Friday, July 31, 2009

outstation~

semalam aku ke muar~ dalam misi memburu pokok! ahaks!! macamle pokok2 tu buleh lari hikhik

selalunye aku tak perlu turun sampai johor pon. cukup stakat kat sg buloh je. disebabkan pojek hotel~ jaga nama punya pasal + nak check pokok2 yang betul2 sihat dan kuat!! eheheh

tapi kire short noticela nak g sane tu, ari rabu pagi meting ngan client baru decide nak pegi ari kamis. sebab mase dah suntuk, site handing over + CF by dec 2009. Rabu pagi contact kontractor and arrange untuk nursery visit~ blablablabla~ petang baru confem boleh pegi. khamis kul 10~ aku contact client infom nak amik kol 10...

dalam kul 6, client call aku balik, time tu aku dah otw nak balik umah.. aku bwk kete slalu bukak tingkap, so tak dgrla bunyik tepon.

bila aku perasan dah 2-3 miscall dari client terusla return call.

die hangin pulak...

Cient:"*&^% apesal susah sangat nak dapat contact ko ni??

aku:"sy tgh drive..tak dgr tepon bunyik.."

client:"aku pon drive jugak.."

aku:" ?????" <--hangin sbenanye!!cume malas nak gado2 dalam tepon dah aku tak dgr, nak buat cemane.. aku tawla kete aku tak sehebat kete die!!

client:"kol 10 lewat sangat! sampai sane dah kul bape?? nak balik kul bape?? kitorg ade function kul 630!!"

aku: "ler.. nape tak cakap tadi, igt free sampai petang.. takpelah nanti sy arrange balik ngan org sy"
.....tingtongtingtong.....

dapat arrange kul 8 dari cni.

hari khamis,

kul 630 aku dah gerak dari umah<--slalunye kol 745 baru terhegeh2 nak start enjin kete huhu

smpai opis kul 730<--print senarai spesis2 yang bakal diburu.. PM sampai kul 745, shut g umah bos kat Subang Bestari<--amek duitla ape lagik!! tekejut die sebab semalam cakap kul 10 tuptup kul 8 dah tercegat depan umah die hikhik. after tu terus shut ke pj jemput client. gerak dari pj kul 9. terus masuk NPE n masuk tol Sg Besi. singgah sarapan jap kat Hentian Seremban. kol 10 grk, Kuar tol Tangkak ngam2 sejam! huh seb baik pinjam kete BMW bos, cepat sket sampai, klu naik STORM office tu mau tghari kot baru sampai.

1st nursery:
yang mmg deal dari kl lagi nurseri die kat Sg Mati, sampai sana terus cek sume pokok yang nak cari.. tade pulak!! yang ade tak cukup spec.. tapi stail kat sane, diorg akan tolong jugak carikkan pokok yang kite nak. die call nursery2 lain yang mane ade pokok yang ikut spec.

ke 2nd Nursery
shut ke Parit Jawa carik Fijian Palm 1.5trunk Ht & 1.8trunk Ht... redah masuk kebun sawit kat ceruk2 tok kun tu baru jupe.. wah!!! sangat gemuks palm yang ade disitu! syok je tgk.. pilih-pilih-pilih- ade 10 batang semuanya! 1.5 trunk ht je ade. 1.8 sudah abes! so amik sume 1.5 trunk ht~ settle 1!

fijian palm <--ini gambo dalam buku^^

makan time!

lunch makan simple meal kat Parit Jawa - Asam Pedas Ikan Merah + Telur dadar + sayur kubis + kacang bende rebus taruk sambal belacan. nyum! nyum!

cukup simple... tapi aku ske! ^^

sambung lawatan ke nursery ke3

kat Parit......<--tak igtle pulak namenye hahaha!

carik Yucca 3 Branches (9) + Royal Palm(4)! wah!! sini pon best! yucca die sangat gemuks dan menawan! ~settle 2 spesis! 1 more 2 go!


Yucca<--yang kami dapat semalam lagi besar dari ni

Royal palm<--yang ni dah matured

nursery ke4
yang terakhir! kesemua 21 batang pokok bunga tanjung dijumpai disini! misi memburu tamat!!

bunga tanjung

settle sume kul 330. terus balik opis sampai kul 5

huaaaargh! penat.......

**gambar sume contoh saje... semalam tak sempat snap teponku sudah meragam! geram betul!**

Kaabah tidak mahu bergerak masuk syurga~

petikan diperolehi dari sumber emel...
....................................................



Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke TanahSuci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.
.......

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhiratkelak.Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam,tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tokguru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar,mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak kesyurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf disekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak.Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, adalagi beberapa orang yang tidak hadir. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yangberdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semuaorang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yangMaha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawaorang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....


How nice kan ... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..sila2kanlahmenjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiaplangkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allahswt...Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingatiAllah swt dalam setiap urusan dunia kita?

Wallahua'lam. ..

Wednesday, July 29, 2009

sungai di syurga

Asalnya 4 Buah Sungai Di Syurga
Bersabda Nabi s.a.w : "Semasa aku Isra' dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam.
Ada airnya dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari madu dan ada airnya yg tidak masin.
Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalam al-Qur'an : "Didalam Syurga itu ada sungai yg airnya tidak masin. Ada sungai yg airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya. Ada sungai dari arak yg lazat bagi yg meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan".
Aku bertanya kepada Jibrail a.s :
"Wahai Jibrail a.s, dari manakah asalnya sungai2 ini dan ke manakah akhirnya?"
Jibrail a.s menjawab : " Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kaustsar, asalnya tidak aku ketahui."
Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia munyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok yg besar. Aku lihat ada sebuah kubah yg amat besar diperbuat dari permata yg putih berkilauan manakala pintu-pintunya dari jakut hijau dan kunci-kuncinya dari emas.
Dan, aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan bertanya: "Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?"
Aku pun bertanya: "Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya"
Jawab Malaikat itu: "Kuncinya di dalam tanganmu"
Tanyaku : "Dimana?"
Jawabnya: "Cukuplah engkau ucapkan Bismillahir rahmaanir rahiim".
Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah azza wajalla, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari (4) empat buah liang yg besar-besar.
Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi kepadaku: "Apakah engkau sudah cukup puas melihat permandangan ini? Sesungguhnya masih ada yg engkau belum lihat.
Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik2, dari apakah sungai2 itu memancutkan airnya". Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah Bismillahir rahmaanir rahiim diantara (4) empat batang tiangnya. Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang huruf ha' perkataan Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf min perkataan Arrahmaan, keluar air sungai arak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluar air sungai madu.
Demikianlah asalnya (4) empat buah sungai di dalam syurga. Dari itu, barangsiapa dari umatku yang membaca Bismillahir rahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.
....wallahualam....

Tuesday, July 28, 2009

si comel~

lame tak update~ tade masela... so uols layan jela gambo mereka2 di bawah ini... cuci2 mata sket spesis yang dapat mengubat hati bila dirundung duka...






















**entri tade motif.... nak bagi aktif jek~ maap ye**

Tuesday, July 21, 2009

exhausted~

its a bz week.. kepenatan berkejaran kesana kemari... baru 2 hari nih... schedule appoinment bertimpa2... dah set appoinment lain, benda lain timbul mintak komitmen jugak ~ klu boleh berada banyak tempat dalam satu masa senang sikit kot, senang nak puaskan hati sume org..

Thursday, July 16, 2009

7 ayat ~ ayat chenta.. sila amalkan ye

Tujuh Ayat Cinta
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan."
1. bismillahhirrahmann irrahim
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. alhamdulliah
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. astagfirrullah
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. insyaallah
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. lahaulawalaquataill ahbillah
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. innalillah
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. laailaahaillallah
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.
amalkanla h selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah. wallahu'alam
(Source:email)

Lega.......~

beberapa minggu ni aku kelam kabut carik pelan lulus untuk 1 pojek. tak jumpa2... susah hati dah tatau mane nak carik.. client, kontraktor dah kejar aku.. aku sangat2 perlukan plan tu ntuk sokongan CF dari MBSA. huhu... otak dok ligat pk mane lagi nak carik sampai tido termimpi2la aduh! gawat neh...

kenape aku bole lost track pasal plan ni?? camni ceritanya.. <--ceh macam penglipurlara pulak keh3

pojek ni lame dah dari aku baru2 join comp ni lagi. tapi mase tu member aku yang handle, aku mmg tade nak amik taula sebab aku pon bz ngan pojek bawah aku. bile opis ni pindah dari shah alam ke kota damansara, member aku tu benti keje pulak..<--sebab nak wat ful time unit trust so aku kene take over pojek die sume. yang bijaknye, die tak bagitau in detail pon pasal pojek ni. die cume bagi fail kate plan sume dah lulus. kirenye dah tade outstanding issuela pasal pojek ni...

setelah beberapa purnama <--makan tahun jugakla.. dari 2007, 2009 ni baru siap bangunan

pokok kat site sume dah siap tanam, aku kene readykan borang CF. aku pakaila pelan lulus yang ade dalam fail tu. pelan lulus tu masterplan keseluruhan pembangunan<--ade kedai pejabat, service apartment, stesen minyak. aku pon belekla lagi ape ade dalam fail tu, selak2 baru aku perasan ade lagi satu rujukan fail MBSA kat dalam tu. fail blow up kawasan kedai pejabat. aduh! mane g pelan lulus tu?? aku tanye client diorg tak simpan.. hilang ke?? pk punye pk option yang aku ade pinjam plan dari MBSA n buat salinan. aku anta surat kt diorg n dirg dah carik tapi diorg pon tak dapat nak track fail tu kat mane. sebab tade dalam bilik fail... bengong betul aku rase.. hari2 g MBSA tanye...tu yang sampai termimpi2

nk dijadikan cerita........................

semalam pas balik meting kat pj~pegi site kat shah alam sampai je kat opis aku terus g kat bilik project manager sebab nak diskas pasal pojek. tapi sebab die ngah makan time tu aku pon dokla kat sofa die kat penjuru bilik depan sofa tu ade laci kabinet lama<--mmg lamela sebab dari opis lame lagi cabinet tu dah wujud. opis skang pon dah masuk 2 tahun. tggu punya tunggu aku rase gatal tangan nak bukak laci tu, so aku bukakla tgk ape ade dalam <--selambe jek..hahaha curious punye pasalle ni, selame ni tade heran pon nak tau ape ade dalam. Rupenye doc2 dari opis lame.. so aku selak2la

selak punye selak doc dalam laci tu aku jupe surat yang belum bukak dari MBSA, aku amik ~ bukak....

alhamdulillah!!!

nila surat yang aku carik selama berminggu2! surat tu adalah surat kelulusan pelan untuk pojek tu. after tu aku terus call Jbtn Taman MBSA balik cakap pasal surat tu dan maknenye confim kami mmg tak penah amik lagi salinan pelan lulus tu dari MBSA. the person incharge(pn Juliana) tu cakap maybe ade kat rak kelulusan pelan, die akan carik dan infom aku balik.

selang 1/2 jam...

Pn Juliana call balik kate fail tu ade dan memang tak amik lagi salinan pelan lulus tu. alhamdulillah.... aku rase lega sangat2 plan tu dah jumpa.

harini baru pegi collect plan kat MBSA ~ buat copy ~ kurier plan n surat kelulusan tu kat arkitek ~ settle keje saye ^_^

Monday, July 13, 2009

jom jalan - jalan


entri tertunda sebenarnye.. nak buat ari sabtu aritu... fresh dari sungai hikhik tapi tak dapeklak sebab cable tepon tak bawak balik so takle nak transfer gambo yang tak seberapa nih.. hehe nak transfer guna memory card adaptor takle lak.. jadi gila laptop i neh.. eh?? mengarut panjang2 lak

berbalik pada citer i tadik...............

sabtu lepas opis hubby buat family day<-- kecil2an gitew sebab taun ni perodua tak buat family day, so dept diorg watla mini family day ^_^

lokasinya??

SG CHILLING, Kuala Kubu Bharu<-- syok woo

a bit pasal tpt nih....

The Chiling Falls are probably the most beautiful waterfalls of Selangor. They can be reached after an adventurous trek along the river, which has to be crossed many times. To reach the trail head, you take the road from Kuala Kubu Baru to the Gap. After passing the Selangor Dam, you cross the bridge on the Chiling river. Just after this bridge you can park you car. Follow the road for about 100 meter, the trail head is clearly indicated. Soon you will arrive an open field beside the river, with some buildings and a campsite, maintained by the Fisheries department.


sebenanye sebelum aku pon tatau kewujudan tpt ni.. dari bulan lepas hubby dok cakap tpt ni best tapi aku malas nak amek port <--kes merjuk tak abes2 kehkehkeh

so sabtu lepas kul 8 lebih bertolak dari umah, dalam hujan renyai2 tu g jugakle.. sebab dah prepare macam2. sampai entrance kul 930 n kami the 1st one yang sampai.. ler igt sume org dah sampai. sebab dari parking tu tak nampak pon waterfall aku pelikla


"bang, mane waterfallnye? awatnye dok parking depan hutan neh?"

aku tanye sebab aku cume nampak pintu gerbang je..

'SELAMAT DATANG KE SANTUARI IKAN SG CHILLING'





" kene jalan 10 minit masuk dalam...."


"adeh.. kene jalan lagi ke? igtkan dah sampai..."


rupeye kene jalan 10 minit masuk dalam.. kirenye trekkingla sikit.. sib baik tade panjat2 bukit segala...

ha nak masuk kene register dulu... kat kabin ni



ni pelan nak ke waterfall.. tapi kami tak kesana, kene trekkin lagi 1/2 jam..tak bape seswaila utk bawak anak2 kecik... tapi kat sini je ok ape

ni port kami.. tade org lagi time ni sebab aku n hubby org 1st yang sampai



hubby khusyuk bace paper sambil tggu member2 die sampai

sempat gak i posing sendiri.. hehe


opismate hubby sambut birthday anak die.. potong kek sebelum terjun sungai!!

hubby tunjuk skill bakar ayam.. yang bestnye dapat makan ikan talapia fresh <--tangkap fresh dari kolam ikan hubby kat sg buaya^_^


acara sukaneka pon ade jugak!

budak2 dah tak sabar nak mandi.. masing2 sampai biru bibir tapi tamo naik jugak

gambo kami mandi? ehehe tadela.. bateri tepon yang dah tak bape nak muda ni dah abes..
tapi mmg syokla kat sane.. lain kali nak ajak hubby trekking ke waterfall tu pulak mesti lagi bes^_^




Sunday, July 12, 2009

hari ahad = tatau ape nk buat = boring

hari ahad.. pagi2 dah terjga, golek2 takle nak lelap balik ah! disaster neh.. pastu lak si bertuah aly ni sibuk naik atas katil cium2 aku aduh! kacaula aly! g main kt luar sanela.. macm tula aly sekarang, pantang pintu bilik terkuak sikit. die masuk panjat naik atas katil. pastu dok gigit kaki klu kite tak layan die..

sebenanye tatau nak merepek ape, bosan teramat.. huby pagi2 dah keluar g keje tinggalla i kat umah ngan si aly ni. nak layan tv, astro rosak pulak geram betul! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Thursday, July 9, 2009

my new passion~








my new passion
selamat berkenalan ye!
semalam dah bagitau pasal die kan?
harini aku tepekla 2-3 keping gambo die ^_^
nak upload video sbenanye tapi asik error jek huh!!
tapi mmg die ni takle dok diam..
disaat n3 ini sedang ditulih pon die sibuk lalulalang atas keyboard ni...
dah mcm2 alphabet die tertekan ish2!
dan sampai saat entry ni ditulis aku belum dapat ilham nak bagi name ape kat die...
hubby panggil die ALI!
maaf ye kwn2 yang bernama ali..

Wednesday, July 8, 2009

si obses bertemu si comel~

photobucket.com

HAI!

this is my new interest

takla barupon sebab mmg sejak dulu mmg suke kucing.

so

dah lamela jugak pusing2 carik kitten to adopt. pastu my sis ckp opismate die nak bagi sepasang kitten tapi nak tggu besar sikit sebab masih menyusu. i ok je~

tunggu...punya tunggu..punya tunggu...

tak dapat2 jugak kitten tu... rupenye si tuan punya sudah chenta sama kucing itew dan tak sanggup nak bagi kat org..

huh??!

agak dah.....

lalu pencarian bermula sekali lagi....

tak mengharap sangat dah(ceh2 sedey je ayat)

last week time tgh minum pagi kat kedai mamak bwh opis budak site datang duduk kat aku.. bagitau ade anak kucing kat dataran dpn opis. dataran tu pojek depan opis aku je so time budak site ngan wat maintenance pokok ternampak anak kucing tu.

disebabkan tatau nak letak kat mane aku tak terus amik kucing tu kunun2 nak tggu petang baru amik n terus bawak balik.

bila petang...

dgn berkobar2 aku ngan aisyah g carik anak kucing tu nak bawak balik. malangnye tak jumpa! agaknye ade org lain dah amik kot

tade jodoh aku ngan kucing tu agaknye

alhamdulillah

2 hari lepas tu ade lagi sekor anak kucing merayau2 kat situ.. kelaparan.. ade luka2.. kesian betul! tapi kaler die cantik.

so aku terus angkat die bawak naik opis. letak dalam kotak pastu turun bawah balik g 7Eleven beli susu n whiskas kecik nak bagi die makan

sepanjang hari si kecik ni tak makan or minum. tido je dalam kotak. baik betul!

balik keje sampai je umah aku terus mandikan die.

lepas tu baru die nak makan n minum susu

..

..

..

..

harini genap seminggu dia jadi family aku

belum ada nama <--ada sesape nak suggest name tak??

taapi dah bertambah aktif dan sangat manja

seronok sangat dapat kucing ni..

and so far

my hubby pon sayang kat die jugak...

^_^

tak sempat lagi nak mengupload gambar die.. nantilah ye



Thursday, July 2, 2009

farewell party~

actually farewell party ni 2 hari lepas dibuat khas untuk kak pah.. sebab last day die.. aku bertanggungjawab g buat reservation


farewell ni buat kat restoran Thai Base kat Sri Damansara n kitorg buat mase lunch..

mmg best ar makan!! heheh disebalik kesedihan kami yang terpaksa melepaskan kak pah pegi.. makan tak hengat jugak!! akekeke cakap banyak tak guna.. layan jela gambo2 yang sempat disnap ^_^

Org yang dirai ~cikpah aloya a.k.a kak pah~ yang bertudung biru itew ye





itu dia fotographer kami!! heheh sbenanye die ni pon dirai mase ni sebab last day praktikal tapi kene buli jek mase ni.. heheh


tgk!muka tak sabar nak makan!

antara menu yang membuat kami semua tersandar kekenyangan hahaha! sampai tahap nak bernafas pon susah! ngee~






pakchoi ikan masin ~satu2nya sayur dalam menu kami! ^^


lemon chicken & crispy sotong

kerabu sotong

seafood toufoo

butter prawn

ginger steamed siakap

thai green curry - beef

mango sauce garoupa

muka2 excited mentekedarah^^

tada!! nila die pinggan aku setelah selesai majlis.. hehe^^

**maaf ye klu n3 ni loading sangat lambat**







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"