
ni rupenye penyebab jam yg pnjaaaaaaaaaaaaaaaag berjela2 tuh! trailer baiik punye landing kat tengah2 divider hiway, rentung dah kepala trailer tuh. seb baik tak meletup tank die tu!! klu tak agaknye bape lame lagila nak dok kat hiway tu
PAGI NI~
tempat kejadian semalam.


**maaf ye sebab kualiti gambar yang tak seberapa. hasil dari telefon yang tak berapa nak canggih tu!! hehe**

entry ke seratus = entry ke 10 di bulan ke 10: tak sangka u! agaknye dari 100entry ni bape jela yang bermanfaat. yang lain tu merapu je lebey!! hikhik

dengan sokongan2 u all sume.. i sangat bersemangat untuk jadi blogger tegar! psst.. adeke penyokong2 i neh?? perasan je lebey kot! wakaka

Monday, October 19, 2009

jom makan~

19/10/2009 ~ sudah bulan kesepuluh memegang title puan. ^_^

hari ni bawak bekal lebih sikit ke opis.. ajak budak2 opis ni makan sekali.
menu untuk mereka

nasi impit + rendang kerang + rendang ayam + kuah kacang


harini masih ada jemputan open house anjuran PKNS dan anak2 syarikat di SACC Convec, Shah Alam. tapi tak bercadang nak pegi pon.... sebabnye aku tak suke sngt menyelitkan diri di tempat2 sesak ni... rimas!

Saturday, October 17, 2009

saya budak baru belajar~

sepatutnya harini saya buat open house sempena syawal. tapi dek kerana hal2 yang tidak dapat dielakkan kitorg tundakan majlis ni ke masa yang lain. klu dah lain kali tu jadi kenduri doa selamatla kot. dah bukan bulan syawal kan...




esok pulak open house kat umah kakak kat klang. khamis lepas die call mintak tolong buatkan desert untuk open house tu tak lain tak bukan ~ dadih




isk!isk! dahla saya mmg tak berapa gemarkan dadih dan keluarganya..... jauh sekali nak masak!! tapi sebab taknak menghampakan kakak saya setuju buatkan. dalam otak dok pk2 cemanela nak masak mendealah tu...beli pon tak pernah, jgnkan beli... nampak kat pasaraya pon tak pernah. yela kite tanak beli barang tu.. mestila takcarik kan?!




tanye2 kat hubby kot2 die tau nak carik + masak dadih camne.. "carik je kat mana2 pasaraya.. mesti ade. pastu ad instruction cara nak masak kat belakang bungkusan" huh?! tak membantu langsung!!




igtkan nak carik kat giant time lunch hari jumaat, kebetulan kak pah datang ofis pulak ajak lunch same. so cancella plan. after balik keje saya terus amik exit bukit beruntung, singgah beli barang kat bukit beruntung. beli dadih + susu cair + bekas dadih . sampai kat section serbuk2 dadih tu konfius lak nak beli perisa apa. call kakak tak dapat2 pulak so saya belasah jela amik perisa mangga + laici.




so pagi ni kerja2 bermula. ikut instruction sejibik2 kat belakanng packaging tu!! dan hasilnya


ni sebahagian hasilnya. sebelum masuk dalam fridge.. wah! tak sangka berjaya!^_^

Friday, October 16, 2009

Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Jadi Ibu

Jangan Lupa JAdi Isteri Setelah Jadi Ibu..........
(Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah)

Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....". Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..."

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan saying walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka lupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan. Apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

sumber: Ratuhati



** sebagai igatan kite2 ni ye~ walaupun saye belum ade title 'ibu'**

Tuesday, October 13, 2009

...tanpa tajuk...

credit:pakcik google


pagi semalam ...
"kak, redza tak masuk ofis. kene chicken pox"
"ok"

.

.

.

.

tiit..tiit..

aisyah sms aku

"wei aku sakit mata! tak masuk opis"
"ok. gla klinik amik mc nanti aku bgtau bos"

.

.

.

.

opis aku tade org semalam. yang tinggal dak praktikal.
bosan + mengantuks zzzzzz

sib baik aku kene kuar settlekan keje
at least adela xtvt aku nak buat.

hari ni...
kul 8pagi aku dah terpacak kat opis
harini nak submit borg utk lawatan CF
so aku menjangkakan aku akan sibuk arini....
b4 ke MBSA aku ke PKNS, PJ untuk collect surat akujanji..
usai urusan di pkns terus ke De Palma Shah Alam
ukur2 sikit space untuk cadangan signage baru.

1030am~ dah sampai OSC, MBSA untuk selesaikan submit borang berkaitan CF

1100am ~ done!

aku cadang nak ke tapak projek baru kat batang kali. call punye call org yang berkenaan tak dapat2. so kene pospon dulula kot.

terus balik opis. bosan sebab tade org... sume kuar ade hal masing2
aisyah ngan redza mc seminggu...

jadi korangla yang terpaksa melayan repekan ku ini

**mengantoks**

Monday, October 12, 2009

Newborn baby

masih dalam bulan raye.
mood serdak2 kueh raye pon ade lagi...
ari kamis last week time lunch tetibe aisyah opismate aku call
"mah! cik pah dah bersalin!"
""alhamdulillah.. baby ape? eh?! bukan patut next week ke?"
"dah bersalin tghari tadi. kene ceaser.. baby songsang"
"baby boy.."
alhamdulillah.. wife opismate aku ~ mued dah selamat bersalin
tapi kuar ikut 'tingkap' lak sebab songsang
takpelah janji sume dah selamat.
after borak2 ngan aisyah aku pon sms mued
"beb congrats! dapat jr. dah ko ek?! bape berat baby?"
.
..
...
tiit...tiit...
...
muedh bagi mms
gambar baby!!
chumel sangat! geram je tgk! very de gebu's!!
tul tak?! gebu kanns?
so sebab excited sangat~ org lain yang beranak.. aku yang terlebih excited
ari jumaat aku ngan aisyah g melawat baby kat hospital selayang
best sangat dapat cium baby!
suke2!!
welcome baby!
to your new world
Muhammad Faris Dhani bin Muhidin
~gara2 abah die sangat minat ngan band dari seberang agaknye! ahaks!!
pesal name budak2 skang panjang2 ek?
pastu tak semua digunakan.
isk..isk..

aly


3 bulan berlalu
selepas aku adopt die
aly sudah gemoks! tapi aku supe peluk die!
skang suke tido telentang. tak pun tunjuk macho depan org. satu lagi bile org bukak laptop je. walaupun sebelum tu die dok jauh, sanggup bangun semata2 nak landing depan laptop. huhu

cerita basi di bulan syawal~

penyakit M sedang melanda diri dengan dasyatnye. jari2 yang sudah bertambah montel dek kerana makan kuih raye banyak sangat ni
korang layan jela citer yang dah out dated ni ye! hehe


cerita hari raya

dah tak valid pon sbenanye kan klu nak citer pasal raye pertama skang ni.. hehe.
ni raye 1st berdua, setelah bergelar puan n tahun pertama ni beraya kat kg suami dulu kat slim river. disebabkan kedua2 orang tua dah takde. hari raya kami sangat simple. kuih raye sume aci beli je. takde ketupat macam kat umah mak.... cume rebus nasi impit segera adabi. kakak ipar beli lemang 4 batang. tapi hampeh!! chet!!

malam raya tu.... teringat dulu time kakak saye mule2 kawen time 1st raye kat umah mertua, die tepon mak kul 3 pagi nanges2 dalam kelambu!! wakaka ~ kak! jgn pukul aku!! larik!!!
teringatkan kisah tu aku pon teponla mak. kot igtkan nak bersyahdu syahdan jugakla ngan mak hikhik!
sekali tu yang jawab anak buah aku.
aku : "tasya, nenek mane? cik nak cakap ngan nenek jap"
anak buah: "cik, nenek sakit kakila... tak larat nak bangun..."
aku : "adeh. takpela. kirim salam kat nenek ye! cakap selamat hari raya"
takde pon rase nak nanges sebab tak raye ngan mak... pesal ek?? aku tak normal ke??
pagi raya
disebabkan aku dah siap2 iron baju raye dari umah, aku takle kelam kabut nak iron baju cam org lain. cume dok siapkan hubby nak g solat. aku tak ikut~coti da....
lepas hubby balik dari masjid. makan same2 pastu sesi bermaaf2n yang sangat sempoi! takde berjurai2an air mata macam aku ngan family heheh
gambo pagi raye.. tak banyak sangat amik pon
petang raya, dalam kul 5 aku dah selamat sampai umah aku kat sabak bernam.. hehe
mesti korg dah tau sebab ape aku tak syahdu syahdan sangat malam tu. sebab petang tu dah sampai kg aku. hehe



25 september 2009~selamat ulangtahun sayang
jumaat, 25 september 2009
1st birthday hubby setelah bergelar suami
tapi kami tak sambut bersama sebab hubby balik dulu.
aku tinggal kat kg lagi
so macam kembali ke zaman silamla.
telefon menjadi penyambung chenta! hehe
"Happy Birthday Hubby! Hope your day is really special..filled with love, laughter and joy..just like you make all of mine..Semoga kasih sayang hubby & ayang berkekalan hingga ke akhir hayat & alam syurga,I will always love you for the rest of my life"

**sampai hari ni i still berhutang birthday present ngan hubby.... ade idea tak? nak bagi ape??**


4 oktober 2009 ~ mak! kami sayang mak!!
selamat ulangtahun untuk mak yang ke 62. kami dah sambut awal bday mak tahun ni. time g taiping haritu. pastu sebab nak wat surprise kek kat mak. name aku yang kene jual. mak ternampak kek tu dalam bilik... anak buah aku punye nak cover line die cakap "kek tu untuk paksu. maksu saje nak belikan kek dari tepeng. kot ade rase lain ke dari kek kat rawng!"
chet! terkena aku!!! takpela. demi mak aku rela! hehe
pagi 4/10 tu aku pon ngan semangatnye tepon mak. tapi tak dapat. tghari call pon tak dapat. malam call baru dapat. dalam hati dah risau2 klu mak tak jawab gak tepon malam ni mmg aku nekad nak balik kg. rupe2nye ade jiran meninggal. innalillah~ jiran ni mmg time raye aritu pon dah kurang stabil keadaannye. alfatihah untuk keluarga allahyarham~



4 oktober 2009 ~ selamat pengantin baru nadia ~
undangan walimatulurus pertama selepas terhenti seketika ketika ramadhan ^_^
nadia ni skoolmate aku kat SEMESTI dulu. berlangsung di kediaman beliau di kota damansara. dekat jer ngan opis i tapi dari umah i jauuuuuh!! Majlis yang sangat meriah! purple gitew!!
tapi tak sempat nak beramah mesra lame2 nagn skoolmate sebab ade 3 lagi undangan open house yang perlu dipenuhi.. terkilan gakla. tapi nak buek camno~

pasangan merpati 2 sejoli sama cantik sama padan ^_^
congrats to nadia n fahmi!


sufi yasmin balqis

gambar out of topic. dah besar anak maksu ni. makin bijak. klu korang tgk dalam deretan gambar die ni. cube tgk yang last skali tu. rase2 die wat ape??

klu korang nak tau. die ngan tunjuk PEACE!! wakaka! comel je jari die tu! geram!

sekian sahaja sesi repekan saya~

Tuesday, October 6, 2009

.........

entah kenapa.. jari ni begitu malas untuk membantu saya meluahkan rasa.... dah 2 minggu syawal berlalu... langsung tade entry pasal raya, entry pasal bday hubby, entry pasal bday mak, sume diperam. isk2
skang ngah layan csi:new york season finale
after this?
ape lagi selain tido??
.:entry merapu:.

Thursday, October 1, 2009

PENAT~

pagi ni seperti biasa menjenguk sebentar ke dalam forum kegemaran saye ~ Ratuhati tertarik dengan topik ni. ada baiknya saya berkongsi dengan semua ya! maklumla bila kita dah berkeluarga ni terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. keje umah~opis~anak2~suami~dsb. dek kerana terlalu penat selalu tak perasan yang kite merungut.

jomlah kite bace kisah ni ye!

......................................


Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.
Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

sumber : ratuhati.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"